Wednesday, 20 May 2009

Peraduan Fotografi anjuran PJBD


WAJAH-WAJAH ABADI 63, kini kembali lagi. Peraduan fotografi anjuran Persatuan Fotografi Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 tahun.

Borang sila masuk

Wednesday, 13 May 2009

Transmitting Member kepada V84RPG-Repeater Persatuan GEMILANG

GEMILANG RADIO, Persatuan Gemilang Daerah Tutong mempelawa kepada semua pengemar Radio Amatur di Negara Brunei Darussalam, samaada ahli GEMILANG atau bukan, untok menjadi 'Transmitting Member (TM)' kepada Repeater GEMILANG, V84RPG. Antaralain keahlian ini adalah bagi memberi sumbang kepada tabung pemeliharaan dan kos-kos penyewaan/perlisenan repeater tersebut dalam mempastikan kesinambungan operasi repeater. Disamping itu, satu kad ID dengan keistemewaannya yang tersendiri akan diberikan kepada semua ahli. Satu sessi taklimat bagi semua TM akan diadakan sedikit masa lagi dan akan dimaklumkan kemudian.

Kepada yang berminat untok menjadi TM sila isi dan kembalikan borang ini
kepada:-

  • V89AKJ (ex-V8MKJ) Pengerusi GEMILANG RADIO
  • V8NFA Setiausaha GEMILANG RADIO
Sekian untok makluman

Tuesday, 12 May 2009

LIGA TDAFA

Pasukan bola sepak Gemilang akan bertemu pasukan bolasepak Perda Penanjung pada 13hb May 2009 dalam Liga TDAFA. Pasukan Bolasepak Gemilang mesti menang. Olih itu, semua peminat-peminat pasukan bolasepak Gemilang, dapat berkunjung untok memberi semangat kepada semua pemain-pemain.

Tempat: Padang Kebajikan, Belia dan Sukan Tutong
Pada : 13hb May 2009
Jam : 4.00 ptg.

Jumpa disana esuk ptg

Tuesday, 5 May 2009

Kelas Radio Amatur Gemilang Radio

Untuk makluman kepada semua calon perperiksaan Radio Amatur yang akan menduduki perperiksan pada 24hb Mei 2009, Gemilang Radio akan memulakan kelas Radio Amatur pada:
Hari: Selasa & Rabu - 12/13/19/20 hb Mei 2009
Jam : 7.30-9.30 malam
Bertempat: Akan dimaklumkan kemudian
Kepada semua calon yang telah mendaftar untok mengikuti kelas-kelas tersebut diharap akan ambil maklum.
Sekian