Tuesday, 30 September 2008

ANAK-ANAK YATIM DAERAH TUTONG TIDAK DILUPAKAN

Derma Persatuan Gemilang Daerah Tutong kepada anak-anak yatim Daerah Tutong telah disampaikan kepada Pegawai Daerah Tutong Yang Mulia Awang Hj Idris bin Hj Ali. Derma sempena Sambutan Ulangtahun Persatuan Gemilang ke-4 tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua Persatuan Gemilang Daerah Tutong, Yang Mulia Mejar (B) Pg Abas bin Pg Hj Othman. Bersama turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Yang Mulia Awg Hj Sofian bin Hj Chuchu, Yang Mulia Imam Hj Abd Nuin bin Hj Hassan dan Penghulu-Penghulu serta Ketua-Ketua Kampong Daerah Tutong.

Thursday, 25 September 2008

TAHNIAH V8AQM

Selain dari penyampaian cerita dan berita aktiviti-aktiviti terkini Persatuan Gemilang Daerah Tutong, blog ini juga mengemukakan cerita-cerita atau maklumat tentang pencapaian atau kejayaan ahli persatuan dalam mendokong matlamat persatuan dan mendorong ahli-ahlinya berusaha kearah kecemerlangan.
Episod kejayaan pada kali ini adalah dari bahagian GEMILANG Radio. Tahniah diucapkan kepada Naib Yang Dipertua Persatuan Gemilang, Yang Mulia Haji Mohammad Ayub bin Haji Suhaili Callsign V8AQM kerana memenangi World Wide DX Contest (CQWW DX Contest) dalam kategori Single Operator Low Power 14 MHz SSB. Kemenangan beliau juga secara langsung memegang All Time CQWW record dalam kategori tersebut dengan memungut mata sebanyak 11,128, sebanyak 107 QSO, dari 19 Zones dan dari 33 Negara. Beliau telah berjaya mencipta record ini pada tahun 2007 dan berusaha untuk terus memecahkan rekod dan mencipta rekod pada kategori yang lain. Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada ahli GEMILANG yang lain untuk terus berusaha menjana kejayaan dan menuju kearah kecemerlangan. Tahniah.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.cqww.com/

Monday, 15 September 2008

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN KE 4 PENUBUHAN PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung Pengiran berangkat, mempersilakan Awang/Dayang hadir ke majlis tersebut diatas pada:

Tarikh : 27hb Ramadhan 1429H bersamaan 28hb September 2008M
Hari : Ahad
Jam : 5.00 Petang
Tempat: Dewan Seri Kenangan
Kompleks Dewan Kemasyarakatan
Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam.

Aturcara:

4:30 Petang - Kehadiran Ahli Jawatankuasa Kerja

5:00 Petang - Ketibaan Ahli-Ahli Persatuan Gemilang dan Jemputan

5:15 Petang - Ketibaan Tetamu Kehormat,
- Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran
- Ucapan Yang DiPertua selaku Pengerusi Majlis
- Penyampaian Derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Tutong
- Bersungkai
- Sembahyang Maghrib Berjemaah
- Menikmati Jamuan
- Doa Penutup
- Majlis Bersurai

Diatas keberangkatan Pengiran, kehadiran Awang/Dayang bersama Keluarga peramba/kaola/saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh.

YANG BERHARAP,
PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 4
PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Wednesday, 10 September 2008

ROMBONGAN KE SEANET 2008, KOTA KINABALU, SABAH

Dengan hormatnya memaklumkan bahawa Gemilang Radio akan menyertai SEANET 2008 yang akan berlangsung pada 20-23 Nobember 2008. Kepada ahli Gemilang yang ingin turut mengikuti rombongan tersebut adalah diharap akan dapat mengisi borang pendaftaran SEANET. Borang bolihlah didapati daripada Setiausaha Gemilang Radio dan V8MKJ selaku ketua rombongan dan hendaklah di kembalikan sebelum 20 September 2008 bersama bayaran pendaftaran.

Rombongan akan bertolak pada 22 Nobember 2008 Jam 1:30 ptg dan akan balik pada 23 Nobember 2008 Jam 4:00 ptg. Perjalanan darat akan mengunnakan kenderaan tempah khas.

Aturcara Seanet bulih didapati di link berikut:-
http://www.sabah.net.my/seanet/program.htm

Latarbelakang SEANET:

The South East Asia Amateur Radio Network (SEANET) was established in 1964 on 20m (14.320 MHz plus or minus QRM).The objective of this Net is to promote international understanding and fellowship among hams and to relay emergency, medical, urgent or priority traffic.This on-the-air meeting which has taken place without fail daily at 1200 UTC has strengthened unity and co-operation among Hams around the world, especially those within the region.The net also provides Hams a facility for testing their equipment and propagation conditions on the 20m band.


Untuk keterangan lanjut sila hubongi Setiausaha Gemilang Radio dan Ketua Rombongan.

Sekian





MENYUSUR KE PENDALAMAN DAERAH BELAIT GEMILANG Part 1

SUKANG?

Jika disebutkan ’Kampung Sukang’ apakah difikiran anda? Jika anda belum pernah ke Kampung Sukang, mungkin anda mengambarkan satu kampung kecil di ulu yang dirasai jauh atau sukar untuk dituju. Mungkin anda mengambarkan rumah-rumah panjang, rumah-rumah tradisi dan rumah-rumah kayu ditepi sungai di tengah-tengah keindahan kehijauan hutan tropika. Mungkin anda memikirkan puak-puak yang menduduki Kampung Sukang yang anda cuma ingat melalui televisyen dimana adat-adat dan budaya mereka dipersembahkan sewaktu musim keramaian sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Bagi penduduk Daerah Belait mungkin anda akan mengambarkan perahu melalui sungai dengan air yang keruh, berselekoh-selekoh dan penumpang di dalamnya duduk tenang melihat kehadapan menghadapi angin yang meniup kerana perahu berjalan dengan laju menuju ke Kampung Sukang. Mungkin anda terus memikirkan perkhidmatan perubatan dari Kementerian Kesihatan dibantu oleh Tentera Udara Diraja Brunei menggunakan pesawat Helikopter yang lebih dikenali dengan ’Doktor Terbang’ yang sering kali kita dengar di radio jika ada pengumuman lawatannya ke kampung tersebut. Mungkin juga anda tertanya-tanya dapat kah anda sampai ke Kampung Sukang dengan Kenderaan Darat. Anda mungkin juga tertanya-tanya adakah jalan-jalan yang menuju ke Kampung Sukang.

Gambaran dan bayangan ini telah bermain difikiran ahli-ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang tidak putus-putus ingin mencari pengembaraan dan menghadapi cabaran. Mungkin kerinduan ahli-ahli untuk mengembara dan cerita-cerita menarik mengenai perjalanan ke Kampung Sukang dari rakan-akan ahli persatuan yang telah pergi ke sana sangat-sangat memperengaruhi keinginan ahli-ahli yang lain untuk mengendalikan perjalanan tersebut dengan segera. Bolelah dirasai rancangan ini disambut dengan penuh kegembiraan dan ahli-ahli nampak tidak tertunggu lagi untuk berjalan menuju ke Kampung Sukang menggunakan kenderaan Pacuan 4 Roda.

Aktiviti-aktiviti menyusur kependalaman memang telah awal dirancang pada seperti dicatat di dalam ramalan kejadian GEMILANG 4x4 bagi tahun 2008. Ahi Jawtankuasa GEMILANG 4x4 telah bersetuju perjalanan ini akan bermula pada 30 Ogos 2008 dan balek pada 31 Ogos 2008. Mesyuarat perancangan dan penyatuan telah diadakan pada 24 Ogos 2008 dan taklimat akhir diadakan pada 29 Ogos 2008. Matlamat akitiviti ini adalah seperti berikut:

-Melatih dan meningkatkan kemahiran ahli dalam pacuan empat roda;
-melatih dan meningkatkan kemahiran ahli dalam perhubungan radio amatur;
-melatih dan meningkatkan kemahiran ahli dalam forografi alam semula jadi dll;
-menggabung-jalin aktiviti teras persatuan;
-mengeratkan perhubungan silaturrahim antara peserta;
-melatih ahli dalam kemahiran perkemahan kembara luar; dan
-meningkatkan pengetahuan geografi negara.

Hampir-hampir tarikh untuk berangkat, SMS mulalah sibok dengan pertukaran meseg apakah barangan dan perlatan yang perlu dibawa. Kesemua kedai-kedai camping di Brunei dikujungi untuk mencari peralatan Camping dan kembara luar (excited nya orang putih! Iski nya orang Brunei) walaupun kemudahan dan fasilitas untuk penginapan telah dipohonkan dari Pejabat Daerah Belait dan Pihak Kampung Sukang, mau jua kan bercamping.

BERTOLAK

Pada hari dan masa hendak bertolak, semua ahli-ahli berkumpul di Pachi Machi Tanjung maya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan. Cuaca diramalkan hujan sepanjang hari tersebut hingga keesokkan harinya. Seperti gambar satelite ini, menunjukkan awan-awan tebal yang hampir menyelubungi keseluruh Negara Brunei Darussalam. Kesemua yang hadir merasakan beberapa cabaran akan dihadapi dalam perjalanan.

Peserta-peserta pun tidak lupa untuk membacakan doa selamat sebelum berangkat. Kenderaan yang ikut serta GOLF 1 – BF 773 (1st Recce, Toyota Land Cruiser FJ 40 + Extreme Trekker 2 Centipede), GOLF 2 – KJ 8042 (Convoy Commander, Toyota Hilux + AT Tires BF Goodrich), GOLF 3 – BT 7129 (Toyota Hilux + HT Tires Bridgestone), GOLF 4 – BQ 7504 (Toyota Hilux + HT Tires Bridgestone), GOLF 5 - KL 4891 (Toyota Hilux+ Extreme Trekker 2 Centipede + Bilstein & Kings Suspension), GOLF 6 – BF 6876 (Toyota Land Cruiser FJ 40 + Extreme Trekker 2 Centipede). Berikut adalah gambar beramai sebelum bertolak.
Berikut adalah laluan Menyusur Ke Pendalaman Daerah Belait ahli Persatuan Gemilang menggunakan Pacuan 4 Roda.
PERJALANAN MENUJU KE KAMPUNG SUKANG

Perjalan bermula dari Pachi Machi Kampung Tanjung Maya pada jam 2.52 ptg mengikut atur pergerakan GOLF1, GOLF2, GOLF3, GOLF4 dan GOLF5 (GOLF6 menyusuli kemudian). Awan semakin tebal dan gelap, dan mulalah hujan. Didalam GOLF2 ini, pemandu saya sendiri (setiausaha GEMILANG 4x4), Ketua Rombongan Awang Yakub bin Hj Abd Rahman juga Ketua Jurulatih GEMILANG 4x4, dan Mohd Amali bin Hamdan, Jurulatih GEMILANG 4x4. Dari Tanjung Maya melalui Ukong, Merimbun dan Merangking, permukaan jalan adalah pit. Jalan mulai berbatu-batu kecil dan tanah kuning dikawasan Merangking. Hujan terus turun kadangkala lebat dan kadangkala renyai-renyai. Walaubagaimanapun perjalanan tidak menjadi masaalah dan konvoy terus bergerak. Bagi GOLF2, 4WD Control Lever H4 telah digunakan dan kencaman roda dengan tanah sangat baik dan bersesuaian kerana keadaan tanah tidak terlalu banyak berlumpur. Perhubungan radio pun terus sibok dengan pertuturan makluman perjalanan dari GOLF1, GOLF2 dan lain-lain. GOLF6 menyusuli kemudian dan mengekori GOLF5.

Setelah sampai di rumah Panjang Bang Taong, jalan mulalah berbukit-bukit dengan tanah kuning dan hitam yang becak. Lumpur yang dalam di banyak tempat terutama sekali dikawasan rendah dan berdekatan sungai. Bukit pertama selepas Bang Taong telah menerima mangsa yang pertama kerana kenderaan GOLF5 tidak dapat menaiki bukit yang sangat licin.
Masa telah menunjukkan pukul 5.15 ptg. Hujan terus turun dan kelihatan awan-awan gelap yang tidak mungkin akan hilang hingga ke malam. GOLF5 terus mencuba berkali-kali untuk naik, tetapi tidak berjaya (macamana tah kan tenaik mun, HT Tires! Nda lagi bebunga tayar nya!) Mujur GOLF6 yang berada di belakang dapat membantu. Begitulah keadaan nya disepanjang perjalanan. Kenderaan samaada tidak ternaik bukit kerana licin atau terkubur di Lumpur yang bechak dan dalam. Kereta yang kuat dan mampu untuk menarik kereta terkandas seperti GOLF1, GOLF4 dan GOLF6, terpaksalah mengambil posisi dihadapan kereta terkandas dan menarik menggunakan snatch strap atau tali kalat. Sangat kagum jika dilihat kenderaan-kenderaan yang menarik ini. Perbezaan ketara antara kenderaan yang selalu terkubur dan kereta penyelamat ini adalah tayar yang digunakan. Kesemua kenderaan Pacuan 4 Roda yang menarik ini menggunakan tayar jenama SIMEX jenis Extreme Trekker atau digelar ’The Centipede’, kerana bunga tayar ini mirip badan centipede.


GOLF5 terkandas sebanyak 7 kali, GOLF3 terkandas sebanyak 6 kali dan GOLF2 terkandas sebanyak 2 kali. Jumlah recoveries yang dibuat oleh GOLF1, GOLF4 dan GOLF6 adalah 15 kali.
Pada kira-kira jam 8.50 mlm, konvoy pun sampai di Kampung Sukang setelah menghadapi beberapa halangan. Konvoy terus menuju ke Dewan Serba Guna kerana GOLF1 telah menerima berita bahawa kawasan lapang berdekatan Pos Polis yang dirancangkan untuk berkemah telah banjir disebabkan hujan turun seharian. Dari jauh, kawasan yang dituju nampak terang menerang dari cahaya lampu bangunan tersebut. Satu bangunan besar kami dekati dan penuh dengan orang ramai. Beberapa kereta dilihat terletak ditepi-tepi bangunan tersebut dan dari jendela nampak satu majlis sedang diadakan. Musik-musik pun semakin nyaring apabila kami mendekati. GOLF-GOLF pun mengambil tempat letak kereta masing-masing dan turun keluar kenderaan. Alhamdulillah, wajah keriangan ternampak di air muka ahli konvoy kerana cabaran perjalanan hari tersebut telah dihadapi dengan jayanya. Kini ahli telah menjejak kaki di tanah kampung yang telah lama dicita-cita untuk dikunjungi. Sebahagian kampung telah menyambut rombongan dan menjemput untuk masuk kedalam untuk menyaksikan majlis tersebut. Majlis yang sedang dijalankan adalah pertandingan mengajat Mukim Sukang. Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Belait. Kami juga dijemput untuk makan malam.


Selesai majlis tersebut kami berkesempatan untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Penghulu Mukim Sukang YM Dato Maharaja Setia Haji Simpok bin DMS Dian. Kami juga sempat mengambil gambar beramai bersama YM Dato Penghulu.

Pada malam tersebut kami pun terus mengadakan BBQ diluar dewan tersebut.

Disebabkan kebanjiran, perkemahan diluar tidak dapat diadakan. Bilik-bilik di Dewan Serba Guna ini kami gunakan untuk penginapan. Kemudahan di bangunan begitu cukup dan menyenangkan rombongan. Cukup dengan dapor, bilik mandi, surau, bilik-bilik tidor, tilam, bantal dan lain-lain.

GOOOOD MORNING SUKANG!

Subuh kesesokan, peserta-peserta sudah bangun untuk solat Subuh dan juga mandi pagi. Peserta-peserta nampak sangat bersemangat untuk meneruskan aktiviti pada hari tersebut. Hari semakin cerah, tetapi matahari belum lagi nampak kerana embun-embun nampak masih menyelubungi kawasan-kawasan sekeliling an pokok-pokok seperti keluar dicelah-celah menembusi embun. Setelah minum pagi, pengiat-pengiat fotografi GEMILANG mulalah berjalan-berjalan di kawasan sekeliling untuk mendapatkan gambar awal pagi. Sungguh menyenangkan apabila YM Dato Penghulu berkunjung lagi ke Dewan tersebut untuk bersiar dan melawat tamu yang diadakan di dewan tersebut pada jam 0730 pagi. Sebahagian ahli-ahli sempat beramah mesra lagi dengan beliau. Pada jam 0800 pagi, kami pun mula bergerak ke Jeti Kampung Sukang untk menaiki perahu untuk bertolak ke Kampung Melilas.

Stay tune, perjalanan ke Melilas bersambung di

MENYUSUR KE PENDALAMAN DAERAH BELAIT Part 2

Persatuan Gemilang Daerah Tutong sukcita merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YM Dato Maharaja Setia Hj Simpok bin DMS Dian Penghulu Mukim Sukang serta penduduk-penduduk Kg Sukang & YDM Pehin Datu Pekerma Dewa Awg Haji Ali bin Abdullah Penghulu Mukim Melilas serta penduduk-penduduk Mukim Melilas diatas sambutan dan layanan mesra kepada ahli persatuan sempena aktiviti Menyusur Ke Pendalaman Daerah Belait Persatuan Gemilang Daerah Tutong.

Thursday, 4 September 2008

Ramadan Mubarak


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Semua Muslimin dan Muslimat dimana jua berada.