Saturday, 16 August 2008

MESYUARAT GEMILANG RADIO

Dengan hormatnya dijemput kepada semua ahli Gemilang Radio untok dapat menghadirikan diri ke Mesyuarat Gemilang Radio pada:

  • Pada: 18 Ogos 2008 (Hari Isnin)
  • Jam: 800 malam
  • Tempat: Di kediaman V8AQM, Kampong Bukit Panggal, Tutong.

Agenda: Penubuhan Kelab Radio di Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong

Sekian disampaikan dan harap maklum

Tuesday, 12 August 2008

KELAB RADIO AMATUR KESEKOLAH KELOLAAN GEMILANG RADIO

Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Radio telah diberi kebenaran oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk mengelolakan penubuhan Kelab Radio Amatur di Sekolah Menengah Mudah Hashim Tutong.

Dalam mempelupori kegiatan luar tambahan disekolah menengah ini, Gemilang Radio akan
menyusun satu peta jalan kearah menjayakan misi Gemilang untok melahirkan belia-belia perkasa, cemerlang lagi terbilang serta berakhlak dan berhemah tinggi dan menjadikan Daerah Tutong sebagai pusat kecemerlangan aktibiti-aktibiti berfaedah dan bermanafaat.

AntaralainTujuan Projek

  • Untuk memperkenalkan radio amatur disekolah-sekolah dengan harapan boleh dijadikan sebagai salah satu alat komunikasi berkesan diantara satu sekolah dengan sekolah atau pengguna yang lain.
  • Untuk memperkenalkan radio amatur sebagai satu pembelajaran yang mampu membantu pelajar-pelajar memahami dan mata-pelajaran utama seperti mathematik, physics, electronik, geografi dan lain-lain.
  • Untuk memperkenalkan radio amatur sebagai medium yang berkesan dalam penyibaran mata-pelajaran yang diajar melalui “Educational Jombree” .
  • Bagi mengambangkan hobi Amatur Radio di negara ini dari peringkat awal .

Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan projek ini dalam sedikit waktu lagi. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada Gemilang Radio khususnya penyelaras projek ini iaitu V8AYN dan V8BQM diatas didikasi dan ketekunan mereka dalam menyelaras projek ini sehingga kini.

Dalam menjayakan projek ini, diharap ahli Gemilang Radio dan Gemilang amnya untuk tampil bagi menyumbangkan buah fikiran dan tenaga demi menjana kejayaan dan kecemerlangan persatuan.

Friday, 1 August 2008

Fotografer Gemilang menang peraduan

Adi Putera Abdul Hamid meraih tempat teratas dalam Wajah-Wajah Abadi kategori A dengan hasil karya fotografinya yang berjudul "The Sultan of Brunei".

Abd Hamid Haji Abd Rahman meraih tempat kelima dalam kategori bersama rakyat yang berjudul "Bersama rakyat didaerah Brunei dan Muara.

Musa Manggai juga antara pemenang yang meraih tempat ke-enam didalam kategori Brunei Hari Ini yang berjudul "Port View".

Tetamu kehormat ketika diperlihatkan gambar peraduan selepas penyampaian hadiah.

Antara teman2 dari Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang hadir pada majlis Hari itu.


Bergambar ramai bersama pemenang2 dari Persatuan JuruFoto Negara Brunei Darussalam.

Karya fotografi Awang Adi Putera terbaik kategori A

Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Bersempena sambutan Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-62 tahun 2008, Persatuan Fotografi Brunei Darussalam mengadakan Pertandingan Fotografi bertemakan 'Wajah-Wajah Abadi'.

Hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah di majlis yang berlangsung di Galeri Seni di ibu negara kepada pemenang pertandingan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Haji Awang Mohd Yussof.

Adi Putera Abdul Hamid meraih tempat teratas dalam Wajah-Wajah Abadi kategori A dengan hasil karya fotografinya yang berjudul "The Sultan of Brunei".

Manakala bagi kategori B dimenangi Haji Samat Haji Abas daripada Jurusy Perunding yang menampilkan hasil karya fotografinya yang berjudul "Bandar Seri Begawan di waktu malam" diikuti kategori C yang bertemakan "Bersama Rakyat" yang dimenangi Haji Mohd Guntor Haji Mohd Ali dengan gambarnya yang bertajuk "Baginda Bersama Rakyat'.

Sementara itu dalam kategori D yang bertemakan 'Brunei Hari Ini' dimenangi Haji Muhd Zailaney Haji Nordin dengan karya fotografinya yang bertajuk "Tersergam Indah".

Dalam Perkembangan lain Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Haji Awang Mohd Yussof juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Seni Lukis bagi sambutan yang sama yang antaranya dimenangi Haji Abdul Wahab Haji Mohd Jaafar di tempat teratas kategori A1 diikuti Suhaili Omar dan Haji Jalil Haji Gadong di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori A2 pula kejuaraan di rangkul Abdul Ajihis Haji Terawih di ikuti Suhaili Omar di tempat kedua dan di tempat ketiga di raih Zakaria Omar. Bagi Kategori B, Norshahirah Osman dinobatkan juara diikuti Sim Yeng Peng di tempat kedua dan Mohd Reduan Haji Rusli di tempat ketiga

Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan juga berkesempatan untuk merasmikan pameran yang di galeri seni di ibu negara dan kemudiannya meninjau sendiri hasil seni lukisan dan fotografi pemenang dan peserta pertandingan dianjurkan Persatuan Fotografi Brunei

Courtesy Media permata