Peserta ekspedisi Gemilang 4X4 bergambar ramai sebelum berlepas ke Sabah.(Oleh Kasha)TUTONG, Ahad - Persatuan Gemilang Daerah Tutong, melalui cawangan Gemilang 4X4 hari ini bertolak melakukan ekspedisi ke Sabah dalam perjalanan kira-kira 2,800 kilometer menuju Sipitang, Tenom, Keningau dengan melawat ke Pusat Pertanian Keningau dan ke Tawau. Majlis pelepasan di hadapan Dewan Kemasyarakatan daerah ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan doa selamat. Pegawai pentadbir Pejabat Daerah Tutong Pengiran Bakhtiar Pengiran Ibrahim telah melepaskan perjalanan peserta yang perjalanan mereka ditaja oleh NBT Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Suci Brand dan Klinik Amir Tutong. Courtesy of Media Permata |
Monday, 23 March, 2009
Gemilang 4X4 lancar ekspedisi sejauh 2,800 kilometer
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
3/23/2009 05:38:00 PM
Labels: Gemilang 4X4, local info newspaper





















