Saturday, 17 January 2009

Taklimat asas fotografi menarik minat remaja-GemilangFoto

Pengendalian pendidikan asas fotografi yang dianjurkan oleh Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui GemilangFoto berjaya menarik minat seramai 30 puluh orang fotografer muda.

Pendidikan asas fotografi hari itu disampaikan oleh fotografer senior GemilangFoto iaitu Adi Putera bin Haji Abdul Hamid. Beliau telah berkecimpung didunia fotografi semenjak dibangku sekolah lagi. Banyak hasil karya beliau mendapat tempat dipertandingan dalam maupun luar negara.

Gambar para perserta sedang mengikuti pelajaran yang di sampaikan.


Hamid HAR timbalan pengerusi GemilangFoto dan Asunah ahli jawatan kuasa yang hadir memberi galakkan kepada mereka yang hadir.

Mencatit ilmu baru yang bolih membantu pengambilan gambar yang baik dan bermutu.
Dr. Haji Amzah orang penting GemilangFoto and senior dalam fotografi juga turut hadir.

Diantara perserta yang mengikuti pembelajaran hari itu merasa seronok dan ingin mengikutinya lagi.

Sesi info sharing gambar2 hasil karya dari Adi Putera, cara pengambilan, lens yang dipakai, aspek teknikal dan sesi soal jawap dari perserta.

Memberi peluang menunjuk cara pengambilan, teknik mengambil gambar dengan betul dan berkomunikasi dengan individu yang digambar.

Hamid HAR memberi cendera mata kepada Adi Putera selepas sesi tamat.




Sorakan gembira para perserta ketika bergambar ramai sebelum bersurai. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan oleh forografer muda itu nanti. Titik kekuatan fotografi adalah dari asasnya yang betul diadukkan dengan kreativiti fotogarafer itu sendiri untuk mendapat hasil gambar yang baik dan bermutu.

*Note: Terima kasih ahli jawatan kuasa Gemilangfoto yang hadir,yang menyumbang tenaga dan menyumbang peralatan demi menjayakan acara hari tersebut.