Saturday, 10 November 2007

AMATEUR RADIO EXAMINATION - FEBRUARY 2008

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Gemilang yang berminat untuk mendapatkan lisen Radio Amatur atau untuk meningkatkan lisen 'Standard-VHF' kepada 'Advance-HF'bahawa Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Brunei Darussalam (AITI) akan mengadakan peperiksaan bertulis Radio Amatur bagi bulan Februari 2008.

Pendaftaran dan pembayaran kemasukan akan dibuka mulai 12hb Nobember 2007 sehingga 14hb Disember 2007. Perperiksaan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Untuk keterangan lanjut sila hubongi Unit Perkhidmatan Pelanggan, AiTi melalui tel. no. 2323232 atau dengan melayari laman web http://www.aiti.gov.bn/.

Dalam hubongan ini Gemilang Radio akan menawarkan kelas radio amatur bagi calon-calon yang akan menduduki perperiksaan tersebut seperti biasa.

Sekian, harap maklum.