Thursday, 19 February 2009

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 3

Jumaat 6hb Februari 2009 jam 7:15 pagi, rombongan bersedia untok meneruskan tugasan menggantikan antenna VHF tetapi Ketua Rumah Panjang memohon bantuan rombongan untok membersihkan pokok-pokok kayu yang tumbang disebabkan tanah susur disepanjang jalan keluar ke Kampong Labi. Rombongan terus bergerak bersama beberapa orang penghuni rumah panjang menuju ke tempat yang terjejas. Selesai membersihkan tempat tersebut, rombongan terus menghala perjalanan ke Kampong Labi. Namun tidak seperti yang disangkakan, beberapa pohon kayu lagi tumbang menutup laluan jalan sejauh lebih 100 meter. Bantuan kami teruskan walaupun tugas utama mendirikan antenna terpaksa ditunda.
Semasa berada di kawasan tersebut, pemancaran telepon bimbit dapat diterima dan ahli rombongan mengambil kesempatan untok membuat panggilan kepada keluarga dan rakan-rakan di pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Panggilan telepon juga diterima daripada AiTi meminta Gemilang menghantar wakil ke mesyuarat bersama AiTi pada jam 3:00 petang. Perkara ini segera disampaikan kepada Naib Yang Dipertua Gemilang bagi tindak lanjut beliau. Rombongan jua dimaklumkan oleh pihak AiTi bahawa satu set Telepon Satellite akan dihantar ke rumah panjang bagi kegunaan penghuni meminta bantuan kecemasan.
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah keadaan pokok tumbang, habis saja membersihkan laluan itu, ada lagi sebatang pokok yang besar tumbang dan tidak akan mungkin dapat dibersih dengan menggunakan tenaga manusia. Pasukan Bomba dan Penyelamat berserta beberapa penduduk disekitar kawasan tersebut telah berada dan sedang berusaha membersihkan apa-apa saja yang dapat diungkayahkan. Dengan bantuan jentolak kepunyaan sebuah kontraktor dikawasan itu, lintangan batang kayu tersebut dapat di ketepikan, namun kabel bekalan letrik belumlah dapat dibaik pulih. Ini bererti bekalan lektrik tidak akan dapat diterima di rumah panjang buat beberapa hari mendatang.

Semasa berada di kawasan tersebut, seorang daripada ahli rombongan telah menerima maklumat bahawa rumah kediaman beliau mungkin akan dinaiki air bah. Beliau dengan rasa berat hati mengambil keputusan untok keluar balik selesai saja menaikikan antenna. Kebetulan pada hari Jumaat, beberapa lagi anak-anak penghuni rumah panjang balik menjengnguk ibubapa mereka dan membantu rombongan menurunkan antenna Yagi VHF dan menaikan antenna Omni . Kira-kira jam 3:15 petang kerja menaikkan antenna selesai dan stesen Rumah Panjang dapat behubongan langsung dengan pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Maklumat-maklumat terkini keadaan di rumah panjang telah dapat disalurkan langsung tanpa menggunakan ‘relay station’. Disebalik kejayaan ini, seorang dari ahli rombongan terpaksa meninggalkan rumah panjang pada petang tersebut untok menangani masalah banjir yang akan menjejas rumah beliau. Pada jam 5:30 petang, sebahagian ahli rombongan keluar bersama Ketua Rumah panjang untok melawat pusat operasi NDMC di dewan serbaguna Kampong Labi dan mengujicuba jarak pancaran stesen rumah panjang.
Dalam pejalanan ke dewan, rombongan telah ditahan oleh kederaan Polis Hutan yang ingin berjumpa Ketua Rumah Panjang. Satu berita yang kurang baik diterima yangmana pihak berkenaan meminta semua penghuni rumah panjang Bukit Teraja berpindah ke dewan memandangkan kemungkinan gejala tanah susur akan memutuskan beberapa meter laluan jalan ke rumah panjang. Sebelum perkara ini berlaku yang mana akan menyulit penghantaran bantuan, keputusan diambil untok memindahkan penghuni rumah panjang tersebut. Perkara ini tidak di dapat diterima oleh Ketua Rumah Panjang dan rombongan mengusulkan untok berjumpa pegawai yang bertugas di pusat operasi Kampong Labi. Setiba didewan, perbincangan bersama penghulu dan pegawai-pegawai yang bertugas tidak dapat meyakinkan ketua rumah panjang untok berpindah.
Memandangkan perselisihan ini, situasi rombongan menjadi serba salah, samaada berpindah ke dewan atau kekal tinggal dirumah panjang. Pilihan yang bijak mesti diambil demi keselamatan bersama. Setelah berbincang dengan penghulu dan pegawai-pegawai pusat operasi NDMC di Kuala Belait dan pihak AiTi , keputusan diambil supaya rombongan meninggalkan rumah panjang apabila set telepon satellite dapat menggantikan stesen radio amatur yang didirikan. Perundingan bersama NDMC Kuala Belait dan AiTi, akan mengusahakan sesegeranya pada esok pagi untok menghantar telepon satellite ke rumah panjang.

Tanpa bekalan lektrik dirumah panjang, komunikasi bersama pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya tetap berjalan seperti biasa sehinggalah bekalan letrik di Mukim Tanjong Maya di putuskan pada malam itu kerana paras air telah menenggelamkan sub-stesen letrik dikawasan tersebut. Walaubagaimana pun, stesen di pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya segera dipulihkan dengan mengguna tenaga bateri. ‘Back up’ generator yang ada dipusat tersebut tidak dapat digunakan memandangkan ketiadaan kabel yang mana telah terbawa oleh rombongan yang pada mulanya merancang membawa kedua-dua generator tersebut tetapi hanya membawa satu sahaja memandangkan terdapatnya bekalan leterik di rumah panjang.

Sebelum menikmati makan malam, rombongan sempat jua membuat kerja menyambung beberapa lampu dengan bekalan letrik melalui generator kepunyaan Ketua Rumah panjang. Pendawaian generator ini telah di buka apabila bekalan letrik kerajaan dibekalkan. Walaupun tidak berada kampong halaman, ahli rombongan juga dapat menerima maklumat keadaan banjir di sana melalui perhubongan radio. Naib Yang Dipertua Gemilang juga sempat membuat uji cuba ‘mobile station’ beliau ditengah malam itu daripada lokasi Bukit Ambok dan pancaran beliau dapat diterima dengan jelas di stesen rumah panjang. Ujian ini dibuat semata-mata untok menyediakan pilihan alternatif bagi memindahkan pusat penerimaan pancaran dari Kampong Tanjong Maya kelokasi yang lebih baik jika sekirannya keadaan paras air memutuskan pehubongan jalan menuju ke pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya.

Semasa dua ahli rombongan berehat tidur, dua ahli rombongan yang lainnya membuat ‘post mortem’ akan kekurangan keperluan misi rombongan ini. Dari perkara logistik sehinggalah peralatan peribadi seperti ‘sleeping bag’ turut dimuatkan kedalam senarai baru keperluan misi akan datang. Kedua-dua ahli rombongan terlena dibuai mimpi dan yang dua ahli selebihnya menyusul berehat jam 2:30 pagi.