Tuesday, 28 October 2008

REPEATER GEMILANG DIAKTIFKAN


Setelah lebih dua tahun projek membina repeater ini dimulakan, GEMILANG mencatit sejarah dengan lengkapnya segala peralatan yang diperlukan. Dengan kos yang seminima dan kesepakatan AJK Tadbir untuk mengeluarkan dana $3,000 untuk menampong pembelian sebuah'duplexer', 'COR'(9W2CDK) dan alat-alat lain, GEMILANG RADIO telah berjaya mengaktipkan sebuah repeater pada Hari Isnin 27 Oktober 2008, 5:30 petang.

Repeater ini menggunakan frekuensi 147.825mhz, offset (-)600khz seperti yang diperuntukkan oleh AiTi dan ditempatkan di Kampong Bukit Panggal Tutong . GEMILANG RADIO akan menguji liputan pemancaran repeater ini untuk beberapa minggu mendatang dan akan memindah kebeberapa buah kedudukan 'Base Station' ahli bagi menilai kedudukan yang baik. Untuk langkah permulaan, ahli-ahli dialu-alukan untuk sama-sama menilai keberkesanan pancaran dan liputan repeater ini dan memaklum-balas kepada Setiausaha GEMILANG RADIO hasil-hasil pemantauan tersebut.

Sebagaimana jua persetujuan AJK Tadbir keatas cadangan GEMILANG RADIO bagi membina repeater ini, satu keahlian 'Transmitting' akan diperkenalkan sedikt masa lagi. Ahli-ahli GEMILANG yang mempunyai lisen Radio Amatur dan ingin menjadi 'Transmitting Member' akan dikenakan yuran sebanyak $30 setahun dan menakala bukan ahli $50 setahun. Ianya bertujuan bagi menampung pemeliharan dan juga kos-kos yang berkaitan bagi membina repeater ini. Kadar ini akan diturunkan selepas 5 tahun pertama beroperasi tertakluk kepada keadaan sumber dana.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli dan rakan-rakan yang telah menyumbang khidmat tenaga dan buah fikiran serta peralatan demi menjayakan usaha ini. Tahniah GEMILANG...!!!!

AL-FATIHAH KEPADA AHLI GEMILANG YANG KE KEMBALI RAHMATULLAH

Persatuan Gemilang Daerah Tutong ingin menyatakan rasa dukacita keatas kehilangan seorang ahli nya pada hari Sabtu 25 Oktober 2008. Mohd Hata bin Hj Minor Asbah dengan bilang keahliannya No. 38, telah mula menyertai GEMILANG sejak persatuan ini ditubuhkan. GEMILANG dukacita menyampaikan ucapan tazkiah kepada keluarga Allayarham dan berdoa semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh para Auliah dan Anbiah.... AMIN........

AL FATIHAH

Kunjongan Muhibah kepada Pegawai Daerah Tutong


Sabtu- 25 Oktober 2008. Ahli Jawatankuasa Tadbir Gemilang telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Pegawai Daerah Tutong di Pejabat Daerah. Beliau yang baru menjawat jawatan tersebut adalah Penaung Persatuan Gemilang Daerah Tutong . Sejak persatuan ini ditubuhkan empat tahun yang lalu, beliau adalah penaung GEMILANG yang ke tiga.

Antaralain tujuan kunjung tersebut diadakan adalah bagi bersuai-kenal dengan Penaung baru mengikut lantik Pegawai Daerah terkini. Beberapa perkara juga turut dikenal pasti bagi menjana perkembangan dan kemajuan di daerah ini dibincangkan dalam perjumpaan tersebut. Selain berkenal dengan AJK Tadbir, beliau juga mendengar taklimat ringkas latar belakang GEMILANG, pencapaian dan juga perancangan masa kini dan akan datang bagi setiap bahagian teras aktibiti GEMILANG.

Thursday, 16 October 2008

Toyota Classics 2008


Dear Gemilang Members, we are cordially invited to the Toyota Classics 2008 on the Friday, November 7th 2008, 8pm at International Convention Centre, Berakas. Anyone interested to join, please book your ticket by calling this number 2445887 (Hjh Asmara).

Tuesday, 14 October 2008

Cadangan Logo Gemilang Radio pt. 2

Satu hasil cipta cadangan logo Gemilang Radio......................

Thursday, 9 October 2008

Cadangan Logo Gemilang Radio


Satu cadangan Logo Gemilang Radio oleh Awang AdiPutera. Sebarang komen dan ulasan adalah dialu-alukan. Sila sampaikan kepada Setiausaha Gemilang Radio.

Sekian

Wednesday, 1 October 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



SELAMAT HARI RAYA, KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM DAN SELURUH DUNIA DENGAN UCAPAN SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.