Pada 28 Oktober 2008, duplexer yang dipesan pun sampai dan repeater GEMILANG diaktifkan dengan numbor lisen RST-L-GEMILANG-10-2008-110174 bertarikh 27 Oktober 2008 menggunakan frekuensi TX-147.825mhz, RX 147.225mhz (147.825mhz offset -0.600mhz). Dengan kedudukan base antenna yang tidak begitu tinggi, liputan pemancaran repeater hanya terbatas dikawasan Daerah Tutong. Semasa bencana Air Bah Februari 2009, Repeater GEMILANG dipindah daripada HomeQTH V8AQM Bukit Panggal ke HomeQTH V8MKJ Tanjong Maya pada 8 Februari 2009 bagi memudahkan komunikasi bantuan banjir disalurkan di Mukim Tanjong Maya. Walaupun liputan yang terhad di Mukim Tanjong Maya, Repeater GEMILANG telah dapat memberi kemudahan komunikasi kepada Sukarelawan GEMILANG-NDMC menyalur dan menagagihkan bantuan makanan semasa banjir melanda di mukim ini. Terlaksananya projek ini adalah berkat kegigihan dan ketekunan ahli-ahli yang dipertangongjawab serta sokongan pihak-pihak yang berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat semoga jasa baik biskita diberkati dan mendapat ganjaran yang setimpal.
Petikan-petikan semasa kerja-kerja pemasangan repeater....

Dengan kejayaan ini diharap GEMILANG RADIO dan GEMILANG akan terus cemerlang dimasa yang akan datang.....73