Tuesday, 22 April 2008

GEMILANGfoto dan Persatuan Jurufoto adakan outing di Taman Simpang Berakas.


Klinik Fotografi di Hutan Simpan Berakas
Oleh Sheirol Mohd Heldy


Gambar ramai PJB dan bukan ahli.
Jurugambar sedang beraksi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Bagi menambah pengetahuan kepada jurugambar tempatan mengenai teknik penggambaran yang betul, Persatuan Jurugambar Brunei (PJB) mengadakan Klinik Fotografi di Hutan Simpan Berakas hari ini.
Seramai 30 orang termasuk dari Persatuan Gemilang dan bukan ahli menyertai aktiviti kelab berkenaan hari ini.
Program dimulakan dengan penerangan dari Yang Dipertua PJB, Haji Samsudin Idris mengenai aktiviti penggambaran yang tertumpu pada teknik potret dan makro.
Menurut Haji Samsudin, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada jurugambar terutama yang baru berkecimpung dalam bidang ini selain daripada aktiviti bulanan persatuan berkenaan.
Beliau turut menyatakan hasil daripada aktiviti kali ini akan dijadikan koleksi dan menjadi persediaan mereka sebelum pertandingan diadakan.
Beliau menambah bahawa PJB akan mengadakan pertandingan untuk Hari Keputeraan KDYMM dan terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertainya dan borang bolehlah diperoleh di kedai-kedai foto di negara ini.