DERMA DARAH BELIA KALI KE-VII BAGI DEARAH TUTONG -2009
Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah dipelawa oleh Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam bagi sama-sama membantu menderma darah. Tujuan bantuan ini diadakan adalah:
1. Untuk membiasakan para belia bersikap rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap sesama sendiri dan masyarakat sekeliling. 2. Untuk memberi galakan kepada para belia dan masyarakat di Negara ini melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dan kemanusiaan. 3. Untuk membantu Unit Tabung Simpanan Darah Negara Brunei Darussalam dalam usahanya memerlukan seberapa banyak darah daripada penderma sebagai usaha penyelamat nyawa.
Sehubungan itu, ahli-ahli GEMILANG adalah dialu-alukan untuk menyertai bagi memberi bantuan menderma darah yang akan diadakan:
Pada : 14 Jamadilawal 1430H bersamaan 9 Mei 2009M Hari : Sabtu Jam : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat: Mini Dewan Pusat Belia Jabatan Belia dan Sukan (Belia) Cawangan Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam
Syarat-Syarat Penyertaan: 1. Setiap penderma hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor terlebih dahulu. 2. Penderma-penderma hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dengan berat badan tidak kurang daripada 50 kg.
Penyertaan: Kepada ahli-ahli GEMILANG yang berkeinginan untuk menyertai projek Bantuan Menderma Darah tersebut adalah dikehendaki mendaftar sebelum 30 April 2009, jam 8.00 malam, kepada:
Siti Hasibah Yasmoon binti Haji Kamaluddin - 8778942 Setiausaha Agung - GEMILANG Awang Hussin bin Haji Abdul Rahman - 8730096 Pengerusi Badan GEMILANG Sukan, Seni dan Kebudayaan Awang Alwi bin Dr Haji Amzah - 8886219 Pengerusi Badan GEMILANG Agama
BERAMAI-RAMAI LAH KITA MENDERMA DARAH!
Untuk Borang click disini
|