Friday, 1 August 2008

Karya fotografi Awang Adi Putera terbaik kategori A

Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Bersempena sambutan Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-62 tahun 2008, Persatuan Fotografi Brunei Darussalam mengadakan Pertandingan Fotografi bertemakan 'Wajah-Wajah Abadi'.

Hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah di majlis yang berlangsung di Galeri Seni di ibu negara kepada pemenang pertandingan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Haji Awang Mohd Yussof.

Adi Putera Abdul Hamid meraih tempat teratas dalam Wajah-Wajah Abadi kategori A dengan hasil karya fotografinya yang berjudul "The Sultan of Brunei".

Manakala bagi kategori B dimenangi Haji Samat Haji Abas daripada Jurusy Perunding yang menampilkan hasil karya fotografinya yang berjudul "Bandar Seri Begawan di waktu malam" diikuti kategori C yang bertemakan "Bersama Rakyat" yang dimenangi Haji Mohd Guntor Haji Mohd Ali dengan gambarnya yang bertajuk "Baginda Bersama Rakyat'.

Sementara itu dalam kategori D yang bertemakan 'Brunei Hari Ini' dimenangi Haji Muhd Zailaney Haji Nordin dengan karya fotografinya yang bertajuk "Tersergam Indah".

Dalam Perkembangan lain Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Haji Awang Mohd Yussof juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Seni Lukis bagi sambutan yang sama yang antaranya dimenangi Haji Abdul Wahab Haji Mohd Jaafar di tempat teratas kategori A1 diikuti Suhaili Omar dan Haji Jalil Haji Gadong di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori A2 pula kejuaraan di rangkul Abdul Ajihis Haji Terawih di ikuti Suhaili Omar di tempat kedua dan di tempat ketiga di raih Zakaria Omar. Bagi Kategori B, Norshahirah Osman dinobatkan juara diikuti Sim Yeng Peng di tempat kedua dan Mohd Reduan Haji Rusli di tempat ketiga

Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan juga berkesempatan untuk merasmikan pameran yang di galeri seni di ibu negara dan kemudiannya meninjau sendiri hasil seni lukisan dan fotografi pemenang dan peserta pertandingan dianjurkan Persatuan Fotografi Brunei

Courtesy Media permata