Thursday, 26 February 2009

GEMILANG TEAM VS NATIONAL VETERAN

PASTI HEBAT

Sekali Lagi Dengan Segala Hormatnya, Diminta Semua Ahli Gemilang Dapat Hadir Untok Memberi Sokongan Hebat Kepada Pasukan Bolasepak Persatuan-Gemilang Yang Akan Mengadakan Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan Bolasepak National Veteran. Bawa Kesemua Ahli Keluarga Anda.........Tiket Adalah Percuma
Go...Go Gemilang

Tempat: Complek Sukan Tutong
Pada: 1hb March 2009.
Hari: Ahad (ptg)
Masa: 1600hrs

" Never Bend Your Head, Always Hold It High. Look The World Straight In The Face"

Wednesday, 25 February 2009

Mesyuarat #2 AJKT GEMILANG



Mesyuarat kali kedua AJKT Persatuan Gemilang Daerah Tutong ini adalah bertujuan membentangkan laporan kewangan 2007-2008, mengemaskini laporan dan usul-usul pindaan perlembagaan, mengemas kinikan borang kemasukan ahli baru Gemilang dan laporan dari pengerusi dari setiap bahagian perjalanan aktiviti suku tahun pertama 2009.

Mesyuarat kali ini bertempat dikediaman Setiausaha Agung Gemilang dan acara bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang dipertua GEMILANG Awg Hj Mohd Ayub. Gambar 2 kanan: Timbalan dipertua Lef.Kol Awg Sallehin sedang menyemak laporan yang dibaca oleh setiausaha Agung GEMILANG.

Pengerusi Radio Gemilang Abd Ahsunah DLR hj Md Jair bersama dengan Pengerusi berserta setiausaha bahagian Seni, Kebudayaan dan Sukan.

Setiausaha Agung Gemilang Siti Hasibah Yasmoon ketika sedang membaca laporan dan sebelah kanan Pengerusi Gemilang 4x4 dan Pengerusi Ekonomi Gemilang.

Sedang menyemak laporan mengenai kewangan Gemilang oleh Awg Zamain Sia sebelum dibentangkan kepada AJKT untuk disemak bersama dan disahkan laporan kewangan 2007-2008 tersebut.


Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kehadiran Jawatankuasa tadbir (Eksekutif), Pengerusi Bahagian dan Setiausaha bahagian diatas kerjasama untuk memenuhi misi GEMILANG kita.

Thursday, 19 February 2009

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 4

Cuaca baik pada malam dan pagi tersebut seolah-olah memahami kerisauan ahli rombongan yang masih berada di rumah panjang walaupun diminta perpindah keluar ke dewan pusat operasi di Kampong Labi. Kira jam 10:30 pagi pada hari Sabtu 7hb Februari 2009, Ketua Kampong Labi 1 bersama seorang Pegawai Bomba dan Penyelamat datang membawa set telepon satellite.
Malangnya telepon tersebut tidak dapat digunakan sertamerta kerana terkunci (blocked). Dalam keadaan kecemasan, rombongan terpaksa menghubongi pihak NDMC dan AiTi dengan keluar ke jalan menuju ke kampong Labi dimana pancaran telepon bimbit di terima. Setelah membuat beberapa panggilan memaklumkan bahawa set telepon satellite yang dihantar tidak dapat digunakan, pihak AiTi berusaha bertungkus lumus mendapatkan semula kata laluan untuk membuka set telepon tersebut daripada Syarikat pembekal SingTel di Singapura. Hanya kira-kira jam 12:30 tengah hari ianya dapat di pergunakan. Semasa menanti-nanti Tek Pesanan Ringkas kata Laluan set telepon Satellite dari pada AiTi, stesen radio rumah panjang menerima panggilan daripada satu Stesen Radio Amatur dengan panggilan isyarat V8MFW. Panggilan diterima dan satu berita disampaikan bahawa Anak Menantu Ketua Rumah Panjang telah di tahan diRumah Sakit Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Berita ini didengar sendiri oleh Ketua Rumah Panjang melalui radio dan memaklumkan yang beliau akan turun esok pagi untok melawat dan meminta anak beliau menunggu di Sungai Mau. Pesanan ini disampaikan melalui radio kepada V8MFW yang berada di ‘Homebase Station’ beliau di Sungai Bakong ,Lumut bersama anak Ketua Rumah Panjang tersebut. QSO dan QSP ini telah membuktikan bahawa radio amatur adalah komunikasi unggul apabila komunikasi lainya gagal dan terputus. Panggilan pertama dengan menggunakan telepon satellite telah dibuat ke AiTi bagi memaklumkan bahawa telepon tersebut telah berfungsi dan rombongan Gemilang Radio akan menutup stesen di Rumah Panjang kerana kumunikasi telah dipulihkan dengan adanya telepon satellite tersebut.

Pada jam 1:00 petang rombongan bersiap untok meninggalkan rumah panjang. Setelah menikmati makan tengah hari, antenna pun diturunkan dengan bantuan dua orang penghuni rumah panjang yang mana seorang daripadanya adalah anak yatim berumur 10 tahun. Walaupun kecil, kegairahannya ketara sekali menemani rombongan disepanjang rombongan berada dirumah panjang sehingga tidur pun bersama rombongan disetiap malam. Setelah semuanya peralatan dikemaskan, rombongan pun menghubongi Pusat Operasi di Dewan Kampong Labi bagi mengambil rombongan dan menghantar ke Sungai Petai. Sebelum meninggalkan Rumah Panjang, rombongan sempat menandatangani buku pelawat Ketua Rumah Panjang dan bergambar ramai.


Gambar tersebut akan tetap menjanjikan bermacam kenangan dan pengelaman yang berharga semasa rombongan menjalankan misi bantuan komunikasi melalui radio amatur.

"Amateur Radio is the safest communication when everything else failed".

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 3

Jumaat 6hb Februari 2009 jam 7:15 pagi, rombongan bersedia untok meneruskan tugasan menggantikan antenna VHF tetapi Ketua Rumah Panjang memohon bantuan rombongan untok membersihkan pokok-pokok kayu yang tumbang disebabkan tanah susur disepanjang jalan keluar ke Kampong Labi. Rombongan terus bergerak bersama beberapa orang penghuni rumah panjang menuju ke tempat yang terjejas. Selesai membersihkan tempat tersebut, rombongan terus menghala perjalanan ke Kampong Labi. Namun tidak seperti yang disangkakan, beberapa pohon kayu lagi tumbang menutup laluan jalan sejauh lebih 100 meter. Bantuan kami teruskan walaupun tugas utama mendirikan antenna terpaksa ditunda.
Semasa berada di kawasan tersebut, pemancaran telepon bimbit dapat diterima dan ahli rombongan mengambil kesempatan untok membuat panggilan kepada keluarga dan rakan-rakan di pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Panggilan telepon juga diterima daripada AiTi meminta Gemilang menghantar wakil ke mesyuarat bersama AiTi pada jam 3:00 petang. Perkara ini segera disampaikan kepada Naib Yang Dipertua Gemilang bagi tindak lanjut beliau. Rombongan jua dimaklumkan oleh pihak AiTi bahawa satu set Telepon Satellite akan dihantar ke rumah panjang bagi kegunaan penghuni meminta bantuan kecemasan.
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah keadaan pokok tumbang, habis saja membersihkan laluan itu, ada lagi sebatang pokok yang besar tumbang dan tidak akan mungkin dapat dibersih dengan menggunakan tenaga manusia. Pasukan Bomba dan Penyelamat berserta beberapa penduduk disekitar kawasan tersebut telah berada dan sedang berusaha membersihkan apa-apa saja yang dapat diungkayahkan. Dengan bantuan jentolak kepunyaan sebuah kontraktor dikawasan itu, lintangan batang kayu tersebut dapat di ketepikan, namun kabel bekalan letrik belumlah dapat dibaik pulih. Ini bererti bekalan lektrik tidak akan dapat diterima di rumah panjang buat beberapa hari mendatang.

Semasa berada di kawasan tersebut, seorang daripada ahli rombongan telah menerima maklumat bahawa rumah kediaman beliau mungkin akan dinaiki air bah. Beliau dengan rasa berat hati mengambil keputusan untok keluar balik selesai saja menaikikan antenna. Kebetulan pada hari Jumaat, beberapa lagi anak-anak penghuni rumah panjang balik menjengnguk ibubapa mereka dan membantu rombongan menurunkan antenna Yagi VHF dan menaikan antenna Omni . Kira-kira jam 3:15 petang kerja menaikkan antenna selesai dan stesen Rumah Panjang dapat behubongan langsung dengan pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Maklumat-maklumat terkini keadaan di rumah panjang telah dapat disalurkan langsung tanpa menggunakan ‘relay station’. Disebalik kejayaan ini, seorang dari ahli rombongan terpaksa meninggalkan rumah panjang pada petang tersebut untok menangani masalah banjir yang akan menjejas rumah beliau. Pada jam 5:30 petang, sebahagian ahli rombongan keluar bersama Ketua Rumah panjang untok melawat pusat operasi NDMC di dewan serbaguna Kampong Labi dan mengujicuba jarak pancaran stesen rumah panjang.
Dalam pejalanan ke dewan, rombongan telah ditahan oleh kederaan Polis Hutan yang ingin berjumpa Ketua Rumah Panjang. Satu berita yang kurang baik diterima yangmana pihak berkenaan meminta semua penghuni rumah panjang Bukit Teraja berpindah ke dewan memandangkan kemungkinan gejala tanah susur akan memutuskan beberapa meter laluan jalan ke rumah panjang. Sebelum perkara ini berlaku yang mana akan menyulit penghantaran bantuan, keputusan diambil untok memindahkan penghuni rumah panjang tersebut. Perkara ini tidak di dapat diterima oleh Ketua Rumah Panjang dan rombongan mengusulkan untok berjumpa pegawai yang bertugas di pusat operasi Kampong Labi. Setiba didewan, perbincangan bersama penghulu dan pegawai-pegawai yang bertugas tidak dapat meyakinkan ketua rumah panjang untok berpindah.
Memandangkan perselisihan ini, situasi rombongan menjadi serba salah, samaada berpindah ke dewan atau kekal tinggal dirumah panjang. Pilihan yang bijak mesti diambil demi keselamatan bersama. Setelah berbincang dengan penghulu dan pegawai-pegawai pusat operasi NDMC di Kuala Belait dan pihak AiTi , keputusan diambil supaya rombongan meninggalkan rumah panjang apabila set telepon satellite dapat menggantikan stesen radio amatur yang didirikan. Perundingan bersama NDMC Kuala Belait dan AiTi, akan mengusahakan sesegeranya pada esok pagi untok menghantar telepon satellite ke rumah panjang.

Tanpa bekalan lektrik dirumah panjang, komunikasi bersama pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya tetap berjalan seperti biasa sehinggalah bekalan letrik di Mukim Tanjong Maya di putuskan pada malam itu kerana paras air telah menenggelamkan sub-stesen letrik dikawasan tersebut. Walaubagaimana pun, stesen di pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya segera dipulihkan dengan mengguna tenaga bateri. ‘Back up’ generator yang ada dipusat tersebut tidak dapat digunakan memandangkan ketiadaan kabel yang mana telah terbawa oleh rombongan yang pada mulanya merancang membawa kedua-dua generator tersebut tetapi hanya membawa satu sahaja memandangkan terdapatnya bekalan leterik di rumah panjang.

Sebelum menikmati makan malam, rombongan sempat jua membuat kerja menyambung beberapa lampu dengan bekalan letrik melalui generator kepunyaan Ketua Rumah panjang. Pendawaian generator ini telah di buka apabila bekalan letrik kerajaan dibekalkan. Walaupun tidak berada kampong halaman, ahli rombongan juga dapat menerima maklumat keadaan banjir di sana melalui perhubongan radio. Naib Yang Dipertua Gemilang juga sempat membuat uji cuba ‘mobile station’ beliau ditengah malam itu daripada lokasi Bukit Ambok dan pancaran beliau dapat diterima dengan jelas di stesen rumah panjang. Ujian ini dibuat semata-mata untok menyediakan pilihan alternatif bagi memindahkan pusat penerimaan pancaran dari Kampong Tanjong Maya kelokasi yang lebih baik jika sekirannya keadaan paras air memutuskan pehubongan jalan menuju ke pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya.

Semasa dua ahli rombongan berehat tidur, dua ahli rombongan yang lainnya membuat ‘post mortem’ akan kekurangan keperluan misi rombongan ini. Dari perkara logistik sehinggalah peralatan peribadi seperti ‘sleeping bag’ turut dimuatkan kedalam senarai baru keperluan misi akan datang. Kedua-dua ahli rombongan terlena dibuai mimpi dan yang dua ahli selebihnya menyusul berehat jam 2:30 pagi.

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 2

Dalam keadaan hujan yang turun dengan lebatnya rombongan berlepas pada jam 11:00 pagi dari Pangkalan Sungai Mau menaiki bot tentera mengharungi sungai dan jua laluan hutan ke Sungai Petai. Luagan Lalak yang menyediakan keindahan pada hari biasa kini telah ditenggelami oleh air bah. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu memberikan satu pengelaman kepada ahli bawa kepakaran pemandu bot tentera membuktikan bawa kemahiran beliau memang tidak dapat dinafikan.

Setiba di Sungai Petai, rombongan terpaksa menunggu Penghulu Mukim Labi bagi membawa rombongan ke kampong Mendaram Ulu. Rombongan dimaklumkan oleh petugas di Sungai Petai bahawa penghulu telah pun menanti kedatangan rombongan seawal jam 9:00 pagi. Rombongan TelBru yang meninjau kemudahan mereka di Mendaram telah tiba lebih awal dan diangkut oleh Penghulu yang sama. Kira-kira jam 12:30 penghulu pun tiba bersama rombongan TelBru selepas menjalankan tugasan meninjau ke Kampong Mendaram Ulu dan rombongan Gemilang pun bergerak meninggalkan Sungai Petai. Waktu di Sungai Petai , V8MKJ dan V8NFA sempat membuat perhubongan dengan Pusat Penerimaan Pancaran di Kampong Tanjong Maya melalui ‘Echolink’. Itulah kecanggihan teknologi internet yang mana boleh dinikmati walaupun berada dikawasan pendalaman.

Rombongan tiba di Rumah Panjang Bukit Teraja jam 1:10 petang dan disambut oleh Ketua Rumah Panjang Jamit anak Lasah dan ahli rombongan pun di perkenalkan oleh penghulu. Selepas saja bersuai kenal dengan Ketua Rumah Panjang dan pernghuninya, Penghulu pun meninggal kan rombongan untuk kembali ke bilik Operasi di Dewan Serbaguna Kampong Labi. Misi ke Rumah Panjang Bukit Teraja segera dimulakan sebaik saja rombongan menikmati makan tengah hari ‘take away”.

Seperti yang dirancangkan, beberapa ‘antenna’ VHF dan jua HF pun di pasang . Setiap ahli rombongan membuat tugasan masing-masing. Semangat tinggi berpasukan jelas kelihatan walaupun suasana hujan mulai turun semasa mendirikan tiang bagi menempatkan antenna-antenna berkenaan. Semua kerja tersebut selesai di buat kira-kira jam 2:50 petang. Kerja berikutnya ialah membuat pemancaran kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Setelah membuat pangilang CQ beberapa kali kepada pusat penerimaan pemancaran namun tiada sebarang jawapan di terima.

Rasa gelisah mula timbul kerana misi tidak akan berjaya tanpa adanya perhubongan kumunikasi duahala. Hanya kira-kira jam 9:30 malam satu station radio amatur dengan panggilan isyarat V85IR telah menerima panggilan dari stesen rombongan. Hujan turun dengan lebatnya memburukkan lagi keadaan apabila bekalan elektrik kerumah panjang tersebut terputus. Dalam keadaan serba kegelapan ‘back up’ generator yang dibawa oleh rombongan terus dihidupkan untuk menjana bekalan letrik. Ternyata perancangan yang rapi untok membawa generator memberi kesan kepada kejayaan misi ini dengan berterusan dan mantap. Beberapa lapuran di sampaikan kepada station V85IR untok di ‘relay’ kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya termasuk memaklumkan kepada NDMC dan AiTi yang komunikasi sudah pun berjaya dibuat melalui radio.

Sebelum berehat tidur, ahli-ahli rombongan berbincang untok mencari jalan memperbaiki keberkesanan stesen di Rumah Panjang. Keputusan yang diambil ialah untok menaikkan satu lagi antenna VHF Omni directional bagi menggantikan directional antenna yang dipergunakan, pada pagi esoknya. Hujan lebat terus turun sehingga paras air naik dan menyebabkan banjir kilat berlaku di sekeliling kawasan rumah panjang.

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 1

Pada 2hb Februari 2009, Isnin Gemilang menerima panggilan telepon daripada Pihak Berkuasa Industri Info-Telekomunikasi (AiTi) menanyakan samaada Gemilang Radio bersedia menghulurkan bantuan komunikasi bagi menghubongkan Rumah Panjang Bukit Teraja dengan tempat–tempat yang lain. Dimaklumkan bahawa menara TelBru yang menempatkan rangkaian telepon ke Rumah Panjang Bukit Teraja telah tumbang disebabkan tanah susur. Ini telah menyebabkan terputusnya talian telepon ke rumah panjang tersebut. Kawasan rumah panjang ini juga tidak dapat menerima liputan pemancaran sistem perkhidmatan telepon bimbit memandangkan kawasan ini terlalu jauh daripada pemancar pembekal telepon mudah alih. Dalam keadan kecemasan, penghuni rumah panjang ini tidak mempunyai alat bagi berhubong dan perkara ini telah diambil maklum oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) . Sehubongan dengan itu, AiTi sebagai ajensi yang mengawal selia pengunaan Radio Frekuensi dan juga anggota didalam NDMC telah mengambil inisiatif untok meminta bantuan daripada penggiat- penggiat radio amatur di Negara ini termasuk Gemilang Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong.

Gemilang menerima baik permohonan tersebut dan satu mesyuarat tergempar telah diadakan pada malam itu pada jam 10 malam bagi merancang dan menilai keupayaan dan kesediaan Gemilang dan ahlinya untok menghulurkan bantuan kecemasan komunikasi ke Rumah Panjang tersebut. Kesemua aspek telah dibincangkan termasuk ahli yang akan ditugaskan, peralatan komunikasi, logistic, bekalan makanan dan tenaga elektrik dan lain-lainnya. Mesyuarat telah sepakat untok menerima cabaran ini walaupun Gemilang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menghulurkan bantuan komunikasi kecemasan seperti ini. Mesyuarat yang berakhir jam 1:00 pagi ini telah merumuskan pasukan Gemilang ini akan sedia untok dikerahkan dalam masa 4-6 jam selepas diarahkan. Pada keesokan harinya kesemua keputusan mesyuarat ini telah pun maklumkan kepada pihak AiTi untok disampaikan kepada NDMC.

Pada hari Rabu 4hb Februari jam 10:30 pagi Gemilang menerima panggilan telepon mengarahkan supaya pasukan Radio Amaturnya bersedia untok dikerahkan pada hari tersebut. Seperti yang telah dirancangkan, Pasukan Radio Amatur Gemilang telah berkumpul di Rumah Kediaman Awg. Abdul Asuhnah DLR Hj Md Jair (V8MKJ) sebelum jam 3:00 petang untok menerima arahan seterusnya. Ahli-ahli tersebut ialah V8MKJ, V8NFA, V8AQM, V8AYN, V8AVE dan V8AMC. ‘Base Station’ V8MKJ akan dijadikan pusat penerimaan pancaran pasukan yang akan bergerak ke Bukit Teraja dan dua orang ahli akan memantau iaitu V8MMY dan V8ABR. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, Setiausaha Gemilang Radio V8NFA dan Pengerusinya V8MKJ telah menyediakan satu surat bagi kelonggaran bertugas semasa operasi tersebut.

Pada jam 5:30 petang, Gemilang menerima panggilan telepon daripada Pegawai AiTi dan menyampaikan arahan supaya pasukan Gemilang Radio bergerak sesegeranya. Walaubagaimana pun disebabkan hari mula gelap dan memandangkan tidak banyak waktu untuk kerja-kerja pemasangan pesawat setelah tiba disana, rombongan mengambil keputusan untok bergerak pada esok hari nya Khamis 5hb Februari 2009 jam 7:30 pagi. Memandangkan juga surat arahan daripada AiTi hanya diterima pada malam tersebut, beberapa orang ahli tidak mungkin berkesempatan untok diberi kelonggaran keluar dari bertugas dalam waktu yang singkat . V8AVE, V8AMC dan V8AYN memaklum bahawa Ketua Jabatan masing-masing tidak mungkin akan dapat mempertimbangkan bagi mereka keluar dari bertugas mengikut rombongan tersebut.

Dalam waktu yang mendesak Pengerusi Gemilang Radio telah menghubongi V8MUU dan V8MMY untok menggantikan tempat tiga ahli yang tidak dapat menyertai. V8MMY tidak mendapat halangan daripada Ketua Jabatannya dan manakala V8MUU hanya akan mendapat kepastian apabila beliau hadir memulakan giliran bertugas jam 6:00 pagi pada hari Khamis. Selain daripada itu, Pusat Operasi NDMC di Kuala Belait juga dihubongi bagi keperluan logistic menuju ke Kampong Mendaram Ulu, Bukit Teraja.

Walaupun cuma empat orang ahli sahaja yang bertolak meninggalkan pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya dengan suasana hujan turun, semangat pasukan tetap nekad untok menghulurkan bantuan yang diperlukan ini. Kesemua barang-barang terpaksa di kemaskan menggunakan plastic bagi mengelakkan dari dimasuki air hujan yang mengiringi perjalan rombongan tersebut. Dua buah kenderaan digunakan dan setiba rombongan di Pusat Operasi NDMC Sungai Mau pada puku 9:15 pagi, rombongan telah diberi taklimat oleh petugas pusat mengenai dengan situasi banjir dan tempat-tempat yang terjejas. Keadaan di pusat operasi yang baru di buka ini tidaklah begitu rapi dari segi koordinasinnya dan rombongan terpaksa menunggu sehingga jam 11:00 pagi sebelum bertolak menaiki bot menuju ke Sungai Petai. Disebalik waktu yang terbuang menanti bot tentera, V8MUU telah menghubongi ahli rombongan bahawa beliau akan menyertai dan sedang dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Sungai Mau.

Rasa kegembiraan nampak diwajah ahli-ahli rombongan apabila mendengar seorang lagi ahli Gemilang akan mengikuti rombongan. Ternyata Ketua Jabatan tempat beliau bertugas begitu memahami keadaan kecemasan dan bantuan yang diperlukan tanpa banyak soal. Begitulah seharusnya yang dicontohi oleh jabatan-jabatan yang lain bukannya mempersoalkan kenapa agensi-agensi yang berkenaan tidak menghulurkan bantuan semasa kecemasan ini. Tugas sukarela ini adalah demi membantu agensi-agensi kerajaan dalam kerja-kerja menghulurkan bantuan dan bukannya untok disangsikan.

Mesyuarat Gemilang Radio 27 Januari 2009

Gemilang Radio telah mengadakan mesyuarat pada 27hb Januari yang lepas di kediaman V8MKJ. Diantara agenda-agenda yang dibincangkan adalah pengenalan & objektif gemilang radio, melantik ahlijawatan kuasa tadbir & kerja gemilang radio 2009, cadangan aktiviti tahunan serta perbincangan mengenai repeater G.A.R.S.

Ahlijawatan kuasa yang telah dilantik adalah seperti berikut :

Pengerusi : V8MKJ
Setiausaha : V8NFA
Penyelaras Teknikal : V8AVE (Leader
Ahli 1 : V8AMC
Ahli 2 : V8MUT
Ketua 2m net : V8MAF
Ketua Penyelaras Kelab Radio & Projek Sekolah Daerah Tutong : V8MAF & V8AYN
Tenaga Pengajar Kelas Radio Amateur : V8AQM/V8NLS/V8BIE/V8NFA

Diantara ahli-ahli yang turut hadir adalah : V8BEN/V8AVE/V8MAF/V8AMC/V8MLL/V8MXZ/V8MUT/V8MOJ/HJ MD FAZRI/V8MMN/V8MON/V8AQM/V8AYN/V8NFA/V8MKJ/V8MUK/V8MVD/V8MMY/
V8AII/V8MTN/ZAMAIN

Mesyuarat seterusnya akan di maklumkan kemudian.


TEMA: KEDEWASAAN BERNEGARA


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 25 TAHUN pada 23hb Februari 2009.

Wednesday, 18 February 2009

Dengan Segala Hormatnya, Diminta Semua Ahli Gemilang Dapat Hadir Untok Memberi Sukungan Padu Kepada Pasukan Bolasepak Persatuan-Gemilang Yang Akan Mengadakan Perlawanan Persahabatan.
Tempat: Complek Sukan Tutong
Pada: 20hb February 2009.
Hari: Jumat (ptg)
Masa: 1600hrs

" The Attitude Of Your People Is A Reflection Of Your Attitude"

Saturday, 7 February 2009

Gemilang Membantu Mangsa Banjir

GAMBAR , SUASANA OPERASI MEMBANTU MANGSA BANJIR KPG TANJONG MAYA YANG DILAKUKAN OLIH BEBERAPA AHLI PERSATUAN GEMILANG PADA MALAM 3HB FEB 2009

















Semua gambar oleh ; Abd Hamid HAR