Friday, 25 July 2008

Gemilang Radio DXing, Pantai Seri Kenangan

Persatuan Gemilang melalui Gemilang Radio telah mengadakan satu perkhemahan dan Field Day DXing pada 19hb Julai 2008 bertempat di Pantai Seri Kenangan (PSK). Bermula dengan mendirikan Station Radio HF hinggalah DXing di udara.
Kegiatan seumpama ini adalah bertujuan bagi menguji keupayaan ahli Gemilang Radio dalam mendirikan station radio 'Portable' jika diperlukan bagi memberi bantuan komunikasi serta mengendalikan stesen dengan cekap semasa DXing. Pendedahan seperti ini akan membolih Gemilang Radio menimba pengelaman dalam suasana gotong royong dan 'team work'




Hasilnya berdirilah 2 antena HF bagi 20 metreband (2 elements Wire yagi) dan 40 metrenaband (Dipole)



CQ DX..CQ DX...CQ DX..This is Victor Eight Golf Romeo Sierra, Gemilang Radio Station......' serba sedikit panggilan kepada DX station yang dikendalikan olih V8MVE dengan bantuan V8MXZ dan V8MKJ yang juga turut diperhatikan oleh V8MTN, V8MIX dan V8MFXZ

Bagi pihak Gemilang Radio, diucapkan setinggi terima kasih kepada ahli yang turut menjayakan aktibiti ini dan semoga pengelaman yang diperolehi akan terus dipertingkatkan dari semasa ke sama. Insyallah, Gemilang Radio akan terus mengungkayahkan aktibiti seumpama ini demi melengkapi ahli dengan kepakaran Amatur Radio.





Sunday, 20 July 2008

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio




Gemilang Radio sekali lagi mengendalikan Kelas Radio Amatur bagi calon-calon yang akan menduduki Perperiksaan Radio Amatur kelolaan AiTi yang akan diadakan pada 24hb Ogos 2008. Seramai 11 orang SWL telah mendaftar untok mengikuti kelas tersebut.
Kelas dikendalikan oleh Pengerusi Gemilang Radio V8BIE dan Setiausaha Gemilang radio V8AQM. Sessi berikutnya akan diadakan pada 3hb Ogos 2008 bertempat di kediaman V8AQM, No.5 Spg 58-10 Kampong Bukit Panggal bermula pada jam 8:00 pagi.

Tuesday, 15 July 2008

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kelas Radio Amatur Gemilang Radio akan diadakan:-

  • pada: 20hb Julai 2008 (Ahad)
  • bertempat di Bilik Taklimat, Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong
  • bermula jam 2:30 petang.
Kepada semua calon-calon yang telah mendaftar untok menduduki perperiksaan Radio Amatur yang dikelolakan olehAiTi pada bulan Ogos ini dialu-alukan hadir. Bagi yang telah mendaftar untok mengikuti kelas tersebut diharap akan mengambil maklum tarikh dan tempat kelas dijalankan.

Sekian

Setiausaha Gemilang Radio

DIRGAHAYU 62 TAHUN


DIRGAHAYU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,

SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN

SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 62

KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA

KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Daripada:

PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Thursday, 10 July 2008

PERKHEMAHAN PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Kepada semua ahli Gemilang,

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung pengiran berangkat,mempersilakan Awang/Dayang hadir bersama keluarga dan menyertai Perkhemahan PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG.

Date: 19-20th July 2008 (Saturday and Sunday)
Time: 7 pm until 9 am
Place: Seri Kenangan Beach, Tutong

Tujuannya ialah bagi sesi suai-kenal sesama ahli dan mengeratkan setiakawan dikalangan ahli-ahli..ianya juga diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpesatuan..

Aturcara - 19th July 2008

5:30pm - Kehadiran Ahli Jawatankuasa dan Peserta Perkhemahan
7:00pm - Kehadiran Ahli-Ahli dan Keluarga
- Acara Bermula
- BBQ
- DXing dengan menggunakan V8GRS bagi meraikan Hari Keputeraan KDYMM ke 62 tahun di udara
- Bermalam di Perkhemahan

20th July 2008

7:30am - Sarapan Pagi
- Membuka Perkhemahan

9:00am - Bersurai

Sama samalah kita menyokong aktiviti ini, di atas keberangkatan dan kehadiran awang/dayang bersama keluarga peramba/koala/saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh.

MEJ.(B) PENGIRAN HAJI ABAS BIN PENGIRAN HAJI OTHMAN
(YANG DI-PERTUA-PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG)

Nota/RSVP:
Sila maklumkan kehadiran kepada talian SMS ke HP 8778942 atau 8748758 sebelum 15hb Julai 2008

Ahli GemilangFoto ke kelab fotografi Panaga


Selasa,8hb July. Kehadiran rakan2 GemilangFoto kepameran "The insect life of Panaga" di kelab Panaga menguatkan lagi hubungan mesra diantara kelab dan juga sesama fotografer yang menghadiri pameran pada masa itu.

Gambaran pameran adalah hasil pengambaran salah sesaorang dari pekerja shell iaitu Ian Frame yang berminat mengenai kehidupan macro. Beliau menceritakan satu persatu mengenai gambar yang diambilnya.

Kelihatan beberapa ahli GemilangFoto mendengar dan melihat penerangan mengenai gambar2 yang di pamerkan oleh Ian Frame.


Antara yang hadir gabungan Kelab fotografi BSRC, kelab Panaga dan juga dari GemilangFoto.

Tuesday, 8 July 2008

Dazzling Lights Photo Contest



Organiser: Dazzling Lights ExhibitionEvent:
Dazzling Lights Photo Contest
Contest Period: July 1 - 30Venue: Jerudong Park Amphitheatre

For more information, contact: 2611894 (Office hours), 2612290 / 8992802 (5.00pm onward)

Sunday, 6 July 2008

Outing-Suasana Neon BSB


Kepada ahli gemilangfoto sesi pengambaran kita bulan ini adalah bertemakan Suasana Neon Bandar Seri Begawan. Ianya diadakan pada hari Sabtu, 12hb Julai 2008 dan ahli2 dikehendaki berkumpul dikawasan lapang bendera besar ditaman SOAS seperti tahun yang lepas pukul 5.30 petang. Sesi ini juga dibuka kepada semua fotografer tempatan yang ingin turut serta dan adalah dialu-alukan kepada yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi kerana fotografer senior GemilangFoto akan menjalankan klinik rngkas mengenai pengambilan gambar berdasarkan tema.

Best Photography Award 2008-Brunei Times



The Brunei Times menganjurkan pertandingan fotografi yan di bukakan kepada fotografer tempatan dan juga foto journalist undangan berdasarkan kepada empat tema iaitu Ceremonial, People, Cultural dan the Environment. Pertandingan ini adalah bersempena hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah dan Yang Dipetuan Negara Brunei Darussalam yang ke 62 tahun.

Keterangan lanjut: Masuk

Courtesy of Brunei times.

Friday, 4 July 2008

The Insect Life of Panaga

Panaga Natural History Society mempelawa kita salah satu seminar fotografi mereka:



Kepada gemilang members atau bukan members yang berminat untuk hadir ke agenda diatas sila hubungi:
Musa (8733307) untuk keterangan lanjut.

Thursday, 3 July 2008

MESYUARAT KOMITI JERAYAWARA GEMILANG

Dimaklumkan kepada semua AJK bahagian Gemilang bahawa satu mesyuarat perlantikan komiti kerja Jerayawara Gemilang akan diadakan:

Pada: 4hb Julai 2008 (Jumaat)
Masa: 7:30 Malam
Tempat: Home QTH V8AYN

Dijemput semua ahli-ahli Gemilang untuk dapat menghadirkan diri pada masa dan tempat yang dimaklumkan.

Sekian