Wednesday, 31 December 2008

ROMBONGAN GEMILANG RADIO KE LABUAN

Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Radio akan menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MOU) di bidang Radio Amatur dengan Kelab Radio Amatur Borneo (BARC), Sabah. Majlis tersebut akan diadakan di Wilayah Pesekutuan Labuan pada;

10hb Januari 2009 (Hari Sabtu)

Jam: 7.30 malam


Sehubongan dengan ini, kepada ahli Gemilang yang ingin turut serta ke rombongan tersebut supaya dapat mendaftarkan diri kepada Pengerusi (V8MKJ)dan Setiausaha GemilangRadio (SWL Amali Hamdan) tidak lewat 6hb Januari 2009(Selasa). Majlis tersebut akan diselajurkan dengan Mesyuarat bagi membincangkan Aktibiti dan Kerjasama diantara kedua-dua Kelab dan Majlis Makan Malam.

Sekian dimaklumkan

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio

Untuk makluman kepada semua calon perperiksaan Radio Amatur yang akan menduduki perperiksan pada 18hb Januari 2009, Gemilang Radio akan memulakan kelas Radio Amaturnya pada:

Hari: Isnin 5hb Januari 2009

Jam : 7.30-9.30 malam

Bertempat: Di No. 5 Spg. 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong.

Kepada semua calon yang telah mendaftar untok mengikuti kelas-kelas tersebut diharap akan ambil maklum.

Sekian

Monday, 29 December 2008

Disebalik tabir pengambaran -GemilangFoto

Antara aksi teman-teman GemilangFoto di set pengambaran di Bangunan baru RTB Jalan Sungai Akar. Pengambaran adalah persediaan untuk banner penganugerahan bintang RTB yang akan datang.

Hazimah AH 'in action'

Abd.Hafiz dengan kreativitinya....

Nana ketika memberi tunjuk ajar dengan kehebatan posingnya.

Zamain dan Amali antara yang turut hadir di set pengambaran.


Terima kasih RTB kerana memberi kepercayaan kepada GemilangFoto untuk pengambaran tersebut.

Tuesday, 2 December 2008

Perjumpaan Rombongan Gemilang Ke SEANET bersama BARC

Kota Kinabalu, Sabah, 23 Nobember 2008-
Rombangan Gemilang Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah membuat perjumpaan dengan Board of Directors, Borneo Amateur Radio Club (BARC) semasa menghadiri SEANET baru-baru ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai dengan hasrat untok menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua persatuan dibidang Radio Amatur. Gemilang yang diketuai oleh Yang DiPertuanya Pg Abbas bin Pg Othman manakala BARC di ketuai oleh Presiden BARC James Gatidis telah bersepakat dan bersetuju untuk memeterai persefahaman tersebut pada satu tarikh yang akan di tetapkan. Cadangan awal penandatanganan tersebut akan dibuat di Wilayah Persekutuan Labuan pada 10hb Januari 2009 dan tertakluk kepada ketetapan kedua-dua belah pihak.

Adalah dihasratkan dengan adanya MOU ini, Gemilang Radio dan BARC ada dapat menikmati kemudahan-kemudahan kedua-dua pihak secara 'reciprocity' dan saling berkerjasama menghulurkan bantuan teknikal melalui keadah 'sharing and learning' kepakaran dan pengalaman kedua-dua pihak. Selain itu jua, MOU ini diharapkan menjadi satu 'platform' kerjasama dan setiakawan yang berterusan melalui pertukaran program demi mengeratkan persahabat antara kedua-dua persatuan khususnya dan hubongan kedua-dua negara yang berjiran ini amnya. Cadanagan MOU ini telah pun mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti yang terkandung dalam surat daripada Pendaftar Pertubuhan, Negara Brunei Darussalam bertarikh 20 Nobember 2008 (Ruj BPD 25/1160)

Wajah-wajah ceria bertemu rakan-rakan HAM di Gala Dinner SEANET............
V8MKJ & 9W6DIN----------------------->

Elmer dari JA land.................................9M6FAN turut menunjukkan kepakaran pijit beliau---------------------->




V8MVD & V8MUU di kagumi.....











V8MMY,V8MON & V8MKJ bersama 'Mr Nice Guy'