Tuesday, 28 August 2007

SEKAPUR SIRIH YANG DI PERTUA GEMILANG SESI 2005


Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Persatuan Gemilang Daerah Tutong
Assalamu'alaikum & salam sejahtera
Alhamdullilah sejak GEMILANG dilancarkan pada 3 Disember 2004 yang lalu dan dalam usia yang sesingkat ini, GEMILANG telah melangkah dan berkembang pesat melebihi dari apa yang fikirkan sebelumnya. Keahlian GEMILANG telah mencapai ke angka 80 orang yang terdiri dari berbagai lapisan kegemaran, kepandaian dan ilmu pengetahuan. Ini bermakna semakin bertambah ahli semakin meriah suasana aktibiti yang dijalankan dan semakin kukuh silaturrahim akan terjalin dan semakin mudah rancangan dilaksanakan. Kekukuhan ukhwah GEMILANG mencerminkan bahawa kewujudannya telah diterima dengan begitu senang hati olih peminat dan karyawan kegiatan.
Bermula dari Radio Amateur dimana komunikasi dikalangan ahli menjadi lancar berkembang menjadi komunikasi antarabangsa dengan adanya kepakaran yang dipelopori olih V8MQM (Mohd. Ayub b Haji Suhaili) serta dibantu olih V8MVO (Ruslan b. Dambong), V8NAB (Awg. Mosli). Perhubungan melalui ECHOLINK telah menjadi bualan dan dipraktif dengan seefisiennya. Kenalan bertambah yang meliputi dari berbagai bangsa terutamanya di rantau nusantara ini dari Selatan Thailand hingga ke Semenajung Malaysia dan Singapura, dari Sabah ke Pontianak di Indoesia. Negara-negara barat juga turut diteroka dari United Kingdom ke America termasuk Australia dan Trinidad Tabego, rata-rata hasil komunikasi amat membanggakan. Jaringan 2 meter atau 2 metre net yang dipelopori GEMILANG pada tiap-tiap hari Isnin malam Selasa yang beroperasi melalui rangkaian 144.125 MHz sangat-sangat ditunggu peminat radio untuk menyampaikan salam masing-masing. Peringkat awalnya jaringan ini dikawalselia melalui Homebase station dengan seorang pengendali jalur kini bertambah menjadi 2 ke 3 pengendali yang beroperasi di Daerah masing-masing dan seterusnya berkembang menjadi jaringan antarabangsa apabila pengendali jalur di Melaka dan Kuching Sarawak turut serta. Dengan perkembangan ini net ala GEMILANG telah menjadi Internationally gemilang. Tahniah kepada semua CQ-CQ dan Jawatan Kuasa Radio Amateur GEMILANG keatas kejayaan ini.
Paramotor GEMILANG yang dibawah kelolaan Jurulatihnya Mejar (U) Hamzah bin Haji Sahat dan dibantu olih Lt. Kol. (U) Salehin bin Haji Mohd Taib sudah mencapai tahap-tahap lebih dari apa yang dihasratkan. Kegiatan yang baru diperkenalkan pada bulan Jun 2004 dengan harapan untuk melahirkankan sekurang-kurang 10 juruterbang dalam masa setahun. Tapi apa yang nyata setelah genap setahun bergiat bulan Jun 2005 seramai 24 juruterbang yang terdiri dari belia-belia yang berjiwa kental dari usia semuda 14 tahun sehingga 47 tahun telah dapat dilahirkann termasuk 2 juruterbang wanita. Kegiatan yang berpengkalan di Pantai Seri Kenangan ini ternyata telah berjaya merubah senerio dan suasana Pantai dimana pengunjung terkini telah mencapai keangka ribuan dari angka ratusan sebelum sukan ini diperkenalkan.
Fotografi juga tidak ketinggalan dalam perebutan aktibiti didalam slot GEMILANG. Kumpulan yang dipimpin olih Adiputra b. Haji Abdul Hamid dan dibantu olih Alirahim b. Haji Abdul Rani MPR juga telah berjaya membimbing dan mengajar sehingga banyak jurufoto baru muncul ditengah kemantapan jurufoto lama. Pangkalan dan sasaran penerima bimbingan termasuk siswa dan siswi UBD. Mutu penggambaran dikalangan siswa/siswi ternyata menyerlah dengan tunjuk ajar yang telah diberikan. Disamping itu kebolehan fotografer GEMILANG memang sukar untuk dipertikaikan. Bukti nyata apabila baru-baru ini keputusan peraduan fotografi "wajah-wajah Brunei" anjuran Rakan Tiga Media, fotografer GEMILANG merangkul lebih separuh dari hadiah yang diperuntukkan. Itulah kehebatan fotografer GEMILANG dan dipercayai kehebatan ini boleh bertahan dengan adanya kelas-kelas bimbingan, salon-salon, serta diskusi fotografi sebagaimana yang telah dirancangkan.
GEMILANG akan terus melangkah, berkarya disamping membimbing dan membantu warga Darussalam ini kemercu kegemilangan. Terserah kepada individu untuk membuat pilihan samaada berada digarisan mula atau menyertai GEMILANG mengorak langkah ke garisan kecemerlangan dan seterusnya menjadi insan-insan yang TERBILANG.
Sekian. Wassalam.
Yang DiPertua GEMILANG
Haji Amzah b. Haji Abdul Rahman. PHd.