Sunday, 23 December 2007

Photography competition

Snap away and win!
By Azaraimy HH
The Department of Civil Aviation with the cooperation of Royal Brunei Airlines and Department of Tourism Development are jointly organising a photography competition, which is open to the public from Dec 22, 2007 until Jan 22, 2008.

The civil aviation in its press release said this initiative is meant to promote Brunei Darussalam to transit passengers who are stopping over at Brunei International Airport. They hope that through this initiative, transit passengers will stay longer in Brunei Darussalam as tourists or return as inbound passengers.


More info: Enter

Saturday, 15 December 2007

MESYUARAT PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA GEMILANG 4X4

Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Gemilang 4x4 telah dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancangkan. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 14 Disember 2007, pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam di Restoran Engal Kg Suran Tutong. Antara yang hadir adalah Abd Ashunah, Hj Ayub, Yakub HAR, Zamain, Hasibah, Hussin HAR, Azri, Alihan & Sallehin. Sebahagian dari agenda-agenda utama yang telah dibincangkan adalah Matlamat Gemilang 4X4, perlantikan Jawatankuasa kerja baru, rancangan-rancangan masa hadapan dan lain-lain. Butir-butir lanjut mengenainya akan terkandung di dalam minit mesyuarat ini nanti. Sebagai rumusan mesyuarat tersebut, Gemilang 4x4 telah mengenal pasti beberapa matlamat yang akan dijadikan sebagai dasar aktiviti-aktiviti dan hala tuju AJK 4x4. Ahli mesyuarat juga telah merangka rancangan yang teratur sebagai salah satu metodologi peningkatan kemahiran dan kecekapan ahli-ahli Gemilang 4x4. Usaha-usaha ini nanti diharapkan akan menjurus ke arah kemantapan dan kesatuan Persatuan Gemilang. Sebahagian besar dari tanggungjawab ini akan dipikul oleh Jawatankuasa Kerja Gemilang 4x4 yang baru seperti berikut:

Pengerusi Gemilang 4x4 : Abd Asyunah bin DLR Haji Mohd Jair
Setiausaha Gemilang 4x4 : Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
Ketua Jurulatih Gemilang 4x4 : Yakub bin Hj Abd Rahman
Ketua Operasi Gemilang 4x4 : Dr Hj Hamzah bin Hj Abd Rahman

Tahniah kepada AJK yang telah dilantik. Sekian.

Disediakan oleh: Setiausaha Gemilang 4x4

Wednesday, 12 December 2007

Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja GEMILANG 4X4

Dijemput kepada semua ahli Gemilang yang berminat mengikuti aktibiti Gemilang 4X4 untuk hadir ke Mesyuarat Perlantikan AJK Gemilang 4X4;-

Pada: 14hb Disember 2007 (Jumaat)
Jam: 7:30 malam
Bertempat: Engal Restuarant, (Home Q V8MON) , Suran

Diatas kehadiran biskita tersebut tidak lupa diucapkan terima kasih

Sekian, Yang berharap

Pengerusi Gemilang 4X4 (V8MKJ)

Saturday, 8 December 2007

Jawatankuasa Kerja Gemilang Radio bagi sessi 2007/2008

Mesyuarat perlantikan Jawatankuasa Kerja Gemilang Radio pada 7hb Disember 2007 telah pun bersetuju dengan perlantikan berikut:-
  • Pengerusi : V8BIE (lantikan di Mesyuarat Agong Gemilang)
  • Setiausaha : V8AQM
  • Penyelaras Teknikal: V8AMC
  • Penyelaras Projek : V8AYN & V8BQM
  • Ahli : V8MKJ ; V8MUT; V8MVE ; V8MOB; V8MON & V8MOE
Tahniah kepada station yang dilantik semoga akan terus komited menyokong kegiatan Gemilang Radio.

Wednesday, 5 December 2007

Mesyuarat Perlantikan AJK Gemilang Radio

Calling CQ..CQ..CQ local Gemilang,,,

Satu QSP kepada semua station dan juga SWL Gemilang, bahawa satu mesyuarat bagi melantik Ahli Jawatankuasa Kerja 'GEMILANG RADIO' akan diadakan:-
  • pada 7hb Disember 2007
  • QTH: Home QTH V8AQM
  • QTR: 7:00 malam

Di jemput semua station Gemilang Radio untuk dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut bagi sama-sama memberi sokongan dan buah fikiran kepada aktiviti 'Gemilang Radio'

QRX, 73 de V8AQM

GEMILANGFOTO ONLINE FORUM

Makluman kepada semua ahli-ahli dan orang ramai sekalian. Online Forum GemilangFoto sekarang telah beroperasi. Awda boleh menghantar gambar-gambar hasil kerja awda untuk dinilai dan dikomen oleh ahli-ahli yang lain. Awda juga boleh mengajukan segala pertanyaan sama ada berkaitan dengan fotografi mahupun permasaalahan yang dialami.
Bergabunglah sekarang dengan Forum GemilangFoto di www.gemilangfoto.com.
Disarankan juga apabila kita ingin berkomunikasi dengan teman-teman yang lain, gunakan lah www.gemilangfoto.com. Ini bertujuan untuk menghidupkan suasana forum supaya sentiasa meriah sepanjang masa. Juga diharapkan agar kita menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.


Ahim Rani
Head of
GemilangInfoMedia 2006/07