Wednesday, 28 November 2007

Gemilang Radio in local news

Participants in a group photo with the guest of honour, Cik Karmilla Amirkhan, Assistant Director of Sabah's Communication and Multimedia Commission.
(Pasukan Gemilang bersama Karmila Amirkhan, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sabah.)

The Tutong Gemilang Association through its amateur radio "Gemilang Radio" came in first and third in the Mobile Fox-hunting Tournament as part of the Sabah Ham Festival held in Tuaran, Sabah. More on Borneo bulletin online (English)
TUTONG, Isnin - Buat julung kalinya Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Radio berjaya merangkul juara dan tempat ketiga di Kejohanan Foxhunting Mobile sempena Sabah Ham Festival di Tuaran, Sabah baru-baru ini. Ikutilah berita penuh dalam Media Permata online.

Monday, 26 November 2007

Kenangan di Sabah Ham Festival, Tuaran Sabah

GEMILANG CEMERLANG DI SABAH HAM FEST 2007


Tuaran, Sabah 25/11/2007 (Ahad)- Buat julung kalinya Gemilang Radio telah berjaya merangkul Juara dan Tempat Ketiga di Kejohanan Foxhunting Mobile sempena Sabah Ham Festival di Tuaran, Sabah. Kejohanan tersebut telah menyaksikan peryertaan pasukan daripada kelab-kelab radio amatur di Sabah. Gemilang Radio diwakili oleh V8MKJ,V8MAF, V8MXZ, V8MUT dan V8AQM. Gemilang 'CHALLENGER' dan Gemilang 'KNIGHTS' disamping empat pasukan kelab Radio tempatan Sabah memulakan pencarian 'Foxes' pada jam 8:45 pagi dan berakhir tiga jam selepas itu.

Hanya bebekalkan " 2 elements Measuring Tape Yagi" kedua-dua pasukan Gemilang Radio berjaya mengatasi pasukan lain yang mempunyai 'sniffer/Doppler' yang terbaik. Gemilang "Knights" yang terdiri daripada V8MAF dan V8MXZ telah mendapatkan 4 'foxes' dengan masa terpantas sekaligus menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut. Manakala Gemilang 'Challanger' yang terdiri daripada V8MKJ, V8MUT dan V8AQM berjaya mendapatkan kelima-lima 'foxes' dalam waktu melebihi 3 jam dan menyandang tempat Ketiga.

Tahniah kepada Gemilang 'Knights' dan 'Challanger' semoga akan terus berjaya di kejohanan yang akan datang.

(gambar bersama Tetamu Kehormat, Cik Karmilla Amirkhan, Penolong Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah)

Thursday, 15 November 2007

TUARAN HAM FEST

Untuk makluman dan keterangan lajut mengenai Kejohanan Foxhunting semasa Tuaran Ham Festival 24-25 Nobember 2007 sila layari laman web BARC http://www.barc.org.my/barc/

Wednesday, 14 November 2007

MESYUARAT AGONG GEMILANG KALI KE III

Dimaklumkan kepada semua ahli Gemilang bahawa Mesyuarat Agong Gemilang ke III akan diadakan:-

Pada: 2hb Disember 2007 (Ahad)
Bertempat: Bilik Mufakat, Pejabat Daerah Tutong
Jam: 8:00 pagi

Diminta kepada semua ahli Gemilang yang berdaftar untok dapat hadir pada jam dan tarikh yang disebutkan bagi sama-sama menjayakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tadbir Gemilang yang baru bagi sesi 2007/2008.

Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan adalah sangat diharap-harapkan


"Tunjuk Hasil Bukan Alasan"

Saturday, 10 November 2007

AMATEUR RADIO EXAMINATION - FEBRUARY 2008

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Gemilang yang berminat untuk mendapatkan lisen Radio Amatur atau untuk meningkatkan lisen 'Standard-VHF' kepada 'Advance-HF'bahawa Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Brunei Darussalam (AITI) akan mengadakan peperiksaan bertulis Radio Amatur bagi bulan Februari 2008.

Pendaftaran dan pembayaran kemasukan akan dibuka mulai 12hb Nobember 2007 sehingga 14hb Disember 2007. Perperiksaan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Untuk keterangan lanjut sila hubongi Unit Perkhidmatan Pelanggan, AiTi melalui tel. no. 2323232 atau dengan melayari laman web http://www.aiti.gov.bn/.

Dalam hubongan ini Gemilang Radio akan menawarkan kelas radio amatur bagi calon-calon yang akan menduduki perperiksaan tersebut seperti biasa.

Sekian, harap maklum.

Monday, 5 November 2007

AJK Gemilang Meeting

Masyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa GEMILANG

Venue: Bt Panggal HQ (V8AQM) Time : 7.00 mlm

AJK yang hadir : Dr Hj Hamzah (v8MOB) , Yakub (V8AYN) , Abdul Ahsunah (V8MKJ) , Hasibah Masmoon (V8MON), Abd Hamid (V8Aii) , Mohd Ayub (V8AQM) , Adi Putera , Ajamain , Faridah (V8BII)