Thursday, 20 November 2008

ROMBONGAN GEMILANG RADIO KE SEANET 2008 KOTA KINABALU, SABAH

Seramai 12 orang ahli Gemilang Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan menghadiri Konvensyen SEANET 2008 di Kota Kinabalu, Sabah. Rombongan yang diketuai oleh V8MKJ (Abd Ahsuhnah) akan bertolak pada hari Sabtu 22hb Nobember 2008. Antaralain matlamat penyertaan tersebut ialah bagi memberi penghormatan kepada undangan Borneo Amateur Radio Club (BARC) sebagai Tuan Rumah Konvensyen itu. Konvensyen SEANET yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Nobember adalah merupakan satu peluang pertemuan 'eyeball' bagi para pengemar dan pengiat radio amatur di Asia Tenggara, secara individu.

Sempena dengan Konvensyen, Persatuan Gemilang Daerah Tutong
melalui Gemilang Radio akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama BARC dalam rangka kerjasama di bidang Radio Amatur pada 23hb Nobember 2008.
Adalah dihasratkan dengan adanya MOU ini, Gemilang Radio dan BARC ada dapat menikmati kemudahan-kemudahan kedua-dua pihak secara 'reciprocity' dan saling berkerjasama menghulurkan bantuan teknikal melalui keadah 'sharing and learning' kepakaran dan pengalaman kedua-dua pihak. Selain itu jua, MOU ini diharapkan menjadi satu 'platform' kerjasama dan setiakawan yang berterusan melalui pertukaran program demi mengeratkan persahabat antara kedua-dua persatuan khususnya dan hubongan kedua-dua negara yang berjiran ini amnya.