Tuesday, 28 October 2008

REPEATER GEMILANG DIAKTIFKAN


Setelah lebih dua tahun projek membina repeater ini dimulakan, GEMILANG mencatit sejarah dengan lengkapnya segala peralatan yang diperlukan. Dengan kos yang seminima dan kesepakatan AJK Tadbir untuk mengeluarkan dana $3,000 untuk menampong pembelian sebuah'duplexer', 'COR'(9W2CDK) dan alat-alat lain, GEMILANG RADIO telah berjaya mengaktipkan sebuah repeater pada Hari Isnin 27 Oktober 2008, 5:30 petang.

Repeater ini menggunakan frekuensi 147.825mhz, offset (-)600khz seperti yang diperuntukkan oleh AiTi dan ditempatkan di Kampong Bukit Panggal Tutong . GEMILANG RADIO akan menguji liputan pemancaran repeater ini untuk beberapa minggu mendatang dan akan memindah kebeberapa buah kedudukan 'Base Station' ahli bagi menilai kedudukan yang baik. Untuk langkah permulaan, ahli-ahli dialu-alukan untuk sama-sama menilai keberkesanan pancaran dan liputan repeater ini dan memaklum-balas kepada Setiausaha GEMILANG RADIO hasil-hasil pemantauan tersebut.

Sebagaimana jua persetujuan AJK Tadbir keatas cadangan GEMILANG RADIO bagi membina repeater ini, satu keahlian 'Transmitting' akan diperkenalkan sedikt masa lagi. Ahli-ahli GEMILANG yang mempunyai lisen Radio Amatur dan ingin menjadi 'Transmitting Member' akan dikenakan yuran sebanyak $30 setahun dan menakala bukan ahli $50 setahun. Ianya bertujuan bagi menampung pemeliharan dan juga kos-kos yang berkaitan bagi membina repeater ini. Kadar ini akan diturunkan selepas 5 tahun pertama beroperasi tertakluk kepada keadaan sumber dana.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli dan rakan-rakan yang telah menyumbang khidmat tenaga dan buah fikiran serta peralatan demi menjayakan usaha ini. Tahniah GEMILANG...!!!!