Tuesday, 17 June 2008

Special Callsign 'V8GRS' bagi aktibiti 'Field Day 'Perkemahan Belia

Gemilang Radio telah pun diberi kebenaran olih pihak AiTi bagi mengunakan Callsign Khas V8GRS semasa mengendalikan Kem Belia sempena percutian penggal ke II persekolahan. Perkemahan tersebut akan diadakan pada 20-22hb Jun 2008 di Pantai Peraginan Kampong Sungai Liang.

Semasa perkemahan tersebut, satu bengkel pengenalan Radio Amatur kepada belia-belia akan diadakan diikuti dengan sessi praktikal, pertunjukan video dan jua pameran.

Sehubongan dengan itu, Gemilang Radio akan membuat persiapan bagi bagi sessi praktikal pada hari Sabtu Jam 2 petang. Dengan itu dipohonkan kepada semua ahli Gemilang Radio untk dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut.

Sekian dimaklumkan
Setiausaha Gemilang Radio