Wednesday, 12 September 2007

Acara 'Hari Gemilang' Persatuan Gemilang Daerah Tutong

Pantai Seri Kenangan,Tutong

Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah mengadakan 'Hari Gemilang' pada 9hb, September 2007 minggu lepas iaitu hari perkumpulan ahli yang julung kalinya diadakan dengan berhasrat menyemarakkan perpaduan diantara ahli-ahli dibawahnya berserta keluarga masing-masing. Acara yang diadakan di Pantai Seri Kenangan,Daerah Tutong berjalan dari pagi hingga kepetang itu diselengarakan oleh komiti ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang dipengurusikan oleh Hj Ayub yang mana ianya dirasmikan oleh dipertua gemilang Dr.Amzah bin Hj Abd Rahman.

Berbagai acara sukan telah disusun hari itu antaranya ialah perlawanan bola lima sepasukan sambil pemain-pemain dikehendaki menyarungkan kain pelikat (kain Sarung), sepuluh pin bowling mengunakan buah kelapa iaitu acara perempuan,permainan menembak target ala-ala bomba,peraduan mewarna bagi kanak-kanak dan mencari benda tersembunyi mengunakan radio amatur (fox hunting).


Gambar atas: Permainan ala-ala bomba dijalankan perserta dikehendaki menjatuhkan papan target yang disediakan dan masa terpantas dikira juara.

Persembahan seni mempertahankan diri iaitu Aikido juga turut diadakan oleh ahli-ahli Gemilang aikido dengan diketuai oleh sensei mereka Awang Sharum selaku pengasas pasukan. Acara berakhir pada sebelah petangnya dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang-pemenang yang mengikuti acara-acara permainan.

Perlawanan bola lima sepasukan berkain sarung telah menarik minat orang ramai yang berkunjung kepantai Seri Kenangan pada hari itu. Acara ini juga dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awang Hj.Jamain bin Momin selaku tetamu jemputan khas mereka.