Sunday, 30 November 2008

Snapshot Mesyuarat Agung Kali Ke 4

Mesyuarat agung Persatuan Gemilang Daerah Tutong kali ke 4 telah berlangsung pada pagi tadi Ahad 30hb November 2008 di Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong,Negara Brunei Darussalam.

Kata alu-aluan dari yang dipertua Persatuan Gemilang Daerah Tutong sebelum majlis dimulakan.

Seramai lebih 40 orang menghadiri mesyuarat kali ke 4 sesi 2008-2009 ini


Ketika mendengar laporan-laporan dari setiausaha Agung dan Ketua-ketua setiap Bahagian.


Salah satu wakil ketua bahagian GemilangFoto ketika menerangkan kegiatan selama setahun serta pencapaian yang dikecapi oleh mereka.


Gambar ketika majlis pencalunan,pengundian dan lantikan AJKT ke 4


Diatas Keberangkatan Pengiran,Kehadiran Awang/Dayang peramba/Koala/ diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

Thursday, 20 November 2008

ROMBONGAN GEMILANG RADIO KE SEANET 2008 KOTA KINABALU, SABAH

Seramai 12 orang ahli Gemilang Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan menghadiri Konvensyen SEANET 2008 di Kota Kinabalu, Sabah. Rombongan yang diketuai oleh V8MKJ (Abd Ahsuhnah) akan bertolak pada hari Sabtu 22hb Nobember 2008. Antaralain matlamat penyertaan tersebut ialah bagi memberi penghormatan kepada undangan Borneo Amateur Radio Club (BARC) sebagai Tuan Rumah Konvensyen itu. Konvensyen SEANET yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Nobember adalah merupakan satu peluang pertemuan 'eyeball' bagi para pengemar dan pengiat radio amatur di Asia Tenggara, secara individu.

Sempena dengan Konvensyen, Persatuan Gemilang Daerah Tutong
melalui Gemilang Radio akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama BARC dalam rangka kerjasama di bidang Radio Amatur pada 23hb Nobember 2008.
Adalah dihasratkan dengan adanya MOU ini, Gemilang Radio dan BARC ada dapat menikmati kemudahan-kemudahan kedua-dua pihak secara 'reciprocity' dan saling berkerjasama menghulurkan bantuan teknikal melalui keadah 'sharing and learning' kepakaran dan pengalaman kedua-dua pihak. Selain itu jua, MOU ini diharapkan menjadi satu 'platform' kerjasama dan setiakawan yang berterusan melalui pertukaran program demi mengeratkan persahabat antara kedua-dua persatuan khususnya dan hubongan kedua-dua negara yang berjiran ini amnya.





Wednesday, 19 November 2008

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio

Dimaklumkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki Perperiksaan Radio Amatur bulan Januari 2009 bahawa Gemilang Radio seperti biasanya akan mengendalikan kelas-kelas Radio Amatur. Pendaftaran bolihlah dibuat sebelum 30 Disember 2008 kepada Pengerusi Gemilang Radio YM Awg Kadir bin Mat Lajim (8654127-v8bie@yahoo.com) dan Setiausaha Gemilang Radio YM Hj Mohd Ayub Hj Suhaili (8772126-v8aqm@yahoo.com). Tertakluk kepada pendaftaran, kelas-kelas akan diadakan di satu tempat yang bersesuaian pada minggu pertama dan kedua bulan Januari sebelum tarikh perperiksaan pada 18 Januari 2009.

Untok makluman lanjut mengenai borang masuk dan yuran serta tarikh kelas diadakan, sila hubongi Pengerusi atau Setiausaha Gemilang Radio.

Sekian Harap Maklum

Sunday, 2 November 2008

AMATEUR RADIO EXAMINATION, JANUARY 2009

The Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI), a statutory body which license, regulate and develop Brunei Darussalam’s info-communications technology (ICT) industry and manage the national frequency spectrum, hereby invites interested individuals to the Amateur Radio Examination in January 2009.

AITI would like to inform that:

* Interested individuals may submit their application and make payment of the examination fees of B$10.00 in cash (non-refundable) from 2nd November 2008 until 3rd December 2008 during counter opening hours. (*Terms and conditions apply)

Monday – Thursday: 0800 – 1145 hrs 1330 – 1545 hrs
Friday: 0800 – 1130 hrs 1445 – 1545 hrs

* The examination will be in English Language format.
  • Candidates who pass the examination will:-
  • Immediately receive a Standard Amateur Radio Licence. Advanced Amateur Radio Licence can be applied for six (6) months after holding the Standard Amateur Radio Licence. (Terms and conditions apply)
  • *Immediately be upgraded to Advanced Amateur Radio Licence. This applies to candidates who already have a Standard Amateur Radio Licence. (Terms and conditions apply)
  • Any queries on the above information, please contact us at the address below:-
Address:
Customer Services Unit
Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI)
Block B14, Simpang 32-5,
Kg Anggerek Desa, Jalan Berakas,
Bandar Seri Begawan BB3713,
Brunei Darussalam

Tel: +673 2323 232
Fax: +673 2381 273
Email: info@aiti.gov.bn

Saturday, 1 November 2008

Bengkel Radio Amatur bertajuk: Working on HF Bands

Dengan hormatnya dimaklumkan GEMILANG RADIO akan mengadakan satu bengkel yang tersebut diatas pada;-

HARI JUMAAT: 7HB NOBEMBER 2008
BERTEMPAT: DI KEDIAMAN V8AQM, KG BUKIT PANGGAL
JAM: 7:30-9:30 MALAM

Sehubongan dengan ini sukacita memjemput semua calon-calon yang telah lulus perperiksaan Radio Amatur yang baru lalu untuk hadir dalam sama-sama mendalami kemahiran dalam menggunakan frekuensi radio amatur. Bengkel tersebut akan mengenegahkan taklimat prosedur, kaedah dan etika dalam menggunakan band HF dan juga VHF (Duplex dan Simplex); Teori dan Pratikal.

Bengkel juga dibuka kepada pegemar-pengemar radio amatur yang lain yang berminat untuk membuat pemancaran di HF band.

Sila maklum kehadiran biskita untok menampah tempat duduk yang terhad kepada Setiausaha GEMILANG RADIO sebelum Khamis 6hb Nobember 2008. Sila bawa bersama komputer riba bagi mengendalikan LOGGING secara electronik.

Sekian,
Setiausaha GEMILANG RADIO

MESYUARAT AGONG PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung Pengiran berangkat, mempersilakan Awang/Dayang hadir ke Mesyuarat tersebut diatas pada:

Tarikh: 01 Zulhijjah 1429H bersamaan 30 November, 2008M

Hari: Ahad

Jam: 8.15 Pagi

Tempat: Dewan Utama,

Kompleks Dewan Kemasyarakatan,

Daerah Tutong,

Negara Brunei Darussalam.

Aturcara:

8:15 Pagi - Kehadiran Ahli-Ahli Yang Dijemput

8:30 Pagi - Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat

- Ucapan Alu-aluan Yang Di-Pertua

- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3

- Laporan-laporan Setiausaha Agung dan Ketua-Ketua Bahagian

- Membentangkan Usul-Usul

- Pembubaran AJKT dan AJK ke-4 (2007-2008)

- Pencalonan , Pengundian dan Lantikan AJKT ke-4

- Ucapan Tangguhan Yang Di-Pertua Baru

Diatas kehadiran Pengiran berangkat, Awang/Dayang hadir ke Mesyuarat tersebut terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.


Dengan hormatnya,

Setiausaha Agong GEMILANG