Thursday, 19 February 2009

Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 4

Cuaca baik pada malam dan pagi tersebut seolah-olah memahami kerisauan ahli rombongan yang masih berada di rumah panjang walaupun diminta perpindah keluar ke dewan pusat operasi di Kampong Labi. Kira jam 10:30 pagi pada hari Sabtu 7hb Februari 2009, Ketua Kampong Labi 1 bersama seorang Pegawai Bomba dan Penyelamat datang membawa set telepon satellite.
Malangnya telepon tersebut tidak dapat digunakan sertamerta kerana terkunci (blocked). Dalam keadaan kecemasan, rombongan terpaksa menghubongi pihak NDMC dan AiTi dengan keluar ke jalan menuju ke kampong Labi dimana pancaran telepon bimbit di terima. Setelah membuat beberapa panggilan memaklumkan bahawa set telepon satellite yang dihantar tidak dapat digunakan, pihak AiTi berusaha bertungkus lumus mendapatkan semula kata laluan untuk membuka set telepon tersebut daripada Syarikat pembekal SingTel di Singapura. Hanya kira-kira jam 12:30 tengah hari ianya dapat di pergunakan. Semasa menanti-nanti Tek Pesanan Ringkas kata Laluan set telepon Satellite dari pada AiTi, stesen radio rumah panjang menerima panggilan daripada satu Stesen Radio Amatur dengan panggilan isyarat V8MFW. Panggilan diterima dan satu berita disampaikan bahawa Anak Menantu Ketua Rumah Panjang telah di tahan diRumah Sakit Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Berita ini didengar sendiri oleh Ketua Rumah Panjang melalui radio dan memaklumkan yang beliau akan turun esok pagi untok melawat dan meminta anak beliau menunggu di Sungai Mau. Pesanan ini disampaikan melalui radio kepada V8MFW yang berada di ‘Homebase Station’ beliau di Sungai Bakong ,Lumut bersama anak Ketua Rumah Panjang tersebut. QSO dan QSP ini telah membuktikan bahawa radio amatur adalah komunikasi unggul apabila komunikasi lainya gagal dan terputus. Panggilan pertama dengan menggunakan telepon satellite telah dibuat ke AiTi bagi memaklumkan bahawa telepon tersebut telah berfungsi dan rombongan Gemilang Radio akan menutup stesen di Rumah Panjang kerana kumunikasi telah dipulihkan dengan adanya telepon satellite tersebut.

Pada jam 1:00 petang rombongan bersiap untok meninggalkan rumah panjang. Setelah menikmati makan tengah hari, antenna pun diturunkan dengan bantuan dua orang penghuni rumah panjang yang mana seorang daripadanya adalah anak yatim berumur 10 tahun. Walaupun kecil, kegairahannya ketara sekali menemani rombongan disepanjang rombongan berada dirumah panjang sehingga tidur pun bersama rombongan disetiap malam. Setelah semuanya peralatan dikemaskan, rombongan pun menghubongi Pusat Operasi di Dewan Kampong Labi bagi mengambil rombongan dan menghantar ke Sungai Petai. Sebelum meninggalkan Rumah Panjang, rombongan sempat menandatangani buku pelawat Ketua Rumah Panjang dan bergambar ramai.


Gambar tersebut akan tetap menjanjikan bermacam kenangan dan pengelaman yang berharga semasa rombongan menjalankan misi bantuan komunikasi melalui radio amatur.

"Amateur Radio is the safest communication when everything else failed".