Tuesday, 28 October 2008

Kunjongan Muhibah kepada Pegawai Daerah Tutong


Sabtu- 25 Oktober 2008. Ahli Jawatankuasa Tadbir Gemilang telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Pegawai Daerah Tutong di Pejabat Daerah. Beliau yang baru menjawat jawatan tersebut adalah Penaung Persatuan Gemilang Daerah Tutong . Sejak persatuan ini ditubuhkan empat tahun yang lalu, beliau adalah penaung GEMILANG yang ke tiga.

Antaralain tujuan kunjung tersebut diadakan adalah bagi bersuai-kenal dengan Penaung baru mengikut lantik Pegawai Daerah terkini. Beberapa perkara juga turut dikenal pasti bagi menjana perkembangan dan kemajuan di daerah ini dibincangkan dalam perjumpaan tersebut. Selain berkenal dengan AJK Tadbir, beliau juga mendengar taklimat ringkas latar belakang GEMILANG, pencapaian dan juga perancangan masa kini dan akan datang bagi setiap bahagian teras aktibiti GEMILANG.