Tuesday, 27 January 2009

Mesyuarat #1 GemilangFoto & Infomedia 2009 berjalan lancar.

Mesyuarat pertama Gemilangfoto dan info media 2009 berjalan lancar dengan melantik tiga orang ahlinya untuk melengkapkan AJK gemilangfoto dan Info media. Tahniah diucapkan.

Ahli-ahli membincangkan perkara yang perlu dikemas kinikan dan merangka perancangan 2009 yang baru untuk membawa ahli-ahli muda lebih berminat dalam fotografi.

Salah satu perancangan yang dirangka ialah mengikuti perkembangan fotografer muda dengan mengadakan foto klinik akan gambar yang telah diambil oleh mereka selepas menerima asas pendidikan awal fotografi. Ianya akan diungkayahkan sedikit masa lagi pada tarikh yang akan ditentukan dibulan Februari yang akan datang.


Terima kasih kepada ahli-ahli gemilangfoto dan Infomedia kerana hadir dimesyuarat ini semoga sama-sama kita mengunkayahkan dan menjayakan misi yang dirancang untuk sepanjang tahun 2009 ini.