Tuesday, 12 August 2008

KELAB RADIO AMATUR KESEKOLAH KELOLAAN GEMILANG RADIO

Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Radio telah diberi kebenaran oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk mengelolakan penubuhan Kelab Radio Amatur di Sekolah Menengah Mudah Hashim Tutong.

Dalam mempelupori kegiatan luar tambahan disekolah menengah ini, Gemilang Radio akan
menyusun satu peta jalan kearah menjayakan misi Gemilang untok melahirkan belia-belia perkasa, cemerlang lagi terbilang serta berakhlak dan berhemah tinggi dan menjadikan Daerah Tutong sebagai pusat kecemerlangan aktibiti-aktibiti berfaedah dan bermanafaat.

AntaralainTujuan Projek

  • Untuk memperkenalkan radio amatur disekolah-sekolah dengan harapan boleh dijadikan sebagai salah satu alat komunikasi berkesan diantara satu sekolah dengan sekolah atau pengguna yang lain.
  • Untuk memperkenalkan radio amatur sebagai satu pembelajaran yang mampu membantu pelajar-pelajar memahami dan mata-pelajaran utama seperti mathematik, physics, electronik, geografi dan lain-lain.
  • Untuk memperkenalkan radio amatur sebagai medium yang berkesan dalam penyibaran mata-pelajaran yang diajar melalui “Educational Jombree” .
  • Bagi mengambangkan hobi Amatur Radio di negara ini dari peringkat awal .

Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan projek ini dalam sedikit waktu lagi. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada Gemilang Radio khususnya penyelaras projek ini iaitu V8AYN dan V8BQM diatas didikasi dan ketekunan mereka dalam menyelaras projek ini sehingga kini.

Dalam menjayakan projek ini, diharap ahli Gemilang Radio dan Gemilang amnya untuk tampil bagi menyumbangkan buah fikiran dan tenaga demi menjana kejayaan dan kecemerlangan persatuan.