Monday, 27 April 2009

Hurry, Hurry!!!

Jangan Tungu Lagi, Cuma Tiga Hari Lagi ( 3 Hari) untuk mendaftar KEMBARA GEMILANG to Semenanjung Malaysia. (From Tutong with Cinta). Kemasukan adalah terhad. Butiran Lengkap sila tekan disini

Thursday, 23 April 2009

Tahniah V8AQM

Dengan minat yang berterusan dan dalam masa kurang daripada 2 tahun memegan lisen Advance Radio Amatur, V8AQM telah berhasil untok mendapatkan anugerah WAC (Worked All Continent) dan juga IARU Region 3 Operating Award. Pencapaian ini sekaligus diharapkan dapat menyuntik semangat para ahli GEMILANG khusus pemegang lisen Radio Amatur untuk terus meningkatkan minat didalam hobi ini. Anugerah-anugerah ini adalah terbuka kepada semua station radio amatur diseluruh dunia dan jua bagi IARU region III yang memenohi kriteria penganugerahan untuk menerimanya. Untuk Maklumat lanjut sila layari web link berikut:-


WAC;-http://www.iaru.org/wac/(picture :WAC certificate)



IARU Region III Operating Award;-http://www.iaru-r3.org/r3award.htm(picture IARU III Award)


Menurut beliau lagi, selain aktif mengikuti kejohanan-kejohanan CQ Contest, memburu DXCC adalah juga satu aktibiti radio amatur yang digemarinya. Sehingga kini beliau telah berhasil mengumpul lebih daripada 100 DXCC entities dan telah memenohi syarat untuk menerima anugerah worked 100 DXCC akan datang. Tahniah dan Syabas keatas kejayaan tersebut....

Wednesday, 22 April 2009

Kelas Radio Amatur Gemilang bagi bulan Mei 2009

Dimaklumkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki Perperiksaan Radio Amatur bulan Mei 2009 bahawa Gemilang Radio seperti biasanya akan mengendalikan kelas-kelas Radio Amatur. Pendaftaran bolihlah dibuat sebelum 10 Mei 2009 kepada:-

  • Pengerusi Gemilang Radio YM Awg Abd Ashunah DLR Hj Md Jair (8814988-v8mkj@yahoo.com) dan
  • Setiausaha Gemilang Radio YM Mohd Amali Hamdan (8718758-amali.hamdan@hotmail.com)
Tertakluk kepada keramaian pendaftaran, kelas-kelas akan diadakan di satu tempat yang bersesuaian pada minggu kedua dan tiga bulan Mei, sebelah malam, sebelum tarikh perperiksaan pada 24 Mei 2009.

Untok makluman lanjut mengenai borang masuk dan yuran serta tarikh kelas diadakan, sila hubongi Pengerusi atau Setiausaha Gemilang Radio.

Sekian Harap Maklum

Wednesday, 15 April 2009

Kembara Gemilang Ke Semenanjung Malaysia



SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGIN MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT SILA TEKAN DISINI


Tuesday, 14 April 2009

DERMA DARAH BELIA KALI KE-VII BAGI DEARAH TUTONG -2009


Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah dipelawa oleh Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam bagi sama-sama membantu menderma darah. Tujuan bantuan ini diadakan adalah:

1. Untuk membiasakan para belia bersikap rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap sesama sendiri dan masyarakat sekeliling.
2. Untuk memberi galakan kepada para belia dan masyarakat di Negara ini melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dan kemanusiaan.
3. Untuk membantu Unit Tabung Simpanan Darah Negara Brunei Darussalam dalam usahanya memerlukan seberapa banyak darah daripada penderma sebagai usaha penyelamat nyawa.

Sehubungan itu, ahli-ahli GEMILANG adalah dialu-alukan untuk menyertai bagi memberi bantuan menderma darah yang akan diadakan:

Pada : 14 Jamadilawal 1430H bersamaan 9 Mei 2009M
Hari : Sabtu
Jam : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Mini Dewan Pusat Belia
Jabatan Belia dan Sukan (Belia)
Cawangan Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Setiap penderma hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor terlebih dahulu.
2. Penderma-penderma hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dengan berat badan tidak kurang daripada 50 kg.

Penyertaan:
Kepada ahli-ahli GEMILANG yang berkeinginan untuk menyertai projek Bantuan Menderma Darah tersebut adalah dikehendaki mendaftar sebelum 30 April 2009, jam 8.00 malam, kepada:

Siti Hasibah Yasmoon binti Haji Kamaluddin - 8778942
Setiausaha Agung - GEMILANG
Awang Hussin bin Haji Abdul Rahman - 8730096
Pengerusi Badan GEMILANG Sukan, Seni dan Kebudayaan
Awang Alwi bin Dr Haji Amzah - 8886219
Pengerusi Badan GEMILANG Agama

BERAMAI-RAMAI LAH KITA MENDERMA DARAH!

Untuk Borang click disini

Saturday, 11 April 2009

GEMILANG WEEKLY 2 METRE NET KEMBALI KE UDARA

Setalah kian lama menghilang dari frekuensi VHF 2 metreband, GEMILANG 2 Metre Net kini kembali keudara pada 30hb March 2009. V8MKJ selaku Pengendali Rangkaian yang juga Pengerusi GEMILANG Radio berjaya menjalankan net dengan baik yang bermula jam 8:30 malam. Kali terakhir net ini dijalankan ialah pada bulan Julai 2007 dengan mengunakan Simplex frekuansi 144.125mhz GEMILANG Station.

Penampilan net GEMILANG kali ini agak berbeza kerana ianya dijalankan menggunakan Repeater GEMILANG yang baru saja selesai di pindahkan ke Menara TelBru di Bukit Ambok, Tutong pada 27hb March 2009. Dengan frekuansi 147.825mhz offset (-) 0.600mhz berada di ketinggian 210 meter paras laut, Repeater GEMILANG dapat meliputi pancarannya sehingga ke Kota Kinabalu. Selain daripada station tempatan, net 2 metre GEMILANG juga menerima Distance (DX) Station melalui 'Echolink' yang disambong ke beberapa buah repeater di Semananjung Malaysia 9M4RAB Kota Baharu, Kelantan, 9M4GIE, Shah Alam Selangor and 9M4RDV Lahad Datu, Sabah.

Bagi pihak GEMILANG 2 Metre Net, menjemput semua station Radio Amatur yang mempunyai lisen yang sah samaada ahli atau bukan dan tanpa mengira kelab atau persatuan yang disertai dialu-alukan untok menyertai kegiatan net ini pada setiap hari Isnin, jam 8:30 malam.

Sehubongan dengan ini, sukacita memaklumkan bahawa setiap pancaran semasa net hendaklah tidak melebihi 1 minit dan memberikan 'pause' 5 sec setiap 'over' bagi menggelakkan terkena Time out Timer (TOT) repeater di sebelah Semananjung Malaysia. Perkara ini amatlah perlu di patuhi untok kelancaran net.

Thursday, 2 April 2009

BARU

Dengan hormatnya dijemput semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG untuk menghadiri taklimat Percutian GEMILANG Santai-Santai ke Malaysia yang akan diadakan:

Pada : Hari Isnin (Malam Selasa)

Tarikh: 6hb April 2009M bersamaan 10hb Rabiulakhir 1430H

Tempat: Kediaman Sinar & Cahaya
No: 27174 Spg 120
Jalan Bedil,
Berakas BB 1314
Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam

Jam: 7:30 malam

Dipohonkan kerjasama AJKT untuk menghubungi tuan rumah bagi memastikan kedatangan abiskita: Hussin HAR (HP: 8730096), Zainal Fikri MD (8891894) & Suriyati HMT (8639899)

Dengan itu Badan GEMILANG Sukan, Seni dan Kebudayaan terlebih dahulu dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih diatas kehadiran dan kerjasama yang akan diberikan oleh semua AJKT nanti.

Sekian dan wassalam.

Siti Hasibah Yasmoon binti Haji Kamaluddin
Setiausaha Agung - GEMILANG