Monday, 26 November 2007

GEMILANG CEMERLANG DI SABAH HAM FEST 2007


Tuaran, Sabah 25/11/2007 (Ahad)- Buat julung kalinya Gemilang Radio telah berjaya merangkul Juara dan Tempat Ketiga di Kejohanan Foxhunting Mobile sempena Sabah Ham Festival di Tuaran, Sabah. Kejohanan tersebut telah menyaksikan peryertaan pasukan daripada kelab-kelab radio amatur di Sabah. Gemilang Radio diwakili oleh V8MKJ,V8MAF, V8MXZ, V8MUT dan V8AQM. Gemilang 'CHALLENGER' dan Gemilang 'KNIGHTS' disamping empat pasukan kelab Radio tempatan Sabah memulakan pencarian 'Foxes' pada jam 8:45 pagi dan berakhir tiga jam selepas itu.

Hanya bebekalkan " 2 elements Measuring Tape Yagi" kedua-dua pasukan Gemilang Radio berjaya mengatasi pasukan lain yang mempunyai 'sniffer/Doppler' yang terbaik. Gemilang "Knights" yang terdiri daripada V8MAF dan V8MXZ telah mendapatkan 4 'foxes' dengan masa terpantas sekaligus menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut. Manakala Gemilang 'Challanger' yang terdiri daripada V8MKJ, V8MUT dan V8AQM berjaya mendapatkan kelima-lima 'foxes' dalam waktu melebihi 3 jam dan menyandang tempat Ketiga.

Tahniah kepada Gemilang 'Knights' dan 'Challanger' semoga akan terus berjaya di kejohanan yang akan datang.

(gambar bersama Tetamu Kehormat, Cik Karmilla Amirkhan, Penolong Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah)