Friday, 27 January, 2012
Nikon get2gather in brunei
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
1/27/2012 09:18:00 PM
Labels: Gemilang Foto
Thursday, 24 November, 2011
Pemberitahuan:Kelab Nikon Brunei 2012 "Get2Gather"
|
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
11/24/2011 06:38:00 PM
Labels: Gemilang Foto, Info Media
Monday, 24 October, 2011
2011 BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP
|
Posted by
Web Admin
at
10/24/2011 01:58:00 PM
Labels: Gemilang Radio, Info Media
Thursday, 13 October, 2011
UCAPAN YANG DIPERTUA GEMILANG SEMASA SAMBUTAN HARIRAYA GEMILANG 2011
24hb September 2011 bersamaan.... 27 hb Syawal 1432H
BISMILAHIRAHMAN NIR RAHHIM ASSALAMULAIKUM WRT ALHAMDULLILAH HIRABILALAMIN, WASALA TUWASA MUALA ASRAFIL AMDIA
HIWARMURSAIL, WAALA AHLIHI WASABIHI AJMAAIN, YANG MULIA, AWANG HJ AYUB HJ SUHAILI, PENASIHAT AJKT PERSATUAN
GEMILANG , YANG MULIA AWANG YAKUB BIN HJ ABD RAHMAN, NAIB YANG DIPERTUA
PERSATUAN GEMILANG YANG MULIA, ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG DAN PENJAGA-PENJAGA
MASING-MASING. AHLI-AHLI JAWATAN KUASA TADBIR GEMILANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS, HADIRIN DAN HADRAT WARGA GEMILANG YANG DIHORMATI SEKALIAN….SELAMAT HARI
RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah laman Saudara jauh datang bertandang Persatuan GEMILANG Alu-alukan
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga GEMILANG serta
hadirin sekalian. Saya berasa sungguh gembira kerana pada malam ini kita dapat
bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa
muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.
Adalah menjadi harapan saya agar majlis pada malam ini akan
memberi peluang kepada semua warga GEMILANG untuk merapatkan silaturrahim
sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat
mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga
memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan
lagi persahabatan yang sedia terjalin.
Walaupun semangat kekeluargaan di dalam persatuan tidak setebal
pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan
keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara
yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap
muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada
pembangunan negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata
pepatah ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’.
Di kesempatan ini juga, kita turut meraikan seramai 6 orang anak-anak
Belaian Kasih Gemilang. Semoga dengan usaha kita ini, sedikit sebanyak dapat
membantu menceriakan mereka.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Gemilang pada tahun ini.
Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh
warga GEMILANG dan juga hadirin sekalian.
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan Mari menyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan
Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. |
Posted by
Web Admin
at
10/13/2011 07:16:00 PM
Labels: Sekapur Sirih
Monday, 10 October, 2011
Kelas Radio Amatur GEMILANG bagi Perperiksaan bulan Nobember 2011
bermula jam 7:30 Malam bertempat di Rumah V85TX, Kampong Bukit Panggal Tutong. (Cadangan Awal tertakluk keramaian) Untok makluman lanjut mengenai borang pendaftaran bolih dimuat turun (download) melalui laman web www.persatuan-gemilang.com atau sila hubongi Pengerusi atau Setiausaha Gemilang Radio. |
Posted by
webmaster
at
10/10/2011 11:19:00 AM
Labels: Gemilang Radio, Info Media
































