Sunday, 9 September 2007

Perkelahan Hari Gemilang-9hb September 2007

Kepada;
Semua Ahli GEMILANG

Dengan hormat sukacita memaklum kepada semua ahli-ahli Gemilang bahawa satu Perkelahan Hari Gemilang akan diadakan

Pada: 9hb September 2007 (Ahad)
Waktu: Bermula 8:30 pagi dan 2:00 Petang

Antara objektifnya ialah untuk;-

Mensuaikenalkan kepada Penaung Gemilang yang baru (Pegawai Daerah Tutong) akan aktibiti-aktibiti Gemilang dan juga ahli-ahlinya.

Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah olih bahagian-bahagian Gemilang kepada ahli-ahli baru

Mengumpulkan dan bersuaikenal sesama ahli demi mengiatkan dan menjana kemajuan Gemilang yang dikenali dengan persatuan serba boleh.

Beberapa acara sukanria juga akan diadakan termasuk :-

a. Pertandingan Fotographi bertajuk ‘Suasana Hari Gemilang’

b. Peraduan Mewarna Lukisan (bagi kanak-kanak)

c. Beach Football memakai kain selindang

d. Foxhunting

e. Pit Stop (4WD)

f. Pertandingan ala Bomba

g. Tarik kalat

h. Sukan bagi wanita.

Sehubongan dengan ini, menjunjung/mempersilakan semua ahli-ahli Gemilang untuk turut hadir memeriahkan acara tersebut. Pendaftaran akan dibuat pada jam 8:30 pagi hari tersebut. Seperkara jua dipohonkan ehsan semua ahli-ahli untuk memberi sumbangan seangkat-angkat hati bagi menjayakan acara ini. Semua sumbangan hendaklah di sampaikan kepada Setiausaha Agong tidak lewat pada 8hb September 2007.

Sekian dan diatas sokongan abiskita itu nanti tidak lupa merakamkan berbanyak terima kasih.

Dengan hormatnya

Awang Yaakup bin Hj Abdul Rahman
Ketua Bahagian Sukan dan Kebajikan
b/p Setiausaha Agong Gemilang