Wednesday, 12 March 2008

PERADUAN DAN PAMERAN FOTOGRAFI SEMPENA HARI AIR SEDUNIA 2008 "SANITASI"

Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008

Anjuran
Jabatan Perkhidmatan Air
Jabatan Saliran dan Pembentungan
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam

dengan kerjasama
Persatuan Jurufoto, Brunei Darussalam

Tujuan Peraduan :

1) Peraduan ini diadakan sempena menyambut Hari Air Sedunia 2008 yang bertemakan "Sanitasi"
2) Menyampaikan maklumat serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya nilai air, sanitasi dan kebersihan awam dalam kehidupan seharian.

Syarat Peraduan :

1) Peraduan ini dibukakan kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam sahaja.
2) Gambar-gambar yang dipertandingkan ialah gambar berwarna (color print) berukuran 11" x 14" (11R) dengan berbingkai berwarna hitam sebesar 50mm.
3) Setiap peserta hanya boleh menghantar tidak lebih daripada 4 keping gambar dan hanya layak menerima satu hadiah.
4) Peserta bebas menggunakan apa jua jenis kamera, filem dan mencetak gambar pada apa jua jenama kertas. Tetapi peserta yang menggunakan digital image tidak dibenarkan menghantar gambar-gambar yang dimanipulasikan komputer. (No Editing with any software e.g. Photoshop, Paint Shop Pro , Illustrator, etc).
5) Gambar-gambar yang sudah dipertandingkan dan pernah memenangi hadiah tidak akan diterima.
6) Hadiah-hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang pertama, kedua, ketiga dan 3 hadiah saguhati akan disediakan oleh pihak penganjur.
7) Setiap peserta hendaklah mengisikan dengan lengkap borang penyertaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
8) Gambar-gambar yang memenangi hadiah akan menjadi milik penganjur dan gambar-gambar yang tidak berjaya boleh diambil dari pihak penganjur setelah pameran berakhir.Gambar-gambar yang tidak diambil selepas satu bulan pameran berakhir akan menjadi milik penganjur.
9) Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat peraduan.
10) Keputusan hakim bagi peraduan ini adalah muktamad dan sebarang aduan tidak akan dilayan.
11) Borang penyertaan beserta gambar-gambar hendaklah diserahkan kepada :

PENGERUSI PERADUAN FOTOGRAFI
SEMPENA HARI AIR SEDUNIA 2008 - SANITASI
TAHUN SANITASI ANTARABANGSA 2008
JABATAN SALIRAN DAN PEMBENTUNGAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

12) Penghakiman akan dibuat pada hari Rabu 19 Mac 2008
13) Hanya pemenang-pemenang yang menerima hadiah akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.
14) Penyampaian hadiah dan preview pameran akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

HADIAH :

PERTAMA : B$500.00
KEDUA : B$400.00
KETIGA : B$300.00
3 HADIAH SAGU HATI : B$100.00

Borang-borang boleh didapati di Pejabat Pos Tutong dan juga bagi Ahli-Ahli Persatuan Gemilang, boleh didapati di Aliq Cafe (Kg Tg Maya Tutong) pada pukul 5 petang pada 12hb Mac 2008.

Sekian, Harap Maklum

Fadhlina Bakar