Friday, 25 April 2008

Brunei Darussalam Amateur Radio Association (BDARA): A Reborn

Di maklumkan kepada semua ahli Gemilang Radio bahawa satu perjumpaan perlancaran semula BDARA akan diadakan pada hari Ahad 27 April 2008 bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassalan Bolkiah, Berakas jam 2:30 petang. Perjumpaan ini bagi mendengar taklimat struktur organisasi BDARA dan perkara-perkara yang berkaitan.

Dalam hubongan ini, semua ahli Gemilang Radio adalah digesa untuk hadir bagi sama-sama memberi sokong perkembangan Radio Amatur di negara ini.

sila layari artikal ini...

http://www.brunei-online.com/bb/thu/apr24h18.htm


sekian
Setiausaha Gemilang Radio

Wednesday, 23 April 2008

BORANG PENYERTAAN PERADUAN FOTOGRAFI

SEMUA ahli GEMILANGfoto yang berminat menyertai peraduan Fotografi anjuran Persatuan Jurufoto NBD sempena Ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM PAduka Seri Baginda Sultan Ke 62 Tahun 2008 Bagi Daerah Brunei Dan Muara boleh didapati dari Kedai Gambar ROSE PHOTO STUDIO dan KO Tg Maya.

Tema Peraduan : WAJAH WAJAH ABADI

Tarikh Tutup penyertaan pada 20 Jun 2008 (hari Jumaat)

Tuesday, 22 April 2008

GEMILANGfoto dan Persatuan Jurufoto adakan outing di Taman Simpang Berakas.


Klinik Fotografi di Hutan Simpan Berakas
Oleh Sheirol Mohd Heldy


Gambar ramai PJB dan bukan ahli.
Jurugambar sedang beraksi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Bagi menambah pengetahuan kepada jurugambar tempatan mengenai teknik penggambaran yang betul, Persatuan Jurugambar Brunei (PJB) mengadakan Klinik Fotografi di Hutan Simpan Berakas hari ini.
Seramai 30 orang termasuk dari Persatuan Gemilang dan bukan ahli menyertai aktiviti kelab berkenaan hari ini.
Program dimulakan dengan penerangan dari Yang Dipertua PJB, Haji Samsudin Idris mengenai aktiviti penggambaran yang tertumpu pada teknik potret dan makro.
Menurut Haji Samsudin, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada jurugambar terutama yang baru berkecimpung dalam bidang ini selain daripada aktiviti bulanan persatuan berkenaan.
Beliau turut menyatakan hasil daripada aktiviti kali ini akan dijadikan koleksi dan menjadi persediaan mereka sebelum pertandingan diadakan.
Beliau menambah bahawa PJB akan mengadakan pertandingan untuk Hari Keputeraan KDYMM dan terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertainya dan borang bolehlah diperoleh di kedai-kedai foto di negara ini.

Monday, 21 April 2008

2nd DAY GEMILANG SABAH EXPEDITION 2008 (22 MARCH 2008)

Assalamualaikum warahmatullah. Berikut adalah sambungan cerita-cerita yang dialami Tango-Tango semasa Ekspedisi GEMILANG 2008 ke Sabah pada hari kedua 22 Mac 2008. Selamat membaca.

SELAMAT PAGI SANDAKAN
Biasalah awal pagi kena banguni oleh teman setia saya, NOKIA. Nda ku snooze pagi ani. Alarm ku ato becampur adok dengan bunyi SMS yang sepatutnya ku terima kelmarin baru ia bebunyi dan SMS-SMS yang cuba dihantar kelamrin baru tia menghantar pagi ani. Aneh! Signal mobile nda tantu sini ani atau telfon system ku nda serasi dengan sini. Manasaja tah ko telipun. Bepikirku, kelmarin pagi di Tutong Brunei, pagi ani di Sandakan, almost to the eastern tip of Borneo, terpegun ku dalam lena. Bejalan jauh kali ah kelmarin ato. Balum ku bangun, membayangkan perjalanan kelmarin yang mencabar ato. Macam baru tadi memajamkan mata, ani bangun tia. Nda sampat mimpi. I hope tango-tango lain cukup rehat. Any way Goooooooood Mooooorning Sandakan! Selamat Pagi Sandakan.

Selasai routine pagi, ku pikirkan dulu apakan dibuat. Visit to Toyota UMW Sandakan nda jadi, so ok jualah. Our car is still in good condition. Pertama, kereta kesayangan T3 dalam nya macam bilik tunggang balek udah. Its a mess lah and kotor. So kan membuang sampah sarap, bersihkan dalam nya sikit-sikit. Kedua, ada specially flown box ku terima dari Kuala Lumpur. Its actually, our T-Shirt expedition and cap GEMILANG dari Tangan Seni. Lawa lah ada Puteh and Hitam T-Shirt nya and cap merah. Memang orang mau pakai ni. Ketiga kan breakfast. Sebab penginapan kami di Hotel Sanbay ani termasuk beakfast. So better be quick bertolak pukul 10 pagi. Matahari naik udah tinggi pukul 8pagi. Ku liat maseh sunyi di lobby ato, ada plang ku liat some tango bejalan makai kereta durang, barangkali ke tamu Sandakan kali. So membersehkan kereta ku dulu. Waduh banyak botol-botol air Suci yang kosong, banyak usulnya kami minum air ato. Patut jua banyak pit stop kelamrin. So botol-botol Suci yang kosong dan yang setengah diminum pun dibuang, at least selesa sikit passenger ku masa berjalan karang. Ku ready kan lah botol air Suci yang baru untuk my 2nd Operator and YL. Macam dalam kapal terabang jua kan, kena hidangkan. Lapas ato, makin ramai orang ku liat udah ke bawah. Iatah masa nya ni kali meliatkan baju T-Shirt dan cap baru. Di bilik saja meliatkan and jadi kan counter berjual. Udah dibilik, barang-barang ku pun udah pack-up dan sedia untuk check out. Kotak baju dan cap ku sediakan saja. Orang berlintasan bilik ku pun beranti ternampak baju baru. Wah not bad, laku jua lah. Usulnya today banyak orang makai hitam. Then it was time to go down and check-out. Udah di Lobby ada YL T1, waaaah, ia ni. Rajin you. Laju bah jari-jari nya menaip laptop nya. Sampat lagi to, kan nyampati blog usulnya. You knowlah siapa yang dimaksudkan. Bagus eh orang nya. Selalu saja ceria. Kalau kusut tau ku to pasal apa. Pasal nda da internet and couldnt get online, hahaha. Shes kewl, sporting spirit. Sampat ku breakfast sikit, nyaman usulnya. Ada mee goring, talur goring, sausage. I just had toast and Tenom Coffee. Nyaman eh coffee ah. Nanti ku becerita pasal coffee ani. Ku suka coffee, gila banget! Lapas ato masukan barang dalam kereta and ready to move. PASAL SANDAKAN
Crew T3 dalam kereta sudah. Sementara menunggu Tango-Tango lain ready, ingin ku berkongsi sejenak cerita-cerita pasal Sandakan. Dapat jua menambahkan ilmu pengetahuan. Ada ku membaca dari buku-buku tourism di hotel tadi, asal perkatan ”Sandakan” adalah dari perkataan orang Suluk ”sanda” yang bermaksud gadai dan ”kan” adalah akhiran perkataan. Jadinya ”Sandakan” bererti satu tempat menggadai. Siapa yang menggadai, untuk siapa maseh menjadi misteri. Interesting jua ah.

Banyak history nya di sini ani dari tahun 1870an sehinggalah selepas Perang Dunia ke 2. Ada kaitan dengan ketenteraan dimana kawasan-kawasan sini digunakan sebagai pangkalan untuk membekalkan senjata dan perlengkapannya kepada Sultan Sulu sebagai pertahanan dari penaklukan sepanyol. Banyaklah pergolakan nya sehingga menjadi sebuah perlabuhan export kayu balak. Dahulu kononya, kayu-kayu dari sandakan telah menyumbangkan kepada pembangunan Peking’s Temple of Heaven. Bekarih jua ah. Jadinya kan, di sandakan ani banyak orang kaya-kaya dulu. Sama jua macam perambahan, kalau di umban batu kebelakang, batu atu akan jatuh atas kepala seorang jutawan. Kali kedua diumban, misti jua batu atu gugur atas kepala seorang jutawan. Ertinya sana sini jutawan ah. Banyak tu ah! (perambahan tia karang! Aku buatbuat saja) hahaha.

KE PUSAT PEMULIHAN ORANGUTAN SEPILOK
Tango Convoy pun memulakan perjalanan. T7 Pilot pun dijemput untuk membacakan Doa perjalanan memohon agar perjalanan kami dilindungi oleh Allah. Masa sudah menunjukkan pukul 1011. Ditepi jalan nampak ku Label berapa jauh dalam kilometre bandar-bandar dari Sandakan. Mula-mula ku liat Kota Kinabalu. Wah! tiga ratus labih km jauh nya. Boleh sampai dalam masa sejam lah kalau ke KK, tapi dengan kelajuan 300km/hr. Tuli telinga kali ah mendangar enjin meneriak kan nyampaikan 300km/hr! Kalau Ferrari barangkali sampai 300km/hr ato. Basically bejam-jamlah kan sampai tu. Ari ani kan ke Sepilok, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Belud dan Kudat. Angan-angan kan ke Simpang Mengayau pulang ni kan menyampati matahari terbenam. Karang mikirkan lagi. Ani bising udah radio ani kan betanya singgah ke Sepliok kah inda. Semasa perancangan info yang diperolehi kurang lengkap dan kurang jelas mengenai apa yang ada dan lokasi sebenar nya. Jadi di rancangkan untuk lintas lalu saja. Kalau ada label nya kan bergambar saja di luarnya. ”T1, camana, singgah kah?”, ”T3, beranti kita ni?” ”T5, anda tau pasal sini ani?”, ”18 tahun dulu pernah saya sini, ada orang utan nya sini, nda jauh kedalam dari simpang,”. Jadi banyaklah yang not sure. Ndapa lah why not, marilah kita buat tinjauan. Tapi bepikir ku jua nya T5 ia keSipilok 18 tahun dulu, ada kah inda Mayas atu lagi, 18 tahun kemudian. Ah ok, Mayas ani another name for Orangutan / Orang Hutan dalam bahasa Tutong. Mungkin bahasa lain pun ada makai gelaran ato. T1 V8 AYN boleh comment to karang…. Jalan punya jalan, jumpa the simpang masuk dari jalan utama. Ada patung Orangutan dan label ”Selamat datang ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok” terus kan perjalanan, ah rupanya nda jauh dari simpang tadi ato. Ramai orang. Banyak orang putih lah. Tampat parking pun luas. Dapat parking semua orang keluar..... dalam sibok-sibok keluar matuka..... BOK!.. eh apa bunyi melabok ato? Menyubuk tah ku kebelakang kereta, 2nd Operator T3 tegelincir arah longkang sering kereta ani. Laju-laju ku kan nolong. ”R, u ok? ...” ssss, aduh ssss, sakit eh”. 2nd Operator T3 ala Bunang berdiri on his feet kesakitan, kaki nya ada bruise and luka sikit. I told him to get the good Doc T5 to have a look at luka nya. Few minutes ia pun ok, lumpat-lumpat balek. He is ok. Apabila berkumpul to entrance, kami pun dimaklumkan masa untuk berjumpa dengan Orangutan sini ani adalah pukul 10pagi dan pukul 3petang. Masa itulah masa orang utan ani kena bagi makan. Jadi mis lah masa makan pukul 10pagi tadi. Tapi pusat ato disediakan pameran-pameran dan kedai-kedai sovenirs. Bagus jualah. Nda bejumpa dengan orangutan banar, yang patung jadi tah. Arah sovenir shop ato durang jual orangutan teddy. YL T3 membali. Jadi menambah penumpang dalam T3, ada orangutan ikut. Begambar ramai, inda mis, dengan banner kami.
Kami pun masuk balek ke kereta kami untuk meneruskan perjalanan. Rancangan seterusnya adalah untuk berenti di Ranau. Merenung ku kembali nama tampat tadi ato ”SEPILOK ORANGUTAN REHABILITATION CENTRE”. Mengapa ia dipanggil Rehabilitation centre? Dalam melayu nya pusat pemulihan. Mengapa tu ah? The first thing comes to my mind, pusat supaya ia jadi baik, sebab pemulihan, rehab. Dulu ia jahat, jadi di hantar pusat pemulihan supaya jadi baik. Ia kah to? ... Camani to kisah nya, kan berkongsi lah ni. Wherever we go sedaya upaya kitani timba ilmu. This is what I know lah jua. Pusat ani ditubuhkan apabila orangutan-orangutan di ambil atau dirampas dari orang yang telah memelihara mereka secara haram, yang mengakibatkan orangutan-orangutan ani jauh dari ibunya dan jauh dari kehidupan dihutan. Sebagai binatang yang dikategorikan sebagai binatang endangered species, ianya perlu dipelihara dengan membiarkan ianya hidup secara semula jadi iaitu di hutan dan sebagai binatang yang liar. Apabila ia dikongkong oleh manusia ia akan kehilangan kehidupan yang liar, akan hilanglah daya fizikal yang diperlukan di dalam hutan dan akan hilanglah kemahiran mereka ini dalam ikhtiar untuk hidup didalam hutan. Jadinya pusat ini ditubuhkan untk mengembalikan orangutan ini ke keadaan yang sepatutnya orangutan ini alami, memulihkan orangutan ke keadaan liar sebagaimana alam semulajadi menjadikan mereka. Sebab jika dibiarkan, species ini akan menjadi pupus pada masa yang dekat. Maka demikianlah serba sedikit mengenai pusat dan orang utan ini. Syok eh... Semangat kali aku ah! Nda cukup tidor, bole tahan jua. Kalau ada Gunong Kinabalu di dapan ku ani, ku naiki ni, eseh! Esteeeh! Bah adang.


FLEKSIBEL, KOPITIAM BERGERAK DAN RANAU
Kita teruskan perjalanan. Ndada masalah. Banyak concentrate driving saja. Semalam dilalui ni jalan ani. Nampaklah jalan yang rosak-rosak yang dilalui semalam ato. Wasn’t that bad. Weather now is ok, semalam ujan licin. Ani nice day… Ngomong-ngomong radio maseh diteruskan. Cerita yang sikit membangunkan orang tidor dalam kereta, adalah hasrat untuk cuba sampai di Simpang Mengayau sebelum matahari terbenam. Dapat kah dibuat ni? Dari 38 orang yang ikut dalam expedisi ani 37 orang nda pernah berjalan dari Sandakan ke Kudat. Yang sorang iaitu Pilot T1 saja pernah. Ia estimate-estimate saja, rambang. Mungkin dapat, mungkin inda. Expedisi ani berjalan dengan baik, honestly speaking, nda ku jua mau macam military precision like trying to bomb a target on the dot. Rilek ku saja lah, walaubagaimanapun, sedaya upaya cuba menepati masa yang ditetapkan. I just face things as they come. Ada maseh ruang untuk berlegar dan tidak menjejaskan rancangan am jika nada sampai on time. Kewl lah beb.

Kan sampai di Telupid, we pit stop sekajap. The routine Stop, Rest, Revive, … Survivie I guessed. Ada orang nature’s call, ada orang relax saja and stretching. For me, tais liur ku lagi Coffee Tenom tadi ato. Masa ni balum ku bali Coffee dalam packing nya. Nantitah sudah ku kan balik. So I bought yang tapau saja. So, from one of the shop ku bali tapau. Disimpannya dalam plastic beg. Ku fikir dibuat nya minuman ato dalam cawan takeaway. Plastic nganya john, lapas atu diikatnya. Payah pulang ku masukan dalam Cawan Flask ku. Baik saja YL T3 memindahkan, hmm, serba bole nakkani! … Cerita pasal coffee Tenom ani. Tenom, bandar yang dilintasi kelamarin is famous for its coffee. Sebelum sampai ke Sabah kelmarin I only heard about it. I had few cups sudah since kelmarin, and Tenom Coffee is nyaman! Nyaman banget. Macam inda pait-pait. Smooth, rich flavour, nutty. Ia bole di dapati proses secara serbuk atau di ground roasted. Nama nya banar Rabusta Tenom Coffee. Coffee lovers misti cuba. Gambar bawah ani actual coffee bean nya , I got from the internet.Kita teruskan perjalanan. Sambil driving, sambil minum coffee tenom ku dalam cawan khas. Kalau anda balum cuba minum sambil driving, silakan mencuba. Kalau anda kan keraja nda sampat minum, bole ikut ni style ani. Yang keraja turun naik Seria Tutong atau Tutong Bandar di sarankan mencuba..... jalan punya jalan, sampai lah di Ranau. Kan dakat pukul 3.00 patang udah. Balek semula tampat restaurant dimalam. Sini kan berjumpa dengan T11 yang kereta durang masih diusai diworkshop di Ranau menunggu sparepart dari KK dan berjumpa terus dengan member-member radio Amatur. Nampak ku nasi bungkus pakai daun pisang, nyaman usulnya. Tinggal sebungkus, eh baik tah di ambil. Ato saja ku bali untuk lunch. Sambil makan, Pilot T1 pun betanya sama member-member radio amatur Ranau, berapa jam sampai ke Simpang Mengayau. Katanya mau-mau 5-6 jam. Ani udah tiga lalu! Wang canatu? Ditahan matahari atu pakah, supaya nda terbenam? Camanitah saja, kitani terima saja hari ani nda kitani sampat ke Simpang Mengayau sebelum matahari terbenam. Selepas bincang-bincang esok tah saja dalam perjalanan ke KK. Ada lagi cerita nya to karang.

KUNDASANG, GUNUNG KINABALU, KOTA BELUD DAN KUDAT
Kembara diteruskan esteeeh, ... bilang urang tah ke kereta masing-masing, hari kedua beratus kilometre sudah dijalani, Toyota 4WD kami pun semakin tampan, banyak badak. Behabok kali ah. Tepakai tah jua durang ani kan nulis-nulis di tepi-tepi badan kereta ani sementara nunggu Tango-Tango lain.



Pergerakan ke Kudat diteruskan dan akan melalui Kundasang. Wah sungguh indah sekali (Sakai jaie!). Tangan, dan kaki ku, second nature sudah menukar gear, 2WD kah, 4WD kah, no problem. Tapi mata meliat keluar sungguh indah nya pemandangan di Kundasang ani. Bukit selepas bukit dilihat dan dilalui, menjelmalah gunung-gunung yang makin meninggi. Kaki-kaki Gunung Kinabalu pun mula memperlihatkan dirinya dalam kabus dan awan yang tebal. Di ketinggian yang melimpasi paras awan, nampak matahari memancarkan cahayanya ke dinding Gunung Kinabalu. Sekali-sekala seolah nampak birup Gunung Kinabalu yang tertutup dengan awan. Kadang-kadang lalai meliat keluar ato, nda sadar jalan ato basah dan licin. Sajuk kali ah tinggi ani. Boleh tutup aircon. Bekabus lagi, yatah jalan basah. Jurugambar-jurugambar apalagi. Takan sini. Takan sana, keluar jendela, ada yang keluar sampai terabang cap nya!

Sedikit mengenai performance kereta 4WD Toyota, jalan-jalan di Kundasang ani banar-banar menguji driving anda. Kalau anda makai brake memanjang masa turun bukit, berasap brake ni ah! Merah macam bara brake kereta anda ni. Kebanyakannya slope jalan kawasan ani dalam gradient 14% (kalau landai atau flat 0%, kalau dinding 100%). Ada jua curam banar. Dengan setting H4, gear 3, cukup saya rasa kalau turun bukit. RPM dalam 2500 to. Kadang-kadang ada jua sampai 3000RPM. Makai engine compression for braking most of the time. Sikit-sikit brake lah. Nda makai brake langsung kelakar jua kali tu ah! Kalau naik bukit, kereta misti jua pickup sikit, sebab masa memotong beguna to. Kalau ada turbo lagi bagus. Toyota Hilux Alhamdulillah, bole tahan. Sampai di kaki bukit on the way ke Kota Belud, tejumpa kami orang belari-lari berpasangan. Macam ikut perlumbaan endurance usul nya. Ada yang bebasikal, macam jauh udah perjalanan durang. Inda salah macam ada orang Brunei ikut usulnya.

Di Kota Belud pit stop kami sekajap. T3 dan T7 melawat kami Masjid Kota Belud. Lawa dome nya. Dalamnya sangat luas. Macam masjid di Seria jua usul dalamnya.

Dalam perjalanan ke Kudat ani, bole dikatakan salah satu highlight adalah mesyuarat bergerak untuk mendapat keputusan rancangan ke Simpang Mengayau. Awu banar! Nda ku kelakar. Makai radio. Pengerusi nya atau pemudah cara nya T1 2nd Operator. Tepakai saya. Ada democracy. Menerima hakikat yang kami sudah tantu akan sampai Kudat malam, tantu sekali inda meliat matahari terbenam di Simpang Mengayau. Sungguh pahit rasa nya ditelan. esewah! Nda pa. Okay mengenai mesyuarat ani. Jadinya berbincanglah dalam radio bila kan ke Simpang Mengayau. Oleh kerana ekspedisi ini dalam kumpulan, maka adalah perlu rancangan melawat dibuat dengan teratur. Beberapa Tango-Tango kan ke Simpang Mengayau untuk menyaksikan matahari terbit di Simpang Mengayau, Ada yang mau kesana dalam pukul 9pagi dan tarus bertolak ke Kota Kinabalu. Jadi berbincanglah dengan semua Tango-Tango untuk mendapatkan feedback. Akhir nya keputusan kedua-duanya dipilih. Siapakan meliat awal pagi dipersilakan dan pada 9pagi akan kembali semula ke Simpang Mengayau untuk bergambar Ramai dan terus bertolak ke Kota Kinabalu. Sanang rasa nya meliat kesepakatan, sikap pemedulian, mengenangkan citarasa orang lain, saling mendengar antara satu sama lain... bagus eh group ani, ... diberi pujian, ... Alhamdulillah.

Dalam perjalanan, matahari pun terbenam sudah. Dalam kira-kira 8.15 malam sampai lah kami di Hotel Ria Kudat. Cute hotel nya ani. Macam kotak. Bilik nya cantek, high standard lah. Itu-ini-itu-ini, check in lah semua sudah orang. Kan makan nganya lagi. Jadi beramai-ramai lah ke seafood restaurant. Nama nya SANTAI Restaurant. Ani baru ia, tepaksa kami ke laut lagi nangkap lauk nya. Dua ekor belureh, Kerapu sama Ikan Merah. Lapas ditangkap antar ke Dapurnya suruh masak... Lama nganya menunggu, sejamkali ah menunggu. Begandang bah parut ah! Tapi udah makanan sudah ada, boleh tahan lah masakan nya. Nyaman.

Lapas makan ingau jua kan info mengenai persiapan kan ke Simpang Mengayau esok ani. Macam nda confident rasanya timing ato. Dibawa tidor tah keresahan ato. Mudahan esok perjalanan ke Simpang Mengayau ok. By the way, crew Tango 3 memilih untuk berjalan awal pagi esok. Jadi dirancang 5.00 pagi diloby.

Sunday, 20 April 2008

Info for GemilangFoto section-Competition coming soon

Photographic Association to hold competition for shutterbugs
Hj Shamsuddin Idris (L) and Awg Hj Samad during the meeting. - HJ MOHD SAID ARSHAD

The committee members of the Photographic Association recently held a meeting at the SEAMEO-VOCTECH regional centre in Gadong to discuss about organising a photographic competition to mark the 62nd Birthday Anniversary of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
It was chaired by Hj Shamsuddin Idris, the President of the association. Like previous years, the association is mandated by the executive committee of His Majesty's birthday celebration to organise the event.
Awg Hj Samad Hj Abas, the Secretary of the association, said there will be four categories in the competition. The highlight among others will be the monarch's get together session with the citizens and residents in the four districts. The photos will be displayed at a later date.
Copyright © 2008 Brunei Press Sdn Bhd. All right reserved
P/S: Good news for our photography section to join this coming photo competition.

Friday, 18 April 2008

Outing News


Info: Outing bersama Persatuan Jurufoto akan diadakan 20hb. April 2008.
Jam: 8.00 pagi
Tempat: Hutan Simpan Berakas
Tajuk: Potraiture,Micro dan Panorama.

Untuk keterangan lanjut hubungi Adi putera 8719656 atau Hamid HAR 8782981

Monday, 7 April 2008

1st Day GEMILANG Sabah Expedition 2008 (21 Mar 2008)



Assalamualaikum warahmatullah. Berikut adalah cerita-cerita yang dialami Tango 3 semasa Ekspedisi GEMILANG 2008 ke Sabah pada hari pertama 21 Mac 2008.


PAGI ATO
Apa bunyi nya tuah? Dalam khayalan rasanya. Mimpi pakah? Oh bunyi alarm NOKIA ku. Setengah tidor setengah bangun, pagi udah usulnya. Kalau inda salah ku dimalam 4.30am ku menset alarm ato. Dalam mata ku masih kajam kan mengingati button yang tangah-tangah NOKIA ku ato snooze to, nda salah ku. Jangan salah takan, karang tetakan ’stop alarm’, ku mau yang snooze. Kan sambung tidor lagi rasa nya. Ku takan button ato, jadi pukul 4.40am bebunyi ia lagi to. Dimalam akhir tidor, packing. Sebelum ato pusing-pusing round Brunei mencari Stesen minyak buka, kan ngisi minyak diesel Hilux ku. Baru tah kan sadar tangki kosong. Nasib ada stesen yang buka akhir, yang di Beribi, selamat-selamat, berisi lah kereta ku. Perasahan ku macam baru sekajap tadi ku tidor......zzzzzzZZZ... Apa bunyi nya tu lagi?, ah snooze tadi ku takan. Tetidor ku lagi lapas memikirkan semalam ato. Eh bangun tah kali. So I woke up, tunggu few minutes baru tah tune otak.

Wah, hari nya sampai udah. Hari ani Persatuan Gemilang akan bertolak ke Sabah untuk GEMILANG Sabah Expedition 2008. I need to be di Dewan Kemsyarakatan Tutong pukul 6.30pagi. Selasai itu-ini, zoom ku ke Tutong. Cuaca pun Alhamdulillah usulnya, cerah. Iyee, nyaman rasa kereta ani, baru ku servicing di NBT. Semua baru, fluid levels on the mark, POWER Checks kali ah. Sampai tutong, adih, baru tekanang lagi, alum ngambil usin. Terpaksa tah singgah di Pekan Tutong ngambil duit the ATM.

Dalam radio yang baru ku pasang, ICOMM 2200 dengan antenna sama magnetic base nya, tedangar ku Tango 1 becakap-cakap udah. Durang sudah ada di dewan Kemasyarakatan Tutong. Sampai tah ku jua di dewan, kira-kira 6.40pagi camatu lah. Ada beberapa buah kereta udah ada disana. Dalam kira 7.15pagi semua kereta pun dalam kedudukan. Bisai usul nya meliat kehadiran peserta dengan baju seragam TOYOTA, warna merah dan putih. Terima kaseh NBT.






FLAG-OFF CEREMONY
Ku perhatikan semua orang semangat-semangat usulnya. Semua persiapan bagi Majlis Perlepasan ani pun usul nya dalam keadaan siapsedia. MC pun ada. Dimanakah c Bui belureh to? Gaya-gayanya Pengerusi Majlis Perlepasan bekeraja tungkus lumus dimalam. Yang sorang ato, nya owangputih nya Movement Commander, bekeraja kali ia dimalam ah. Lawa board nya disediakannya untuk taklimat beliau pagi ani. Aku ani kan ngingati lagi apalagi sepatutnya kan dibuat lagi ni. Botol air yang disponsor oleh SUCI (Terima kaseh SUCI) sudah dibagi sekotak setiap kenderaan. Ah, nunggu packed picnic lagi. Nda lama lapas ku sampai ada si Sinar & Cahaya datang membawa packed Picnic. Durang pun sibok membagi tapau ato kepada Tango-tango. Balum pulang ku minum pagi tadi. Kan ku subok jua packed picnic ato. Semalam ada pulang Sinar membagitau apa isi-isi nya. Kalau ku ingati membari tais liur ku pulang. Karang tah ku meliat apa isi nya. Hmm, Kereta ku ada sudah, kena bagi sticker nya tadi, betulis T3 (Tango 3). Yang alum ada ni, anak angkat ku dua orang ani. Sorang kacak dari Bangugos yang akan menjadi 2nd Operator T3 dan sorang lagi YL dari Brunei Times. Kedua-dua ani batang idung durang alum ku nampak. Cuba ku nelipon dulu. ”Halo?...., U mane?” estee, cakap Malaysia tah ku ni. “eh, I disini dah”..”eh, u, kat mane?” ehseves, ”dah-dah, i disini!”. Ah ok Alhamdulillah ada ia dah. Sorang lagi, alum nampak. Meliat disekliling, Tango 7 pun sibok memutik-mutik pasport. Eh tadi nda ku mencheck pasport ku bawa kah inda. Ah ada, baik saja. Nda lama lapas ato ada 2nd Operator ku datang. Kena antarkan ia! Waduh pak! Banyak kali ah beg nya ani. Beg Laptop nya, Beg cameranya, Beg baju-bajuan nya, apakah lagi to beg-beg nya ato. YL T3 yang kecil molek pun kan memasukan beg nya. Beg nya nda banyak, satu saja. Tapi macam kan ikut Boeing 767. Suitcase damit lah. Tapi no problem, muat lah di kereta ku ato. ”I duduk tepi je”. Eh takut ku eh, karang dicomplainnya dalam Brunei Times.




Nda lagi lama pukul 7.30 pagi. Sekajap lagi ada tetamu kehormat ni, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Nda lama lapas ato ada ia datang. MC pun announce, dan kena sambut oleh Yang Dipertua Persatuan Gemilang. Apabila ia sampai, tarus beliau meliat Papan taklimat yang T1 sediakan semalam. Papan tersebut telah diletakan dihadapan bagi sesi taklimat yang akan diadakan sekejap lagi. Majlis dimulakan dengan membaca surah AlFatihah yang di Pimpin oleh Uztaz Alwi bin Dr Hj Amjah. Selapas ato, Movement Commander Awg Yakub bin Hj Abd Rahman pun menyampaikan taklimat nya. Ku meliat dari belakang, baguslah briefing nya ato. Tapi macam nda kan mau beranti kawan ku sorang ani, keluar tia iski nya ato kan becakap panjang! Tepaksa ku bagi signal untuk, adang tah heh. Tapi boleh tahan briefing ato, cukup mantap.


Selapas ato, membagi cenderahati kepada tetamu kehormat, Doa Selamat, Jamuan Ringan. Sebelum jalan kami pun bergambar ramai. Ni nah gambarnya.


Selapas Bergambar kami pun masuk kedalam kereta masing-masing. Ada yang sampat berziarah sama DO, ada yang inda. Crew T3 pun semua dalam kereta nunggu jalan. Ditepi arah start line DO pun mengibar bendera TOYOTA dan Yang Dipertua membunyikan horn yang nyaring ato, yang macam botol sheltox tapi macam ada trumpet diatasnya. Basar bunyi nya, macam speaker masjid! Nampak ku member-member Gemilang lain yang kan ikut tapi nda dapat (kesian). Tango Convoy pun mula bergerak melimpasi startline dan menuju ke destinasi seterusnya. Separuh pikiran ku bercakap, mudahan ndada barang betinggalan. Janji nda ketinggalan passenger ku, ok lah.






DEPARTURE
Pada hal kurang jua tidor ku ato, tapi excited jua rasanya, hilang rasa lelah ato. Beberapa hari sebelum ani, sibok saja you know, membuat persiapan kan ekspedisi ani, yatah nda betidor. Sekarang kami didalam kenderaan masing-masing. Sekarang kita dah dalam ekspedisi kot! Estee, cakap Malaysia lagi ku. Perjalanan kami seterusnya menuju ke Tanjong Maya untuk lalu Batang Mitus untuk ke Kuala Lurah. Order of Move Convoy Tango adalah T1, T2, T3, T4, T5, T6, T7, T8, T9, T10, T11 dan T12… Awu, 12 buah Toyota 4WD, dan seramai 38 orang. The first 3 vehicles ada 3 Orang Media (embedded Media): Seorang blogger maurina.wordpress.com bersama T1, Seorang dari RTB Rangkaian Pelangi DJ Zura bersama T2 dan Ezanor MK (also known as YL T3) dari Brunei Times bersama T3. Movement Commander Awg Yakub bin Hj Abd Rahman bersama Pengerusi GEMILANG Sabah Expedition 2008 Awg Abd Ahsunah bin DLR Hj Md Jair di T1 manakala Naib Yang Dipertua Awg Hj Ayub bin Hj Suhaili berada di T7.

Semasa memulakan perjalanan, instantly mata ku ani melihat ke hadapan memerhati jarak jauh dengan kereta dihadapan, dan telinga mendengar perhubungan T1 dalam radio. Siyok jua ah. Antah ah, rasanya it forces you to concentrate, secara automatis. First time plang ni bekonvoy dengan radio ani. T1 dari masa kesemasa menyampaikan melalui radio mengenai laluan perjalanan, keadaan jalan yang akan dihadapi di depan agar semua Tango-Tango dibelakang mengetahuinya dan ada warning. Kewl eh. Ada lagi kewl-kewl things pasal radio ani. Karang lagi becerita. 4 hari punya perjalanan kali ah kan diceritakan.

Jauh kali ah, perjalanan hari pertama ani. Tadi betolak kurang labih dalam pukul 0815 pagi. Kul berapa kah sampai ni di sandakan ani. Tapi iski plang rasanya. Nda tetunggu lagi rasanya untuk menghadapi apa yang akan datang dihadapan. Sakai ku sikit, tapi nda ku gitau orang. Aku eksen saja, rilek-rilek, Steadylah convoy ani.

Sampai kami di Limau Manis, kena suruh masuk kedalam kawasan Balai Polis Limau Manis. Nunggu sekajap, lapas ato ada kereta Polis Pajero keluar dan kena suruh ikut dibelakang. Ooooooh, bawa nya konvoy kami memotong que. Panjang jua que ato di Kuala Lurah ah. Kena bagi laluan ali-ali supaya capat. Guilty jua rasa nya arah orang yang kena potong ato. Mudahan nda durang marah. T7 awal udah sana menguruskan pasport. Wah, selasai oleh durang, pasport & permit kenderaan, beres. Udah kesebalah Malaysia, pun ndada masalah. Alhamdulillah, good support dari pos-pos kawalan imigresen Brunei dan Malaysia. Boleh lah dikatakan semua pos-pos walang problemo. Boleh tahan T7 ato. Handal durang ato, apa ilmu nya to? Kagum saya.

Our only problem disana was T11 engine nya panas, because hose radiator nya bubus. Jadi operator T11 plan untuk ke Limbang capat-capat and repair disana.

ENROUTE KENINGAU
Sampai di Limbang, beranti kami sekajap. Ada orang kan nukar duit dan ada yang kan ke bilik air. Timbul tia balek pasal packed picnic tadi ato sebab kerasahan lapar banar. Crew ku ani keluar durang. Ku nunggu dalam kereta saja. Bole makan ni. Meruah tah ku packed ato, woooi, boleh tahan lah. Ada nasi besambal-sambal usulnya dalam plastic. Nya Sinar dimalam, kalau dalam plastic beg atu sanang makan nya. Walaupun nda makai sudu to. Masukan saja nasi ato sikit kedalam mulut tarus. Berakal jua ah. And then kalau anda realise, ada potongan-potongan ayam to, nda betulang supaya sanang makan. Huh! Nda berakal dimana tu! Bagus-bagus. Yang satu lagi sandwich talur dan sandwich Tuna. Dibungkusnya makai cling wrap plastic. Then ada buah apple, and minuman. Aduh, nda sampat ku abis kan, crew ku ada udah. Nyaman eh nasi sama sandwich ato. Karang lagi ku makan, galat ku orang dibelakang ku ani. Karang kena ucap rangka. Oh yah by the way, nda ku ada gambar nya packed picnic ani. Cuba you liat sini, ada gambar nya to oleh Maurina. Selapas ato ada lagi rezeki, Boss Toyota Hj Sahrum, General Sales Manager, dibali nya buah pisang. Banyak dibali nya ato. Dibagi nya arah Tango-tango lain sesisir. Setandan pakah dibalinya dari tamu sering-sering tampat kami parking ato. Antah mengapa, teingat tah ku cerita melayu lama-lama macam Lancang Kuning, Nakhoda Ragam dan Malim Kundang. Orang dulu-dulu belayar makai kapal, durang bawa pisang betandan-tandan untuk durang makan semasa belayar. Dan buah pisang ani is very rich in Carbohydrates that can provide you readily energy. Bisai tia jua banar kali ah bebata pisang semasa expedisi ani. Bagus jua boss kami ato. Abis selasai di Limbang kami meneruskan perjalanan.



Ferry okay, que nda panjang. I crossed this gap quite a few times pulang sudah. Tapi can’t stop thinking, damit bah sungai ani, the gap is narrow. I wish ada Jambatan untuk mempercepatkan crossing ani. Tapi makai ferry ato macam ada adventure sikit. Kan kitani mau adventure-adventure sikit. Okay lah to kali. Jangan saja panjang lah que nya.



Perjalanan diteruskan, Ferry lagi di terusan ada sedikit panjang. Masa sembahyang Jumaat lagi to. Awu, hari jumat ni john. Waduh, nda tah sampat Solat Jumaat. Gambar ani, semasa kami menunggu giliran ferry di terusan.



Queing up for river crossing ferry service at Terusan Sarawak

Tadi masa Kuala Lurah sama di Labu, ada group orang beMotosikal. Nda salah ku namanya GANGSTAR. Ramai durang beBike. Durang ke Kota Kinabalu. Jadi masa naik Ferry di Terusan ani, sanang durang naik ferry ato. Durang salat-salat saja motosikal durang disiring. Barangkali makai motosikal ada advantage, bole capat.

Yang lain ku renungkan semasa menunggu ferry ani, ku liat sungai Terusan ato kan, kuat arusnya. Tertarik sangat saya dengan driver ferry ato, handal eh. Ada cara nya mendrive. Menyebarang direversenya, sudah last minute dipusing nya. Ngam-ngam arah tampat menurunkan kereta. Nda lagi begarak-garak to. Lauk-lauk dalam aing ato galat bah meliat, dangki durang. Boleh tahan.


Tango Convoy pun meneruskan perjalanan. Singgah lah d Mengakalap, Merapok, Sindumin dan seterusnya ada satu roundabout. Nya T1 kalau tarus ke KK to, jadi ambil jalan yang kedua, yang kekanan. Jalan ani menuju ke Tenom nya. Apparently jalan ani jalan baru. Nampak ku udah dari jauh, berbukit-bukit. Nda jauh, ada tanah tersusur. Tanah ato blocking jalan, jadi ada caterpillar mengerajakan untuk menyorong tanah yang memblock ato. Kajutan kali driver kereta lipan ato, tebahangga kali ia, beranti ia. T1, T2 nda menunggu lagi, meyuruk dibawah caterpillar ato. Ni nah gambar nya. 2nd operator ku sama YL T3 apa lagi, nda beranti katik camera durang. Jadi, terpaksalah pandai-pandai ku drive, perlahan, laju, kekiri, kekanan so that durang dapat best shot.
Tango Convoy go around any thing to continue moving




Jadi sepanjang jalan banyak tanah tersusur dan jalan rosak. Tango-Tango pun mesti berhati-hati. 2nd Operator ku ala Co-Pilot ku ala dari Bangugos ala Linman, musim ia nda menggambar ia tolong liat-liat didapan T3. Ia membagi tau kekiri kah, kekanan kah, jalan belubang kah. Boleh lah, kalau nya Top Gun, ”You can be my Wingman anytime”. Ada lagi kebilangan nya. Talipun Nokia nya apparently di downloadnya Google Map kah to. Yatah mobile nya boleh jadi GPS. Sepanjang perjalanan kalau usulnya T1 salah jalan, dikeluarkannya Mobile nya to. Ia boleh menambah maklumat lah mengenai kedudukan Tango Convoy. YL T3 dibelakang, kadang-kadang diam-diam ia, kadang-kadang becerita ia. YL T3 bagus, kalau liat nya Pilot sibok nda ia bunyi-bunyi so that dapat concentrate. Tapi YL T3, kebolehan nya untuk observe, sangat bagus. Ia pickup things very quick. And vigilant. Kewl lah orang nya. Kalau ia jadi member GEMILANG bagus ni, adventurous you know. Good teamwork lah, saling mengingati. Barangkali, kami realize yang perjalanan ani jauh, and we will get tired at certain point. Awas tah bilang orang.
By this time T11 pun sudah join balek. Kerosakan tadi pun diperbaiki sudah. Dari T1, our next stop is Keningau. Disana, telah dirancangkan untuk makan. Dalam kira 3.55 petang kami pun sampai di Keningau. Singgah kami di Restaurant Ngau Chap namanya. Disana kawan Amatur Radio pun ada menunggu. Makanan pun kena sediakan sudah. Lama kali durang menunggu. Sambil makan, sambil ngomong lah dengan tuan yang punya restaurant. Nama nya Md Din @Adin Datuk Arif Salleh. Ia pun penggemar Radio Amatur. T1 telah mengenali ia lama sudah nya. Nyaman lah makan nya, Buffet. Sampat lah kami begambar ramai.



Group photo at Keningau with Sabah Radio Amatuer Friends

2nd HALF JOURNEY - ENROUTE TO SANDAKAN
We need to press on with the journey, nya orangputih to. Patang udah. Sekajap lagi matahari terbenam. Perjalanan kami diteruskan dan melalui tambunan. Sebelum sampai ato, nampak kami dari jauh hujan bertompok-tompok. And at a distance nampak kami Pelangi. Ya’ni Rainbow. Bukan nya satu, 2 complete rainbow. Seolah-olah terkeluar dari permukaan bumi disebelah kiri kami dan masuk semula disebalah kanan kami. Mungkin 2 Pelangi menerima kedatangan wakil Pelangi yang berada di T2. Sungguh indah, lawa, cantik, entah apalagi kan mendescribe. Crew T3 inda beranti menggambar dari jendela. Macam-macam udah style durang menggambar. Gambar di bawah ani adalah saksi kepada keindahan perjalanan kami sewaktu itu. Sekali sekala, nampak kami YL T1 dan T2 keluar durang dari Sun Roof untuk mengambil Gambar. Wah my car ndada sun roof. Tough. Hari semakin gelap, apabila matahari mula kan terbenam dan Pelangi yang telah menemani kami tadi makin menghilang. Ada-ada saja dijumpai. Kadang-kadang andang-andang nature, yang jarang diliat, kitani ucap aneh. Tapi ada legenda kali pasal pelangi ani atau myths. Nda salah ku ada lagu kali to, bunyi nya”kau bagaikan pelangi tak bercahaya, namun kau tetap berseri”, siapa kah punya lagu to. Erti nya kali, pelangi ato sentiasa berseri lah. Dan satu lagi yang ku terbaca, ”Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian di datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis minta matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang indah”. Barangkali kalau kan diungkap, kalau kitani ada kehilangan sesuatu mungkin ada hikmah kali jua. Mungkin kena gantikan dengan sesuatu yang indah. T7, pandai to menyambung. T1 kawan ku sorang ato pun pandai to.


Welcomed by 2 rainbows at Tambunan. Theres something about rainbows..

Baiklah kita teruskan perjalanan. My quest for adventure continues. Apakah lagi yang akan dihadapi. Tambunan pun telah dilalui, dan kami pun mula menuju ke Ranau yang berbukit-bukit. Patang kali ah, tangah-tangah Hutan. Hujan pun terus turun. My mind filled with anticipation keadaan jalan. Yang kena ajar 4WD di Tutong is one thing, untuk apply is another. Test untuk driver kali ah. My only worry is, jalan licin pasal hujan and because ada tanah-tanah dari liring bukit, ia menyebabkan jalan sangat licin. I hope T3 inda skid, I avoid banyak makai brake. H4 four wheel drive control lever ku pun engaged sudah. Turun bukit, naik bukit, selekoh kanan dan kiri. Kalau siang tadi banyak Truck membawa Kayu balak, malam ani banyak Bus Coach yang basar-basar. Ya Allah, laju nya durang. Convoy kami ani kena potong oleh durang macam inda. Yatah bagus jua radio-radio yang Tango-Tango gunakan. Dapat share maklumat and do the necessary action. Yang useful sekali kalau kan memotong lah. Heran kali orang ah, ada Tango-Tango memotong di tanjung. Sebab Tango didepan membagi tau sama ada, dari depan ada trafik atau nda. Dari masa kesemasa, terpaksa jua beranti for the ”Nature’s Call”. Jadi terpaksalah cari fasilitas yang ada bilik air (huh, tell me about It!). Setiap 2 jam, pun misti jua beranti. Buat sikit stretching. Stop, Rest and Revive nya orangputih. Hujan ato on and off lah. Kadang-kadang labat, kadang-kadang renyai-renyai saja. Pada kira-kira jam 8.20 malam kami pun sampai di Ranau. Kami singgah di Seri Dina Restaurant. Minum saja kami. Nda jua orang makan. Masih kekanyangan kali dari keningau ato, atau durang tunggu sampai di Sandakan saja. Disana saja makan. Ku liat Ranau ani kurang labih jua usulnya macam bandar yang kami lalui. Kami pun jumpa kawan-kawan Radio Amatur. Our stop inda lama. Selapas rasanya rested sikit, we continued our journey. Usulnya macam akhir lah sampai. As expected.



Into the night kami teruskan perjalanan. Lalah atu terasa udah usulnya kepada pemandu-pemandu. Kenderaan-kenderaan dalam keadaan baik-baik saja. Aspek endurance, Toyota-Toyota ani bole tahan masih. Pemandu-pemandu saja difikirkan. Kebayankan nya Tango-Tango tukar driver sudah. T3, T5, T6, T7 dan T8 masih inda bertukar driver nya. Bole tahan maseh. Tanah tersusur dan jalan rosak maseh dijumpai dari masa kesemasa. Terpakslah awas sikit, sebab cuma mengharapkan lampu kereta saja untuk cahaya. Kalau melalui jalan-jalan yang rosak atau membuat detour, terpaksa tah macam off road sikit. Crew ku ani mcm tehumban kesana kemari udah. Dooi kesian YL dibelakang, tehantak-hantak, ayung jua ni karang. Tapi, ia bukan sebarang YL, YL datang dari KL, YL memang agile and rugged. Ia pernah naik gunung Kinabalu, AXN Amazing Race pun ia pernah. So rough ride dalam T3, macam inda lah ia. Boleh tahan!

Talking lagi about our YL, ia from time to time sepanjang perjalanan, betanya-tanyalah pasal ekspedisi ani, pasal GEMILANG, pasal 4WD, pasal Radio Amatur dan lain-lain. Basically interview lah untuk keraja write-ups nya nanti. Kalau ia membaca blog kitani ani, We hope that the info has help enriched article nya. Nda ia membuang masa, dibelakang, membuka laptop lagi ia, membuat keraja. Welldone eh! Nanti ku becerita sama boss Brunei Times.

Jauh sudah perjalanan, dari tadi nda ku ikut campur navigation ke Sandakan ani. Ku bari kepercayaan sepenuhnya kepada T1. Confident lah sampai Sandakan. Dalam perjalanan, apa yang menghibur kami kali, adalah perbualan dalam radio. Berceloteh kah to? nya T7. Pandai banar T7 atu becerita. Bagus jua ia ikut ato. Dulu semasa registration untuk ikut ekspedisi ani, mana ia dapat ikut nya. Nda dapat visa nya. Nda pulang ku pasti apa maksud nya nda dapat visa ato. Barangkali faham kali ku. Tapi Alhamdulillah, dapat jua ia menyertai. T7 sama T1 ato, ada saja kan durang ceritakan. Siyok jua mendangarkan, dengan landih-landih, style sengayon-sengayon nya masing-masing. Yang T9 ato, makan kacang nganya cerita nya. Tapi everytime ia menyabut kacang, mencari kacang tah kami dalam T3, tais liur. Cuma makan kacang makin karing leher. Tekak saya kering, lurus kah to YL T3? Banyak lagi beranti to for Nature’s call.
Limpas tangah malam sudah. Kan 17 jam udah perjalanan. Di jalan ani, bermula sudah menampakan usul-usul Sandakan atu makin dakat. Dari perkampungan, makin nampak usul bandaraya. Basar rupanya bandar nya ani. Mula-mula ato macam pusing-pusing jua kami mencari Hotel Sanbay. Sudah nampak UMW Toyota dari main road, barutah tetulus hotelnya. Sebab UMW sama Hotel Sanbay ani bersebelahan. We reached sanbay Hotel pukul 1.30 pagi. Menyubuh kali ah checkin ah!



Finally, we arrived at Sandakan.

Lapas checkin, bilang orang lapar! Sahur ni! Ke kadai sebalah tah kami beduyun-duyun. Nya arah kadai ato ”Restaurant 24 Jam”. Eh bagus ni. Dalam nya udah Tango-Tango yang lain. Nampak ku YL T2. Katanya, ”satu dish saja ada, Nasi Ayam nganya”. ”Iyabah?”, ”Awu, sajuk lagi to”. Parut udah lapar, ngoder apa yang ada saja lah. Udah kena idang kan, awu sajuk makanan nya. Bt okay lah, abis jua.
Antah pukul berapa kah udah ni. Tidor tah eh.Esok lagi awal, tapi departure we adjusted ke pukul 10 pagi. Itu-ini-itu-ini, kan subuh jua tidor, nda lagi lama matahari terbit. Dapat ku kira berapa jam saja tidor. Dimalam sudah macam nda tidor. Tapi ekspedisi ani kalau banyak tidor rugi. Kalau kan tidor baik tah di Brunei.







Okay lah Day 1 ani. I enjoyed every minute of it. I credit to all Tango-Tango yang tidak kendur semangat nya. Okay, sekian lah dulu. Cerita Day 2 akan menyusuli.