Tuesday, 31 March 2009

PEMBERITAHUAN - GEMILANGFOTO SECTION

Perlawanan bolasepak AMAL diantara AM GUNNERS dan MUARA VILLA akan diadakan distadium negara pada 4hb April 2009. Gemilangfoto telah dilantik menjadi jurugambar rasmi pada perlawanan bolasepk amal hari tersebut.


ACARA:
AM GUNNERS VS MUARA VILLA
4hb April 2009
Jam 8.00 malam


Kepada AHLI GEMILANGFOTO yang ingin turut serta dalam pengambaran suasana acara tersebut sila hantar nama awda kepada Hamid HAR. Nama-nama tersebut akan didaftarkan kepada AHIM RANI selewat 3hb April 2009.

Kepada GemilangFoto sila ambil maklum.

Monday, 30 March 2009

Repeater GEMILANG QSY ke Tower TelBru Bukit Ambok, Tutong

Jumaat, 27hb Mac 2009- GEMILANG RADIO, Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah berjaya memindahkan Pancar Ulang ke Tower TelBru Bukit Ambok, Tutong. Perancangan rapi GEMILANG RADIO sejak projek repeater ini dimulakan kira-kira tiga tahun yang lalu sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman kepada ahli GEMILANG dalam menjayakan sesuatu repeater. Permohonan frekuensi repeater daripada AiTi telah pun diluluskan pada 27 Februari 2006 dan pada masa yang sama uji cuba sistem repeater dibuat dengan menggunakan dua antenna dan homebrew bandpass filter serta repeater controller melalui komputer software. Percubaan jua dibuat dengan menggunakan portable 'duplexer' offset 3.5mhz. Hasil daripada penilaian ujiantersebut, GEMILANG RADIO dengan sokongan AJK Tadbir GEMILANG bersetuju bagi mendapatkan komersial duplexer offset 0.6mhz bagi memenohi kebenaran frekuensi yang diluluskan oleh AiTi.

Pada 28 Oktober 2008, duplexer yang dipesan pun sampai dan repeater GEMILANG diaktifkan dengan numbor lisen RST-L-GEMILANG-10-2008-110174 bertarikh 27 Oktober 2008 menggunakan frekuensi TX-147.825mhz, RX 147.225mhz (147.825mhz offset -0.600mhz). Dengan kedudukan base antenna yang tidak begitu tinggi, liputan pemancaran repeater hanya terbatas dikawasan Daerah Tutong. Semasa bencana Air Bah Februari 2009, Repeater GEMILANG dipindah daripada HomeQTH V8AQM Bukit Panggal ke HomeQTH V8MKJ Tanjong Maya pada 8 Februari 2009 bagi memudahkan komunikasi bantuan banjir disalurkan di Mukim Tanjong Maya. Walaupun liputan yang terhad di Mukim Tanjong Maya, Repeater GEMILANG telah dapat memberi kemudahan komunikasi kepada Sukarelawan GEMILANG-NDMC menyalur dan menagagihkan bantuan makanan semasa banjir melanda di mukim ini. Terlaksananya projek ini adalah berkat kegigihan dan ketekunan ahli-ahli yang dipertangongjawab serta sokongan pihak-pihak yang berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat semoga jasa baik biskita diberkati dan mendapat ganjaran yang setimpal.

Petikan-petikan semasa kerja-kerja pemasangan repeater....



Dengan kejayaan ini diharap GEMILANG RADIO dan GEMILANG akan terus cemerlang dimasa yang akan datang.....73

Tuesday, 24 March 2009

Gemilang 4X4 lancar ekspedisi-21/03/2009





Pegawai pentadbir Pejabat Daerah Tutong Pengiran Bakhtiar Pengiran Ibrahim tetamu kehormat yang hadir pada hari pelepasan expidisi ke Sabah.


Bergambar ramai sebelum perlepasan Expidisi ke Sabah. Perjalanan mereka kali ini ditaja oleh NBT Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Suci Brand dan Klinik Amir Tutong.Semoga expidisi berjalan lancar dan all the best from ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Semoga berjaya dan selamat kembali ketanah ayer.
Gambar oleh Hj Kahan

Monday, 23 March 2009

Taklimat Asas Fotografi (Kuala Belait)

Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait.
Taklimat asas fotografi telah disampaikan oleh fotografi senior Gemilangfoto. Sesi soal jawap serta foto sharing untuk pengemar muda serta tenaga pengajar maktab yang hadir menarik minat mereka.


GemilangFoto berharap akan mengadakan seminar yang sama masa akan datang ditempat yang sama memandangkan tidak ramai pengiat seni fotografi yang berminat sempat hadir hari ini.


Gemilang 4X4 lancar ekspedisi sejauh 2,800 kilometer


Peserta ekspedisi Gemilang 4X4 bergambar ramai sebelum berlepas ke Sabah.(Oleh Kasha)

TUTONG, Ahad - Persatuan Gemilang Daerah Tutong, melalui cawangan Gemilang 4X4 hari ini bertolak melakukan ekspedisi ke Sabah dalam perjalanan kira-kira 2,800 kilometer menuju Sipitang, Tenom, Keningau dengan melawat ke Pusat Pertanian Keningau dan ke Tawau.

Majlis pelepasan di hadapan Dewan Kemasyarakatan daerah ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan doa selamat.

Pegawai pentadbir Pejabat Daerah Tutong Pengiran Bakhtiar Pengiran Ibrahim telah melepaskan perjalanan peserta yang perjalanan mereka ditaja oleh NBT Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Suci Brand dan Klinik Amir Tutong.

Courtesy of Media Permata

Sunday, 22 March 2009

Pengambaran pelancaran Lexus RX350 di NBT

Pelancaran kereta keluaran baru jenama Lexus di showroom NBT gadong iaitu Lexus RX350 telah berjalan lancar hari ini.

Dua fotografer senior gemilangfoto telah diminta hadir untuk mengambil suasana pelancaran Lexus RX350 tersebut.

Salah seorang pengemar kereta lexus mencoba keselesaannya ketika berada didalam kenderaan tersebut.

Friday, 20 March 2009

Makluman

MAJLIS PERLEPASAN
EKSPIDISI GEMILANG KE TAWAU SABAH 2009

Dengan segala hormat dan takzimnya sukacita menjunjung dan mempersilakan AJKT dan Ahli-Ahli Gemilang hadir ke Majlis yang tersebut di atas


Pada : Hari Sabtu
Tarikh :24hb Rabiulawal 1430H Bersamaan 21hb Mac 2009M
Jam : 7.00 pagi
Tempat : Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Di atas kehadiran abiskita pada majlis itu nanti, tidak lupa kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.

Thursday, 19 March 2009

Pemberitahuan:Taklimat asas fotografi

Pemberitahuan:Taklimat asas fotografi

Untuk makluman kepada semua peminat fotografi ususnya Pengiat fotografi dari Daerah Belait bahawa Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui GemilangFoto akan mengadakan taklimat Asas Fotografi untok beginners pada:

Hari ; ISNIN ( 23hb March 2009 )
Jam : 8.00-11.00 pagi
Bertempat: Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait.

Bayaran: $5.00 seorang (sarapan pagi disediakan)

Agenda: 1. Taklimat: Akan disampaikan oleh senior fotografer Gemilang
2. Mini outing

Kepada yang ingin mengikuti taklimat asas fotografi ini adalah dikehendaki menghubungi / SMS kepada Hamid HAR 8782981 atau Musa Manggai (8733307).

GemilangFoto amat mengalu-alukan akan kedatangan biskita beramai ramai. Semoga biskita beroleh menafaat yang berguna pada hari tersebut nanti.

Sekian

Tuesday, 17 March 2009

AMATEUR RADIO EXAMINATION, MAY 2009

The Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI), a statutory body which license, regulate and develop Brunei Darussalam’s info-communications technology (ICT) industry and manage the national frequency spectrum, hereby invites interested individuals to the Amateur Radio Examination in May 2009.

AITI would like to inform that:

  • Interested individuals may submit their application and make payment of the examination fees of B$10.00 in cash (non-refundable) from 10 March 2009 until 8 April 2009 during counter opening hours. (Terms and conditions apply)

Monday – Thursday: 0815 – 1145 hrs 1330 – 1545 hrs
Friday: 0815 – 1130 hrs 1430 – 1530 hrs

  • The examination will be in English Language format.
  • The examination will be conducted in two (2) parts:

    • Written examination – This examination will be divided into two (2) sections; section A will be on amateur radio theory, procedures and policy; section B will be on technical knowledge.
    • Practical examination – This examination will be conducted individually, which will start one (1) day after the written examination and onwards.
  • Candidates who passed the examination will:-

    • Upgraded to Advanced Amateur Radio Licence to candidates who already have a Standard Radio Amateur Licence. (Terms and conditions apply)
    • Get a Standard Amateur Radio Licence for new applicant. Advanced Radio Amateur Licence can be applied six (6) months after holding the Standard Radio Amateur Licence. AITI will require the submission of log book from the previous six (6) months activity.(Terms and conditions apply)
  • Any queries on the above information, please contact us at the address below:-

Address:

Customer Services Unit
Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI)
Block B14, Simpang 32-5,
Kg Anggerek Desa, Jalan Berakas,
Bandar Seri Begawan BB3713,
Brunei Darussalam

Tel: +673 2323232
Fax: +673 2381273
Email:
info@aiti.gov.bn

GEMILANG RADIO welcomes those who wish to attend the Radio Amateur Classes by registering to its Secretary (V8NFA) once you have obtain your examination index number.

Wednesday, 11 March 2009

MENCIPTA LAGU

MAKLUMAN
Badan Gemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan berbesar hati mempersilakan ahli-ahli Persatuan Gemilang untuk mencipta sebuah lagu tema Persatuan Gemilang. Ciptaan-ciptaan lirik dan lagu hendaklah diserahkan kepada Pengerusi GSSK ( Hussin Hj Abd Rahman) atau Setiausaha GSSK (Awg Zainal Fikri bin Mohammad Dali) tidak lewat 15hb June 2009. Ciptaan-ciptaan ini akan dinilai terlebih dahulu oleh satu jawatankuasa khas. Ciptaannya yang berjaya akan menerima sebuah saguhati dari Badan Cemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan.
Sekian

LAWATAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR GEMILANG KE PENJARA JERUDONG


Persatuan Gemilang Dearah Tutong melalui Badan Gemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan akan mengadakan satu lawatan kejabatan Penjara Jerudong. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan akan fungsi, tugas, aktiviti dan fasiliti yang terdapat di Jabatan Penjara tersbut. Lawatan akan diadakan pada;

28hb Mac 2009 (Hari sabtu)

Jam: 8.00 Pagi

Sehubungan itu, kepada ahli-ahli Gemilang yang ingin turut serta mengikuti rombongan, supaya dapat mendaftarkan diri dengan SMS kepada Pengerusi (V8MUU) talian 8730096. SMS hendaklah disertai dengan nama dan numbur kad pintar perserta untuk catitan pihak Penjara Jerudong. SMS hendaklah dihantar tidak lewat daripada 23hb Mac 2009 (Isnin).

Jumlah perserta adalah terhad kepada 30 orang ahli dan keluarga

P/S: Perserta-perserta yang ingin mengikuti lawatan ini supaya dapat membawa kad pintar masing-masing dan anak-anak dibawah 12 tahun, ibubapa atau penjaga mestilah turut serta dan perserta-perserta supaya dapat hadir lebih awal.

Sekian dimaklumkan

Tuesday, 3 March 2009

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN - GEMILANG Football Club Vs Veteran

TUTONG , AHAD- Perlawanan Persahabatan diantara Pasukan GEMILANG FC dengan VETERAN berkesudahan keputusan 3-3, Perlawanan diadakan di Komplek Sukan Tutong bagi tujuan persediaan mengikuti LIGA Tutong bagi Tahun 2009H , Juara juga berpeluang menentang MU dan Liverpool pada tahun 2020...

Gambar Ramai GEMILANG FC bersama Pengurus dan Jurulatih

Penolong Jurulatih GEMILANG FC sedang berbincang bagi membuat perancangan startegi




Jurugambar khas dari surat kabar luar negeri juga turut di undang... Arambakas ado gambar ni.... GAP gala ado.... Eboy taman ganka mangkol...




KELETEHAN ..... Newe anyam ne... MMY....





Jurulatih ... Awg Yakub sedang memberi suntikan kepada pemain-pemain






KEPUTUSAN PERADUAN FOTOGAFI - Tajuk : BANDAR PEKAN TUTONG

Sukacita memaklumkan keputusan peraduan fotografi yang diadakan baru-baru ini

1. PERTAMA : Muhammad Fadilah B. Awang ( 00-286143 )
2. KEDUA : Hjh Norazizah Hj Osman ( 02-280739 )
3. KETIGA : Adnin Hj Ahmad (00-253505 )

TAHNIAH kepada Yang MENANG , Yang Tak MENANG Cuba lagi lain kali


( foto Olih : Muhammad Fadillah )



( Foto Olih : Adnin Hj Ahmad )

( Foto Olih : Hjh Norazizah Hj Othman )


Sunday, 1 March 2009

NBT 4wd Basic Training

Kepada Semua Jurulatih GEMILANG 4X4 NBT 4WD BASIC TRAINING 1/2009 PADA 15HB MAC 2009

1. Sukacita dimaklumkan kepada semua Jurulatih bahawa perkara diadakan pada Hari Ahad, 15hb Mac, 2009. Keramaian pelatih yang dijangka ikut serta dalam latihan tersebut ialah seramai 20 orang.

2. Sehubungan dengan itu, bagi memantap dan melicinkan latihan itu dipohon kerjasama daripada semua jurulatih supaya akan dapat memberi khidmat latihan kepada pelatih-pelatih tersebut. Maklumbalas untuk memberi khidmat tersebut bolehlah dihantar melalui SMS kepada Pengerusi GEMILANG 4X4, Yakub bin Haji Abd. Rahman (Tel bimbit: 8601962) sebelum 5hb. Mac 2009.

3. Untuk makluman rancangan persiapan dan pengendalian adalah seperti berikut:-

1. Tarikh : Jumaat, 6hb Mac
Masa : 4.30 Ptg
Tempat : Berkumpul di Restoran Paci Maci
Perkara : Meninjau (Recce) Kawasan Latihan

Tarikh : Jumaat, 6hb Mac
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Rumah Yakub bin Haji Abd. Rahman (V8AYN)
Perkara : - Refresher Training-Teori
- Taklimat Jurulatih
- Taklimat pentadbiran pengendalian latihan

2. Tarikh : Jumaat, 13hb. Mac
Masa : 4.30 Ptg
Tempat : Berkumpul di Rest. PM
Perkara : - Kawasan-kawasan Latihan
- Meletak papan-papan tanda di kawasan latihan

3. Tarikh : Sabtu, 14hb. Mac
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Berkumpul di Rest. PM
Perkara : Refresher Training – Teori dan Practikal (Rehearsal)
Tarikh : Sabtu, 14hb. Mac
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo
Perkara : Persiapan tempat dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan latihan


4. Sekian maklumn kepada semua jurulatih. Penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang di berikan.

Sekian Wassalam

YAKUB BIN HAJI ABD, RAHMAN
Pengerusi GEMILANG 4X4

Mesyuarat AJKT Kedua Gemilang Radio

Dengan hormatnya dijemput semua ahli jawatankuasa GEMILANG Radio yang telah dilantik untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat Gemilang Radio pada:

Pada: 4hb Mac 2009 (Hari Rabu)
Jam: 7.30 malam
Tempat: Di kediaman V8AQM, Di No. 5 Spg. 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong.
Agenda: Perbincangan mengenai Repeater Gemilang dan Projek Radio Sekolah-Sekolah Menengah

Sekian disampaikan dan harap maklum