Saturday, 15 December 2007

MESYUARAT PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA GEMILANG 4X4

Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Gemilang 4x4 telah dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancangkan. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 14 Disember 2007, pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam di Restoran Engal Kg Suran Tutong. Antara yang hadir adalah Abd Ashunah, Hj Ayub, Yakub HAR, Zamain, Hasibah, Hussin HAR, Azri, Alihan & Sallehin. Sebahagian dari agenda-agenda utama yang telah dibincangkan adalah Matlamat Gemilang 4X4, perlantikan Jawatankuasa kerja baru, rancangan-rancangan masa hadapan dan lain-lain. Butir-butir lanjut mengenainya akan terkandung di dalam minit mesyuarat ini nanti. Sebagai rumusan mesyuarat tersebut, Gemilang 4x4 telah mengenal pasti beberapa matlamat yang akan dijadikan sebagai dasar aktiviti-aktiviti dan hala tuju AJK 4x4. Ahli mesyuarat juga telah merangka rancangan yang teratur sebagai salah satu metodologi peningkatan kemahiran dan kecekapan ahli-ahli Gemilang 4x4. Usaha-usaha ini nanti diharapkan akan menjurus ke arah kemantapan dan kesatuan Persatuan Gemilang. Sebahagian besar dari tanggungjawab ini akan dipikul oleh Jawatankuasa Kerja Gemilang 4x4 yang baru seperti berikut:

Pengerusi Gemilang 4x4 : Abd Asyunah bin DLR Haji Mohd Jair
Setiausaha Gemilang 4x4 : Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
Ketua Jurulatih Gemilang 4x4 : Yakub bin Hj Abd Rahman
Ketua Operasi Gemilang 4x4 : Dr Hj Hamzah bin Hj Abd Rahman

Tahniah kepada AJK yang telah dilantik. Sekian.

Disediakan oleh: Setiausaha Gemilang 4x4