Friday, 31 August 2007

Peluang sertai sesi rakam foto di ibu negara

Oleh Arjuna

TUTONG, Rabu - Badan Fotografi Persatuan Gemilang Daerah Tutong (GemilangFoto) akan mengadakan sesi fotografi luar bagi merakam keindahan Bandar Seri Begawan waktu malam pada hari Khamis 13 Julai.

Sesi itu dibuka kepada semua penggemar fotografi di tanah air tanpa apa-apa bayaran.

Aktiviti akan dimulai dengan taklimat ringkas berkenaan cara dan teknik penggambaran, pencahayaan dan tip yang akan disampaikan oleh jurufoto berpengalaman.

Mereka yang mahukan keterangan lanjut mengenai sesi ini boleh menghubungi Awang Musa Manggai di talian 8733307 atau Abdul Hamid Haji Abdul Rahman di talian 8782981.

Courtesy Media Permata