Thursday, 19 February 2009

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 2

Dalam keadaan hujan yang turun dengan lebatnya rombongan berlepas pada jam 11:00 pagi dari Pangkalan Sungai Mau menaiki bot tentera mengharungi sungai dan jua laluan hutan ke Sungai Petai. Luagan Lalak yang menyediakan keindahan pada hari biasa kini telah ditenggelami oleh air bah. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu memberikan satu pengelaman kepada ahli bawa kepakaran pemandu bot tentera membuktikan bawa kemahiran beliau memang tidak dapat dinafikan.

Setiba di Sungai Petai, rombongan terpaksa menunggu Penghulu Mukim Labi bagi membawa rombongan ke kampong Mendaram Ulu. Rombongan dimaklumkan oleh petugas di Sungai Petai bahawa penghulu telah pun menanti kedatangan rombongan seawal jam 9:00 pagi. Rombongan TelBru yang meninjau kemudahan mereka di Mendaram telah tiba lebih awal dan diangkut oleh Penghulu yang sama. Kira-kira jam 12:30 penghulu pun tiba bersama rombongan TelBru selepas menjalankan tugasan meninjau ke Kampong Mendaram Ulu dan rombongan Gemilang pun bergerak meninggalkan Sungai Petai. Waktu di Sungai Petai , V8MKJ dan V8NFA sempat membuat perhubongan dengan Pusat Penerimaan Pancaran di Kampong Tanjong Maya melalui ‘Echolink’. Itulah kecanggihan teknologi internet yang mana boleh dinikmati walaupun berada dikawasan pendalaman.

Rombongan tiba di Rumah Panjang Bukit Teraja jam 1:10 petang dan disambut oleh Ketua Rumah Panjang Jamit anak Lasah dan ahli rombongan pun di perkenalkan oleh penghulu. Selepas saja bersuai kenal dengan Ketua Rumah Panjang dan pernghuninya, Penghulu pun meninggal kan rombongan untuk kembali ke bilik Operasi di Dewan Serbaguna Kampong Labi. Misi ke Rumah Panjang Bukit Teraja segera dimulakan sebaik saja rombongan menikmati makan tengah hari ‘take away”.

Seperti yang dirancangkan, beberapa ‘antenna’ VHF dan jua HF pun di pasang . Setiap ahli rombongan membuat tugasan masing-masing. Semangat tinggi berpasukan jelas kelihatan walaupun suasana hujan mulai turun semasa mendirikan tiang bagi menempatkan antenna-antenna berkenaan. Semua kerja tersebut selesai di buat kira-kira jam 2:50 petang. Kerja berikutnya ialah membuat pemancaran kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Setelah membuat pangilang CQ beberapa kali kepada pusat penerimaan pemancaran namun tiada sebarang jawapan di terima.

Rasa gelisah mula timbul kerana misi tidak akan berjaya tanpa adanya perhubongan kumunikasi duahala. Hanya kira-kira jam 9:30 malam satu station radio amatur dengan panggilan isyarat V85IR telah menerima panggilan dari stesen rombongan. Hujan turun dengan lebatnya memburukkan lagi keadaan apabila bekalan elektrik kerumah panjang tersebut terputus. Dalam keadaan serba kegelapan ‘back up’ generator yang dibawa oleh rombongan terus dihidupkan untuk menjana bekalan letrik. Ternyata perancangan yang rapi untok membawa generator memberi kesan kepada kejayaan misi ini dengan berterusan dan mantap. Beberapa lapuran di sampaikan kepada station V85IR untok di ‘relay’ kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya termasuk memaklumkan kepada NDMC dan AiTi yang komunikasi sudah pun berjaya dibuat melalui radio.

Sebelum berehat tidur, ahli-ahli rombongan berbincang untok mencari jalan memperbaiki keberkesanan stesen di Rumah Panjang. Keputusan yang diambil ialah untok menaikkan satu lagi antenna VHF Omni directional bagi menggantikan directional antenna yang dipergunakan, pada pagi esoknya. Hujan lebat terus turun sehingga paras air naik dan menyebabkan banjir kilat berlaku di sekeliling kawasan rumah panjang.