Saturday, 17 January 2009

40 remaja pelajari teknik asas fotografi


Peserta bersorak gembira selepas menamatkan taklimat asas fotografi.
Oleh Kasha
TUTONG, Jumaat - Persatuan Gemilang melalui Gemilangfoto pagi ini menghimpunkan 40 remaja bagi menghadiri taklimat asas fotografi di Dewan Seri Kenangan Dewan Kemasyarakatan di sini.

Taklimat difokuskan kepada pengetahuan asas fotografi yang benar-benar penting dan praktikal seperti aperture, speed dan ISO/ASA yang terdapat dalam sesebuah kamera.

Ia juga untuk mendapatkan intensiti cahaya yang tepat bagi menghasilkan gambar berkualiti seperti yang dikehendaki.

Taklimat disampaikan oleh Adi Putera Haji Abd Hamid dan Musa Manggai, kedua-duanya anggota jawatankuasa Gemilangfoto.

Courtesy Media Permata