Thursday, 31 January 2008

GEMILANG 4X4 REFRESHER TRG 1/2008 - THEORY CLASSES






Refresher Training 1/2008 Gemilang 4x4 telah diadakan pada Khamis malam 24 Januari 2008 bermula dari jam 8.00 malam hingga 1100 malam bertempat "The Engals@Suran". Sesi ulangkaji yang pertama pada tahun ini diadakan secara teori khas untuk jurulatih yang menyentuh semua pelajaran asas. Sesi ulangkaji tersebut disambut dengan baik dan dihadiri oleh beberapa jurulatih dan ahli-ahli Gemilang 4x4 yang lain. Ulangkaji tersebut dipimpin oleh Ketua Juruatih Awang Yakub bin Hj Abd Rahman. Ahli yang hadir juga mengambil kesempatan untuk membincangkan hal-hal pentadbiran dan pengedalian Latihan Asas 4WD 1/2008 yang akan datang.

Disediakan oleh: Setiausaha Gemilang 4x4

Sunday, 13 January 2008

Perperiksaan Radio Amatur Februari 2008

Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak AiTi akan mengendalikan perperiksaan Radio Amatur;-

pada: 17hb Februari 2008 (ahad)
Bertempat: Dewan Serbaguna Hal Ehwal Pelajar, UBD
Masa: 9:30-11:30

Sehubongan dengan ini Gemilang Radio seperti biasa akan menjalankan kelas-kelas Radio Amatur bagi persedian para calon yang akan menduduki perperiksaan tersebut. Cadangan tarikh kelas-kelas tersebut ialah pada minggu pertama dan kedua bulan Februari. Maklumat lanjut dan borang untuk mengikuti kelas tersebut bolehlah didapati dengan menghubongi ketua penyelaras kelas Radio Gemilang melalui email v8mkj@yahoo.com; HP no.8814988 atau Setiausaha Gemilang Radio melalui email v8aqm@yahoo.com; HP 8772126. Semua borang pendaftaran hendaklah dikembalikankan tidak lewat sebelum 1hb Februari 2008 (Jumaat).

Sekian dimaklumkan.