Tuesday, 2 December 2008

Perjumpaan Rombongan Gemilang Ke SEANET bersama BARC

Kota Kinabalu, Sabah, 23 Nobember 2008-
Rombangan Gemilang Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah membuat perjumpaan dengan Board of Directors, Borneo Amateur Radio Club (BARC) semasa menghadiri SEANET baru-baru ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai dengan hasrat untok menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua persatuan dibidang Radio Amatur. Gemilang yang diketuai oleh Yang DiPertuanya Pg Abbas bin Pg Othman manakala BARC di ketuai oleh Presiden BARC James Gatidis telah bersepakat dan bersetuju untuk memeterai persefahaman tersebut pada satu tarikh yang akan di tetapkan. Cadangan awal penandatanganan tersebut akan dibuat di Wilayah Persekutuan Labuan pada 10hb Januari 2009 dan tertakluk kepada ketetapan kedua-dua belah pihak.

Adalah dihasratkan dengan adanya MOU ini, Gemilang Radio dan BARC ada dapat menikmati kemudahan-kemudahan kedua-dua pihak secara 'reciprocity' dan saling berkerjasama menghulurkan bantuan teknikal melalui keadah 'sharing and learning' kepakaran dan pengalaman kedua-dua pihak. Selain itu jua, MOU ini diharapkan menjadi satu 'platform' kerjasama dan setiakawan yang berterusan melalui pertukaran program demi mengeratkan persahabat antara kedua-dua persatuan khususnya dan hubongan kedua-dua negara yang berjiran ini amnya. Cadanagan MOU ini telah pun mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti yang terkandung dalam surat daripada Pendaftar Pertubuhan, Negara Brunei Darussalam bertarikh 20 Nobember 2008 (Ruj BPD 25/1160)

Wajah-wajah ceria bertemu rakan-rakan HAM di Gala Dinner SEANET............
V8MKJ & 9W6DIN----------------------->

Elmer dari JA land.................................9M6FAN turut menunjukkan kepakaran pijit beliau---------------------->




V8MVD & V8MUU di kagumi.....











V8MMY,V8MON & V8MKJ bersama 'Mr Nice Guy'