Wednesday, 29 August 2007

Sejarah Awal Penubuhan GEMILANG

GEMILANG pada asalnya merupakan satu kumpulan belia yang berkarya aktif dalam bidang radio amateur tanpa mempunyai sandaran perkumpulan atau platform yang tertentu. Belia-belia ini mengelarkan diri mereka sebagai kumpulan belia GEMILANG dengan berbekalkan lesen radio amateur yang mereka pegang masing-masing. Berkomunakasi secara aktif di Stesen yang mereka sediakan iaitu GEMILANG amateur Radio Station yang dipancarkan melalui frekuensi 144.125 MHz.

Perkumpulan belia ini ternyata bersifat hyperaktif dan terlalu kreatif. Secara kebetulan, para belia ini juga bergiat aktif dengan fotografi dimana beberapa kegiatan telah dianjurkan dengan mendapat sambutan yang diluaran dugaan. Memikirkan landasan bagi membuat perjalanan kecemerlangan terlalu jauh, karya dan kemampuan dikalangan belia-belia ini sememangnya menyerlah serta sambutan semakin meriah, maka terlintas difikiran belia-belia ini untuk membentuk satu persatuan yang berdaftar secara sah disisi undang-undang negara. Maka pada Januari 2004 belia-belia ini sepakat membentuk satu Jawatan Kuasa Penaja atau Protem Commitee yang terdiri dari :
  • Dr. Haji Amzah bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi
  • Awang Omarali b. Mujah selaku Timbalan Pengerusi
  • Awang Yakub b. Haji Abdul Rahman selaku Setiausaha
  • Awang Bahrum Bin Haji Kechi
  • Awang Haji Abdullah Bin Haji Kechi
  • Awang Ahmad Dahlan Bin Haji Kechi
  • Awang Haji Lamzi bin Haji Jaffar
  • Awang Alihan Bin Haji Mohd Zain
  • Abdul Ahsunah Bin Datu Lela Raja Haji Mohd Jair
  • Awang Abu Hasrah Bin Haji Abdul Rani
  • Awang Alirahim Bin Haji Abdul Rani
Tujuan pembentukan komiti ini ialah untuk merangka satu set peraturan persatuan untuk dihadapkan sebagai penilaian pihak Kerajaan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan NBD. Sebanyak 4 kali perbincangan telah dilakukan dimana :
  • Perbincangan pertama di adakan di rumah kediaman Omarali b. Mujah di Kampung Selayun Sengkurong pada 28 Januari 2004 bagi menghalus draf perundangan GEMILANG yang ditulis olih Dr. Haji Amzah bin Haji Abdul Rahman. Perbincangan ini digelarkan sebagai perbincangan "Uku Puta" atau Kepala Ikan 
  • Perbincangan kedua diadakan pada Februari 2004 di Restoran Atikah Atiq di Kampong Penapar yang digelar sebagai perbincangan Jelit atau Ambuyat. Perbincangan ini banyak berkisar kepada permasaalahan perundangan kelab-kelab yang bernaung dibawah slot GEMILANG.
  • Perbincangan ketiga diadakan di rumah kediaman Haji Lamzi bin Haji Jaffar di Kampong Penapar pada Mach 2004. Penumpuan fikiran banyak berkisar kepada isu-isu kecil yang timbul dari perundangan tersebut. Perbincangan ini digelar sebagai Perbincangan Empa Butan atau Air Kelapa Muda \
  • Perbincangan keempat diadakan dirumah kediaman Awang Yakub binHaji Abdul Rahman di Kampong Tanjong Maya dimana perbincangan berkisar kepada isu-isu berpersatuan melalui prespektif dan pandangan bukan ahli. Dalam perbincangan ini tokoh veteran dalam berpersatuan dipanggil untuk membuat kritikan dan pandangan. Tokoh-tokoh tersebut terdiri dari Tuan Haji Moksin b. Haji Abdul Kadir dan Awang Haji Mahmud b. Haji Mohd Noor. Komen-komen telah diselaraskan dengn perlembangaan yang telah dirangka.

TARIKH-TARIKH PENTING PROSIS PENUBUHAN GEMILANG


Jun 2004: Permohonan resmi lengkap dengan peraturan dihadapkan ke pihak kerajaan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negara Brunei Darussalam.

Julai 2004: Balasan permohonan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang memerlukan alasan terperinci sebab-sebab GEMILANG ditubuhkan di Mukim Tanjong Maya. Belia-belia yang bakal menjadi ahli GEMILANG disarankan untuk mendaftarkan diri dengan persatuan yang telah beroperasi disekitar Mukim tersebut.

Ogos 2005: Perbincangan susulan dilakukan secara informal bagi menjelaskan kedudukan kewujudan GEMILANG. Perbincangan juga dilakukan bersama-sama dengan Bahagian Belia Jabatan Kebajikan Belia dan Sokan turut diadakan bertempat di Kiulap. Hadir dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Haji Amzah bin Haji Abdul Rahman, Omarali b. Mujah, Ali Rahim b. Haji Abdul Rani dan Mejar Hamzah b. Haji Sahat sementara Haji Abdul Malik selau Ketua Belia dengan 2 orang pegawai dariUnit tersebut hadir.

Ogos 2005: Penjelasan GEMILANG dihadapkan dengan beberapa perubahan dalam peraturan dilakukan. Perubahan ketara ialah dari segi nama dimana nama asal ialah Persatuan GEMILANG Tanjong Maya menjadi Persatuan GEMILANG Daerah Tutong dan perubahan lain termasuk menggugurkan kelab-kelab yang menjadi ahli GEMILANG menjadi keahlian individu manakala bidang kegiatan dijadikan sebagai aktibiti GEMILANG.

September 2005: Jawapan susulan dari Pejabat Pendaftar untok memperbaiki peraturan kecil persatuan terutama terhadap kekeliruan dalam penggunaan kata gemilang pada masyarakat umum.

September 2005: Jawapan balas GEMILANG terhadap kekeliruan penggunaan kata tersebut.

September 2005: Surat perlulusan pendaftaran diterima dari Pejabat Pendaftar.

11 Oktober 2005: Mesyuarat agung pertama dilakukan bertempat di Restoran kepunyaan Awang Razali b. Zainal di Kampong Telisai Tutong. Kehadiran seramai 41 orang. Mesyuarat dipengerusikan olih Haji Mahmud b. Haji Mohd Noor sebelum JKTadbir dilantik. Seterusnya pengerusi beralih kepada Dr. Haji Amzah b. Haji Abdul Rahman selaku Yang DiPertua GEMILANG yang pertama.

3 November 2005: Menjelaskan bayaran pendaftaran sebanyak $50.00 yang dijelaskan olih Dr. Haji Amzah bin Haji Abdul Rahman selaku YDP dan dengan pembayaran tersebut maka GEMILANG sah menjadi sebuah persatuan yang berdaftar dari segi undang-undang negara. Salinan asal resit pembayaran Kerajaan Negara Brunei Darussalam bernombor siri D 0071744

3 Disember 2005: Majlis Pelancaran GEMILANG telah dilakukan bertempat di Rumah Kediaman Datu Lela Raja Haji Mohd. Jair bin Bendahari Haji Ghafar Jalan Banggugos Kampong Tanjong Maya, Tutong. Majlis pelancaran resmi telah dilakukan olih Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awang Muttalib bin Haji Mohd. Idris. Majlis juga telah diselajurkan dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 1425H.

2006 Persatuan Gemilang Tutong - Editor V8NCC. All rights reserved.