Friday, 31 August 2007

Pemenang peraduan fotografi terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Awang Marsidi Haji Umar muncul pemenang pertama bagi kategori A-(Potrait Terbuka) Peraduan dan Pameran Fotografi 2006 dengan menerima hadiah wang tunai $4,000 berserta sijil dan buku.

Tempat pertama bagi kategori A-(Brunei Permai) pula dimenangi Awang Haji Abidin Haji Rashid dengan menerima hadiah wang tunai $5,000 berserta sijil dan buku manakala Awang Amirul Aizat Haji Mohd Daud menduduki tempat pertama bagi kategori B-(penuntut-penuntut sekolah rendah) dengan menerima wang tunai $1,000 berserta sijil dan buku.

Dayangku Siti Munirah Pengiran Haji Damit pula menerima hadiah wang tunai $3,000 bagi kategori B penuntut sekolah menengah/vokasional.

Dalam kategori A bagi peraduan fotografi dimenangi Musa Manggai dengan gambar bertajuk Raja Yang Kita Kasihi, tempat kedua pula disandang Haji Shamsudin Idris dengan tajuknya Tetap Abadi dan tempat ketiga dengan tajuk gambarnya Untitle II dimenangi oleh Abd Hamid Haji Abd Rahman.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Paduka Awang Haji Adanan Haji Mohd Yusof.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama Kategori B iaitu dengan Bangunan IBB oleh Awang Haji Samat Haji Abas, Awang Haji Mohd Ali Haji Md Daud di tempat

Coutesy of Media permata