Tuesday, 27 January 2009

Mesyuarat #1 GemilangFoto & Infomedia 2009 berjalan lancar.

Mesyuarat pertama Gemilangfoto dan info media 2009 berjalan lancar dengan melantik tiga orang ahlinya untuk melengkapkan AJK gemilangfoto dan Info media. Tahniah diucapkan.

Ahli-ahli membincangkan perkara yang perlu dikemas kinikan dan merangka perancangan 2009 yang baru untuk membawa ahli-ahli muda lebih berminat dalam fotografi.

Salah satu perancangan yang dirangka ialah mengikuti perkembangan fotografer muda dengan mengadakan foto klinik akan gambar yang telah diambil oleh mereka selepas menerima asas pendidikan awal fotografi. Ianya akan diungkayahkan sedikit masa lagi pada tarikh yang akan ditentukan dibulan Februari yang akan datang.


Terima kasih kepada ahli-ahli gemilangfoto dan Infomedia kerana hadir dimesyuarat ini semoga sama-sama kita mengunkayahkan dan menjayakan misi yang dirancang untuk sepanjang tahun 2009 ini.

Sunday, 25 January 2009

Mesyuarat pertama GemilangFoto 2009

Dengan segala hormatnya mempersilakan semua ahli jawatan kuasa tadbir dan jawatankuasa kerja bahagian-bahagian agar dapat hadir bagi perkara diatas pada:

Pada:26hb Januari 2009 (Isnin )
Jam: 7:30 malam
Tempat: Kediaman V8NCC (Musa)
NO:11 spg 158
Kg Sabun, Muara.
Bandar Seri Begawan


Kepada yang telah menerima pesanan ringkas dari V8AII sila ambil maklum
SEKIAN TERIMA KASIH

MESYUARAT PERTAMA GEMILANG RADIO - 2009

Dengan hormatnya dijemput semua ahli jawatankuasa tadbir dan jawatankuasa kerja bahagian-bahagian dan ahli-ahli GEMILANG adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat Gemilang Radio pada:

Pada: 27hb Januari 2009 (Hari Selasa)

Jam: 7.30 malam

Tempat: Di kediaman V8MKJ, Jln Kecil Bangunggos,Kg Tanjong Maya, Tutong.

Agenda: Pencalonan dan Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Bahagian


Sekian disampaikan dan harap maklum

Saturday, 24 January 2009

PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG THROUGH ITS GEMILANG AMATEUR RADIO STATION(G.A.R.S) SIGNED AN MOU WITH BORNEO AMATEUR RADIO CLUB (BARC), SABAH

Labuan, January 10 : Persatuan Gemilang Daerah Tutong (Gemilang) through Gemilang Radio and BARC on Saturday signed a Memorandum of Understanding (MoU) in the field of Amateurs Radio to further strengthen cooperation between the two associations.



The MoU is quite comprehensive and provides developing, promoting and enhancing Amateur Radio activities for encouraging cooperation towards knowledge sharing and also to compliment each other’s activities in areas of common interest and ultimately achieve their own organizational goals.The cooperation envisaged in the MoU is expected to be mutually beneficial for the two associations and also lead to render support and technical assistance in their areas of expertise to each other, through knowledge and experience sharing on a best endeavor basis.

Among other things, the MoU provides an avenue to organize activities of a social nature such as exchange visits, or sports meets with the aim to foster close friendship and ties between members of the associations.

Barely five years in existence, Gemilang has been able to produce new Ham Operators by running Amateur Radio classes in support of AiTi. Late last year. Gemilang has successfully installed its very own Amateur Radio Repeater. Apart from promoting amateur radio as a hobi amongst its member, Gemilang Radio is also active in giving support to schools and youth activities, such as rendering communication support to Primary School Cross Country event and giving awareness talk to the youth during the Motivational Camp. Gemilang Radio had pioneered the Amateur Radio Sport or the Amateur Radio Direction Finding in Brunei where the first of its kind was held in conjunction with His Majesty 59th Birthday celebration on August 7 at the Sungai Basong Recreational Park in Tutong.

In the other aspect, Gemilang is also enthusiastic in carrying out activities such as Photography, Four Wheel Drive and Paramotor. As multi-activities association,Gemilang has been able to maintain its existence in the country despite various other associations in the same discipline.

Friday, 23 January 2009

MESYUARAT KEBUDAYAAN DAN SUKAN GEMILANG

Dengan segala hormatnya mempersilakan awang/dayang hadir bagi perkara diatas pada:

Pada:23hb Januari 2009 (Jumaat malam Sabtu)
Jam: 7:30 malam
Tempat:
Kediaman Zainal dan Yati
27174 spg 120
Jalan Bedil, Lambak.
Bandar Seri Begawan

Kepada yang telah menerima pesanan ringkas dari V8MUU sila ambil maklum
SEKIAN TERIMA KASIH

Saturday, 17 January 2009

Taklimat asas fotografi menarik minat remaja-GemilangFoto

Pengendalian pendidikan asas fotografi yang dianjurkan oleh Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui GemilangFoto berjaya menarik minat seramai 30 puluh orang fotografer muda.

Pendidikan asas fotografi hari itu disampaikan oleh fotografer senior GemilangFoto iaitu Adi Putera bin Haji Abdul Hamid. Beliau telah berkecimpung didunia fotografi semenjak dibangku sekolah lagi. Banyak hasil karya beliau mendapat tempat dipertandingan dalam maupun luar negara.

Gambar para perserta sedang mengikuti pelajaran yang di sampaikan.


Hamid HAR timbalan pengerusi GemilangFoto dan Asunah ahli jawatan kuasa yang hadir memberi galakkan kepada mereka yang hadir.

Mencatit ilmu baru yang bolih membantu pengambilan gambar yang baik dan bermutu.
Dr. Haji Amzah orang penting GemilangFoto and senior dalam fotografi juga turut hadir.

Diantara perserta yang mengikuti pembelajaran hari itu merasa seronok dan ingin mengikutinya lagi.

Sesi info sharing gambar2 hasil karya dari Adi Putera, cara pengambilan, lens yang dipakai, aspek teknikal dan sesi soal jawap dari perserta.

Memberi peluang menunjuk cara pengambilan, teknik mengambil gambar dengan betul dan berkomunikasi dengan individu yang digambar.

Hamid HAR memberi cendera mata kepada Adi Putera selepas sesi tamat.




Sorakan gembira para perserta ketika bergambar ramai sebelum bersurai. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan oleh forografer muda itu nanti. Titik kekuatan fotografi adalah dari asasnya yang betul diadukkan dengan kreativiti fotogarafer itu sendiri untuk mendapat hasil gambar yang baik dan bermutu.

*Note: Terima kasih ahli jawatan kuasa Gemilangfoto yang hadir,yang menyumbang tenaga dan menyumbang peralatan demi menjayakan acara hari tersebut.

40 remaja pelajari teknik asas fotografi


Peserta bersorak gembira selepas menamatkan taklimat asas fotografi.
Oleh Kasha
TUTONG, Jumaat - Persatuan Gemilang melalui Gemilangfoto pagi ini menghimpunkan 40 remaja bagi menghadiri taklimat asas fotografi di Dewan Seri Kenangan Dewan Kemasyarakatan di sini.

Taklimat difokuskan kepada pengetahuan asas fotografi yang benar-benar penting dan praktikal seperti aperture, speed dan ISO/ASA yang terdapat dalam sesebuah kamera.

Ia juga untuk mendapatkan intensiti cahaya yang tepat bagi menghasilkan gambar berkualiti seperti yang dikehendaki.

Taklimat disampaikan oleh Adi Putera Haji Abd Hamid dan Musa Manggai, kedua-duanya anggota jawatankuasa Gemilangfoto.

Courtesy Media Permata

Monday, 12 January 2009

Pemberitahuan:Taklimat asas fotografi

Untuk makluman kepada semua peminat fotografi tanah ayer Persatuan Gemilang Daerah Tutong iaitu GemilangFoto akan mengadakan taklimat asas Fotografi pada:

Hari: Jumaat 16hb Januari 2009
Jam : 7.30-11.00 pagi
Bertempat: Di DEWAN SERI KENANGAN, TUTONG.
Bayaran: $5.00 seorang (sarapan pagi disediakan)

Agenda:

1. Taklimat: Akan disampaikan oleh senior fotografer Gemilang
2. Mini outing

Kepada yang ingin mengikuti taklimat asas fotografi ini adalah dikehendaki mendaftar terlebih dahulu kepada Hamid HAR 8782981 atau Joseph Wong (Rose photo studio Tutong) . GemilangFoto amat mengalu-alukan akan kedatangan biskita beramai ramai. Semoga kita beroleh menafaat yang berguna pada hari tersebut nanti. Sekian

Wednesday, 7 January 2009

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio

Seramai 16 calon perperiksaan Radio Amatur kelolan AiTi telah dan sedang mengikuti kelas Radio Amatur Gemilang. Kelas tersebut telah bermula pada 5 Januari 2009 7:30 malam yang bertempat di kediaman V8AQM.














Usaha itu tangga kejayaan........





















Kelas seterusnya akan diadakan pada 13 dan 14 hb Januari 2009 ditempat yang sama bermula jam 7:00 malam.