Friday, 25 July 2008

Gemilang Radio DXing, Pantai Seri Kenangan

Persatuan Gemilang melalui Gemilang Radio telah mengadakan satu perkhemahan dan Field Day DXing pada 19hb Julai 2008 bertempat di Pantai Seri Kenangan (PSK). Bermula dengan mendirikan Station Radio HF hinggalah DXing di udara.
Kegiatan seumpama ini adalah bertujuan bagi menguji keupayaan ahli Gemilang Radio dalam mendirikan station radio 'Portable' jika diperlukan bagi memberi bantuan komunikasi serta mengendalikan stesen dengan cekap semasa DXing. Pendedahan seperti ini akan membolih Gemilang Radio menimba pengelaman dalam suasana gotong royong dan 'team work'




Hasilnya berdirilah 2 antena HF bagi 20 metreband (2 elements Wire yagi) dan 40 metrenaband (Dipole)



CQ DX..CQ DX...CQ DX..This is Victor Eight Golf Romeo Sierra, Gemilang Radio Station......' serba sedikit panggilan kepada DX station yang dikendalikan olih V8MVE dengan bantuan V8MXZ dan V8MKJ yang juga turut diperhatikan oleh V8MTN, V8MIX dan V8MFXZ

Bagi pihak Gemilang Radio, diucapkan setinggi terima kasih kepada ahli yang turut menjayakan aktibiti ini dan semoga pengelaman yang diperolehi akan terus dipertingkatkan dari semasa ke sama. Insyallah, Gemilang Radio akan terus mengungkayahkan aktibiti seumpama ini demi melengkapi ahli dengan kepakaran Amatur Radio.