Monday, 21 April 2008

2nd DAY GEMILANG SABAH EXPEDITION 2008 (22 MARCH 2008)

Assalamualaikum warahmatullah. Berikut adalah sambungan cerita-cerita yang dialami Tango-Tango semasa Ekspedisi GEMILANG 2008 ke Sabah pada hari kedua 22 Mac 2008. Selamat membaca.

SELAMAT PAGI SANDAKAN
Biasalah awal pagi kena banguni oleh teman setia saya, NOKIA. Nda ku snooze pagi ani. Alarm ku ato becampur adok dengan bunyi SMS yang sepatutnya ku terima kelmarin baru ia bebunyi dan SMS-SMS yang cuba dihantar kelamrin baru tia menghantar pagi ani. Aneh! Signal mobile nda tantu sini ani atau telfon system ku nda serasi dengan sini. Manasaja tah ko telipun. Bepikirku, kelmarin pagi di Tutong Brunei, pagi ani di Sandakan, almost to the eastern tip of Borneo, terpegun ku dalam lena. Bejalan jauh kali ah kelmarin ato. Balum ku bangun, membayangkan perjalanan kelmarin yang mencabar ato. Macam baru tadi memajamkan mata, ani bangun tia. Nda sampat mimpi. I hope tango-tango lain cukup rehat. Any way Goooooooood Mooooorning Sandakan! Selamat Pagi Sandakan.

Selasai routine pagi, ku pikirkan dulu apakan dibuat. Visit to Toyota UMW Sandakan nda jadi, so ok jualah. Our car is still in good condition. Pertama, kereta kesayangan T3 dalam nya macam bilik tunggang balek udah. Its a mess lah and kotor. So kan membuang sampah sarap, bersihkan dalam nya sikit-sikit. Kedua, ada specially flown box ku terima dari Kuala Lumpur. Its actually, our T-Shirt expedition and cap GEMILANG dari Tangan Seni. Lawa lah ada Puteh and Hitam T-Shirt nya and cap merah. Memang orang mau pakai ni. Ketiga kan breakfast. Sebab penginapan kami di Hotel Sanbay ani termasuk beakfast. So better be quick bertolak pukul 10 pagi. Matahari naik udah tinggi pukul 8pagi. Ku liat maseh sunyi di lobby ato, ada plang ku liat some tango bejalan makai kereta durang, barangkali ke tamu Sandakan kali. So membersehkan kereta ku dulu. Waduh banyak botol-botol air Suci yang kosong, banyak usulnya kami minum air ato. Patut jua banyak pit stop kelamrin. So botol-botol Suci yang kosong dan yang setengah diminum pun dibuang, at least selesa sikit passenger ku masa berjalan karang. Ku ready kan lah botol air Suci yang baru untuk my 2nd Operator and YL. Macam dalam kapal terabang jua kan, kena hidangkan. Lapas ato, makin ramai orang ku liat udah ke bawah. Iatah masa nya ni kali meliatkan baju T-Shirt dan cap baru. Di bilik saja meliatkan and jadi kan counter berjual. Udah dibilik, barang-barang ku pun udah pack-up dan sedia untuk check out. Kotak baju dan cap ku sediakan saja. Orang berlintasan bilik ku pun beranti ternampak baju baru. Wah not bad, laku jua lah. Usulnya today banyak orang makai hitam. Then it was time to go down and check-out. Udah di Lobby ada YL T1, waaaah, ia ni. Rajin you. Laju bah jari-jari nya menaip laptop nya. Sampat lagi to, kan nyampati blog usulnya. You knowlah siapa yang dimaksudkan. Bagus eh orang nya. Selalu saja ceria. Kalau kusut tau ku to pasal apa. Pasal nda da internet and couldnt get online, hahaha. Shes kewl, sporting spirit. Sampat ku breakfast sikit, nyaman usulnya. Ada mee goring, talur goring, sausage. I just had toast and Tenom Coffee. Nyaman eh coffee ah. Nanti ku becerita pasal coffee ani. Ku suka coffee, gila banget! Lapas ato masukan barang dalam kereta and ready to move. PASAL SANDAKAN
Crew T3 dalam kereta sudah. Sementara menunggu Tango-Tango lain ready, ingin ku berkongsi sejenak cerita-cerita pasal Sandakan. Dapat jua menambahkan ilmu pengetahuan. Ada ku membaca dari buku-buku tourism di hotel tadi, asal perkatan ”Sandakan” adalah dari perkataan orang Suluk ”sanda” yang bermaksud gadai dan ”kan” adalah akhiran perkataan. Jadinya ”Sandakan” bererti satu tempat menggadai. Siapa yang menggadai, untuk siapa maseh menjadi misteri. Interesting jua ah.

Banyak history nya di sini ani dari tahun 1870an sehinggalah selepas Perang Dunia ke 2. Ada kaitan dengan ketenteraan dimana kawasan-kawasan sini digunakan sebagai pangkalan untuk membekalkan senjata dan perlengkapannya kepada Sultan Sulu sebagai pertahanan dari penaklukan sepanyol. Banyaklah pergolakan nya sehingga menjadi sebuah perlabuhan export kayu balak. Dahulu kononya, kayu-kayu dari sandakan telah menyumbangkan kepada pembangunan Peking’s Temple of Heaven. Bekarih jua ah. Jadinya kan, di sandakan ani banyak orang kaya-kaya dulu. Sama jua macam perambahan, kalau di umban batu kebelakang, batu atu akan jatuh atas kepala seorang jutawan. Kali kedua diumban, misti jua batu atu gugur atas kepala seorang jutawan. Ertinya sana sini jutawan ah. Banyak tu ah! (perambahan tia karang! Aku buatbuat saja) hahaha.

KE PUSAT PEMULIHAN ORANGUTAN SEPILOK
Tango Convoy pun memulakan perjalanan. T7 Pilot pun dijemput untuk membacakan Doa perjalanan memohon agar perjalanan kami dilindungi oleh Allah. Masa sudah menunjukkan pukul 1011. Ditepi jalan nampak ku Label berapa jauh dalam kilometre bandar-bandar dari Sandakan. Mula-mula ku liat Kota Kinabalu. Wah! tiga ratus labih km jauh nya. Boleh sampai dalam masa sejam lah kalau ke KK, tapi dengan kelajuan 300km/hr. Tuli telinga kali ah mendangar enjin meneriak kan nyampaikan 300km/hr! Kalau Ferrari barangkali sampai 300km/hr ato. Basically bejam-jamlah kan sampai tu. Ari ani kan ke Sepilok, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Belud dan Kudat. Angan-angan kan ke Simpang Mengayau pulang ni kan menyampati matahari terbenam. Karang mikirkan lagi. Ani bising udah radio ani kan betanya singgah ke Sepliok kah inda. Semasa perancangan info yang diperolehi kurang lengkap dan kurang jelas mengenai apa yang ada dan lokasi sebenar nya. Jadi di rancangkan untuk lintas lalu saja. Kalau ada label nya kan bergambar saja di luarnya. ”T1, camana, singgah kah?”, ”T3, beranti kita ni?” ”T5, anda tau pasal sini ani?”, ”18 tahun dulu pernah saya sini, ada orang utan nya sini, nda jauh kedalam dari simpang,”. Jadi banyaklah yang not sure. Ndapa lah why not, marilah kita buat tinjauan. Tapi bepikir ku jua nya T5 ia keSipilok 18 tahun dulu, ada kah inda Mayas atu lagi, 18 tahun kemudian. Ah ok, Mayas ani another name for Orangutan / Orang Hutan dalam bahasa Tutong. Mungkin bahasa lain pun ada makai gelaran ato. T1 V8 AYN boleh comment to karang…. Jalan punya jalan, jumpa the simpang masuk dari jalan utama. Ada patung Orangutan dan label ”Selamat datang ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok” terus kan perjalanan, ah rupanya nda jauh dari simpang tadi ato. Ramai orang. Banyak orang putih lah. Tampat parking pun luas. Dapat parking semua orang keluar..... dalam sibok-sibok keluar matuka..... BOK!.. eh apa bunyi melabok ato? Menyubuk tah ku kebelakang kereta, 2nd Operator T3 tegelincir arah longkang sering kereta ani. Laju-laju ku kan nolong. ”R, u ok? ...” ssss, aduh ssss, sakit eh”. 2nd Operator T3 ala Bunang berdiri on his feet kesakitan, kaki nya ada bruise and luka sikit. I told him to get the good Doc T5 to have a look at luka nya. Few minutes ia pun ok, lumpat-lumpat balek. He is ok. Apabila berkumpul to entrance, kami pun dimaklumkan masa untuk berjumpa dengan Orangutan sini ani adalah pukul 10pagi dan pukul 3petang. Masa itulah masa orang utan ani kena bagi makan. Jadi mis lah masa makan pukul 10pagi tadi. Tapi pusat ato disediakan pameran-pameran dan kedai-kedai sovenirs. Bagus jualah. Nda bejumpa dengan orangutan banar, yang patung jadi tah. Arah sovenir shop ato durang jual orangutan teddy. YL T3 membali. Jadi menambah penumpang dalam T3, ada orangutan ikut. Begambar ramai, inda mis, dengan banner kami.
Kami pun masuk balek ke kereta kami untuk meneruskan perjalanan. Rancangan seterusnya adalah untuk berenti di Ranau. Merenung ku kembali nama tampat tadi ato ”SEPILOK ORANGUTAN REHABILITATION CENTRE”. Mengapa ia dipanggil Rehabilitation centre? Dalam melayu nya pusat pemulihan. Mengapa tu ah? The first thing comes to my mind, pusat supaya ia jadi baik, sebab pemulihan, rehab. Dulu ia jahat, jadi di hantar pusat pemulihan supaya jadi baik. Ia kah to? ... Camani to kisah nya, kan berkongsi lah ni. Wherever we go sedaya upaya kitani timba ilmu. This is what I know lah jua. Pusat ani ditubuhkan apabila orangutan-orangutan di ambil atau dirampas dari orang yang telah memelihara mereka secara haram, yang mengakibatkan orangutan-orangutan ani jauh dari ibunya dan jauh dari kehidupan dihutan. Sebagai binatang yang dikategorikan sebagai binatang endangered species, ianya perlu dipelihara dengan membiarkan ianya hidup secara semula jadi iaitu di hutan dan sebagai binatang yang liar. Apabila ia dikongkong oleh manusia ia akan kehilangan kehidupan yang liar, akan hilanglah daya fizikal yang diperlukan di dalam hutan dan akan hilanglah kemahiran mereka ini dalam ikhtiar untuk hidup didalam hutan. Jadinya pusat ini ditubuhkan untk mengembalikan orangutan ini ke keadaan yang sepatutnya orangutan ini alami, memulihkan orangutan ke keadaan liar sebagaimana alam semulajadi menjadikan mereka. Sebab jika dibiarkan, species ini akan menjadi pupus pada masa yang dekat. Maka demikianlah serba sedikit mengenai pusat dan orang utan ini. Syok eh... Semangat kali aku ah! Nda cukup tidor, bole tahan jua. Kalau ada Gunong Kinabalu di dapan ku ani, ku naiki ni, eseh! Esteeeh! Bah adang.


FLEKSIBEL, KOPITIAM BERGERAK DAN RANAU
Kita teruskan perjalanan. Ndada masalah. Banyak concentrate driving saja. Semalam dilalui ni jalan ani. Nampaklah jalan yang rosak-rosak yang dilalui semalam ato. Wasn’t that bad. Weather now is ok, semalam ujan licin. Ani nice day… Ngomong-ngomong radio maseh diteruskan. Cerita yang sikit membangunkan orang tidor dalam kereta, adalah hasrat untuk cuba sampai di Simpang Mengayau sebelum matahari terbenam. Dapat kah dibuat ni? Dari 38 orang yang ikut dalam expedisi ani 37 orang nda pernah berjalan dari Sandakan ke Kudat. Yang sorang iaitu Pilot T1 saja pernah. Ia estimate-estimate saja, rambang. Mungkin dapat, mungkin inda. Expedisi ani berjalan dengan baik, honestly speaking, nda ku jua mau macam military precision like trying to bomb a target on the dot. Rilek ku saja lah, walaubagaimanapun, sedaya upaya cuba menepati masa yang ditetapkan. I just face things as they come. Ada maseh ruang untuk berlegar dan tidak menjejaskan rancangan am jika nada sampai on time. Kewl lah beb.

Kan sampai di Telupid, we pit stop sekajap. The routine Stop, Rest, Revive, … Survivie I guessed. Ada orang nature’s call, ada orang relax saja and stretching. For me, tais liur ku lagi Coffee Tenom tadi ato. Masa ni balum ku bali Coffee dalam packing nya. Nantitah sudah ku kan balik. So I bought yang tapau saja. So, from one of the shop ku bali tapau. Disimpannya dalam plastic beg. Ku fikir dibuat nya minuman ato dalam cawan takeaway. Plastic nganya john, lapas atu diikatnya. Payah pulang ku masukan dalam Cawan Flask ku. Baik saja YL T3 memindahkan, hmm, serba bole nakkani! … Cerita pasal coffee Tenom ani. Tenom, bandar yang dilintasi kelamarin is famous for its coffee. Sebelum sampai ke Sabah kelmarin I only heard about it. I had few cups sudah since kelmarin, and Tenom Coffee is nyaman! Nyaman banget. Macam inda pait-pait. Smooth, rich flavour, nutty. Ia bole di dapati proses secara serbuk atau di ground roasted. Nama nya banar Rabusta Tenom Coffee. Coffee lovers misti cuba. Gambar bawah ani actual coffee bean nya , I got from the internet.Kita teruskan perjalanan. Sambil driving, sambil minum coffee tenom ku dalam cawan khas. Kalau anda balum cuba minum sambil driving, silakan mencuba. Kalau anda kan keraja nda sampat minum, bole ikut ni style ani. Yang keraja turun naik Seria Tutong atau Tutong Bandar di sarankan mencuba..... jalan punya jalan, sampai lah di Ranau. Kan dakat pukul 3.00 patang udah. Balek semula tampat restaurant dimalam. Sini kan berjumpa dengan T11 yang kereta durang masih diusai diworkshop di Ranau menunggu sparepart dari KK dan berjumpa terus dengan member-member radio Amatur. Nampak ku nasi bungkus pakai daun pisang, nyaman usulnya. Tinggal sebungkus, eh baik tah di ambil. Ato saja ku bali untuk lunch. Sambil makan, Pilot T1 pun betanya sama member-member radio amatur Ranau, berapa jam sampai ke Simpang Mengayau. Katanya mau-mau 5-6 jam. Ani udah tiga lalu! Wang canatu? Ditahan matahari atu pakah, supaya nda terbenam? Camanitah saja, kitani terima saja hari ani nda kitani sampat ke Simpang Mengayau sebelum matahari terbenam. Selepas bincang-bincang esok tah saja dalam perjalanan ke KK. Ada lagi cerita nya to karang.

KUNDASANG, GUNUNG KINABALU, KOTA BELUD DAN KUDAT
Kembara diteruskan esteeeh, ... bilang urang tah ke kereta masing-masing, hari kedua beratus kilometre sudah dijalani, Toyota 4WD kami pun semakin tampan, banyak badak. Behabok kali ah. Tepakai tah jua durang ani kan nulis-nulis di tepi-tepi badan kereta ani sementara nunggu Tango-Tango lain.



Pergerakan ke Kudat diteruskan dan akan melalui Kundasang. Wah sungguh indah sekali (Sakai jaie!). Tangan, dan kaki ku, second nature sudah menukar gear, 2WD kah, 4WD kah, no problem. Tapi mata meliat keluar sungguh indah nya pemandangan di Kundasang ani. Bukit selepas bukit dilihat dan dilalui, menjelmalah gunung-gunung yang makin meninggi. Kaki-kaki Gunung Kinabalu pun mula memperlihatkan dirinya dalam kabus dan awan yang tebal. Di ketinggian yang melimpasi paras awan, nampak matahari memancarkan cahayanya ke dinding Gunung Kinabalu. Sekali-sekala seolah nampak birup Gunung Kinabalu yang tertutup dengan awan. Kadang-kadang lalai meliat keluar ato, nda sadar jalan ato basah dan licin. Sajuk kali ah tinggi ani. Boleh tutup aircon. Bekabus lagi, yatah jalan basah. Jurugambar-jurugambar apalagi. Takan sini. Takan sana, keluar jendela, ada yang keluar sampai terabang cap nya!

Sedikit mengenai performance kereta 4WD Toyota, jalan-jalan di Kundasang ani banar-banar menguji driving anda. Kalau anda makai brake memanjang masa turun bukit, berasap brake ni ah! Merah macam bara brake kereta anda ni. Kebanyakannya slope jalan kawasan ani dalam gradient 14% (kalau landai atau flat 0%, kalau dinding 100%). Ada jua curam banar. Dengan setting H4, gear 3, cukup saya rasa kalau turun bukit. RPM dalam 2500 to. Kadang-kadang ada jua sampai 3000RPM. Makai engine compression for braking most of the time. Sikit-sikit brake lah. Nda makai brake langsung kelakar jua kali tu ah! Kalau naik bukit, kereta misti jua pickup sikit, sebab masa memotong beguna to. Kalau ada turbo lagi bagus. Toyota Hilux Alhamdulillah, bole tahan. Sampai di kaki bukit on the way ke Kota Belud, tejumpa kami orang belari-lari berpasangan. Macam ikut perlumbaan endurance usul nya. Ada yang bebasikal, macam jauh udah perjalanan durang. Inda salah macam ada orang Brunei ikut usulnya.

Di Kota Belud pit stop kami sekajap. T3 dan T7 melawat kami Masjid Kota Belud. Lawa dome nya. Dalamnya sangat luas. Macam masjid di Seria jua usul dalamnya.

Dalam perjalanan ke Kudat ani, bole dikatakan salah satu highlight adalah mesyuarat bergerak untuk mendapat keputusan rancangan ke Simpang Mengayau. Awu banar! Nda ku kelakar. Makai radio. Pengerusi nya atau pemudah cara nya T1 2nd Operator. Tepakai saya. Ada democracy. Menerima hakikat yang kami sudah tantu akan sampai Kudat malam, tantu sekali inda meliat matahari terbenam di Simpang Mengayau. Sungguh pahit rasa nya ditelan. esewah! Nda pa. Okay mengenai mesyuarat ani. Jadinya berbincanglah dalam radio bila kan ke Simpang Mengayau. Oleh kerana ekspedisi ini dalam kumpulan, maka adalah perlu rancangan melawat dibuat dengan teratur. Beberapa Tango-Tango kan ke Simpang Mengayau untuk menyaksikan matahari terbit di Simpang Mengayau, Ada yang mau kesana dalam pukul 9pagi dan tarus bertolak ke Kota Kinabalu. Jadi berbincanglah dengan semua Tango-Tango untuk mendapatkan feedback. Akhir nya keputusan kedua-duanya dipilih. Siapakan meliat awal pagi dipersilakan dan pada 9pagi akan kembali semula ke Simpang Mengayau untuk bergambar Ramai dan terus bertolak ke Kota Kinabalu. Sanang rasa nya meliat kesepakatan, sikap pemedulian, mengenangkan citarasa orang lain, saling mendengar antara satu sama lain... bagus eh group ani, ... diberi pujian, ... Alhamdulillah.

Dalam perjalanan, matahari pun terbenam sudah. Dalam kira-kira 8.15 malam sampai lah kami di Hotel Ria Kudat. Cute hotel nya ani. Macam kotak. Bilik nya cantek, high standard lah. Itu-ini-itu-ini, check in lah semua sudah orang. Kan makan nganya lagi. Jadi beramai-ramai lah ke seafood restaurant. Nama nya SANTAI Restaurant. Ani baru ia, tepaksa kami ke laut lagi nangkap lauk nya. Dua ekor belureh, Kerapu sama Ikan Merah. Lapas ditangkap antar ke Dapurnya suruh masak... Lama nganya menunggu, sejamkali ah menunggu. Begandang bah parut ah! Tapi udah makanan sudah ada, boleh tahan lah masakan nya. Nyaman.

Lapas makan ingau jua kan info mengenai persiapan kan ke Simpang Mengayau esok ani. Macam nda confident rasanya timing ato. Dibawa tidor tah keresahan ato. Mudahan esok perjalanan ke Simpang Mengayau ok. By the way, crew Tango 3 memilih untuk berjalan awal pagi esok. Jadi dirancang 5.00 pagi diloby.