Wednesday, 25 June 2008

Sekitar Klinik Radio Amatur semasa Kem Belia Sempena Cuti Persekolahan Penggal II


Pada 20 Jun 2008, Gemilang Radio telah mengendalikan satu klinik radio amatur bagi perserta-perserta Kem Belia sempena cuti persekolah penggal II. Bermula pada 8:30 malam dengan satu taklimat pengenalan Hobi Radio Amatur yang disampaikan oleh V8AVO . Sessi kedua ialah praktikal QSO di 2 metreband yang di kendalikan oleh V8AVO,V8AMC dan V8AQM manakala sessi ketiga diikuti dengan demonstrasi DXing di HF frequensi 20 metreband.

Antara manfaat yang diperolehi oleh belia-belia selain daripada pendedahan kepada hobi Radio Amatur ialah bagaimana pelajaran seperti Ilmu Alam dan Bahasa Inggeris juga turut memainkan peranan semasa DXing. Callsign istemewa 'V8GRS' dipergunakan bagi membuat pantauan ke benua Europa. Pengetahuan Geography belia-belia diuji dalam menghala tuju pancaran station V8GRS.



Ucapan terimah kasih diberikan kepada ahli Gemilang Radio yang bertungkus lumus mendirikan antenna pada acara tersebut; V8MLL, V8MXB, V8MFF, V8MKJ dan Pergerusi Gemilang Radio V8BIE. Terima Kasih jua disampaikan kepada pihak AiTi diatas sokongan yang tidak kendur-kendur kepada Gemilang Radio dalam menjalankan aktibiti Radio Amatur