Tuesday, 30 June 2009

Antara Aktiviti PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG KE DAERAH TEMBURONG

Ini adalah sebahagian aktiviti rakan GemilangFoto, Gemilang Kesenian dan sukan di Daerah Temburong dengan melawat taman Batang Duri disebelah petang dengan membawa beberapa peserta jurugambar yang hadir sesi taklimat pagi/petang.

Wednesday, 17 June 2009

AMBIL PERHATIAN

ROMBONGAN LAWATAN MUHIBBAH PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG KE DAERAH TEMBURONG

27 – 28 JUN 2009 (HARI SABTU & AHAD)

Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Sukan, Seni dan kebudayaan akan mengadakan Lawatan Muhibbah ke Daerah Temburong. Lawatan tersebut yang akan diadakan selama 2 hari 1 malam pada 27hb Jun 2009, hari Sabtu dan 28hb Jun 2009, hari Ahad.

Program Lawatan Muhibbah GEMILANG ke Daerah Temburong adalah seperti berikut:

27hb Jun 2009 / 4 hb Rejab 1430 – Sabtu

JAM

ITINERARI

7.00 Pagi

Berkumpul di Jeti Boat Kianggeh

Ahli GEMILANG FOTO – akan berlepas pada jam 7.30 Pagi

Rombongan akan berlepas pada jam 8.00 pagi

8.45 Pagi

Sampai ke Pekan Bangar, Daerah Temburong. Inysallah akan disambut oleh wakil Pejabat Daerah Temburong.

9.00 Pagi

GEMILANG FOTO – Bengkel Asas Fotografi Digital, Dewan Muzakarah, Pejabat Daerah Temburong

ROMBONGAN – mendaftar ke Rumah Persinggahan Kerajaan dan Belia & Sukan , Daerah Temburong

9.45 Pagi

Lawatan – Ronda-Ronda Kampung dan Rumah Panjang

12.00 Tghari

Rehat – Makan Tengah hari

2.00 Petang

GEMILANG FOTO – Bengkel Wedding Photography, Dewan Muzakarah, Pejabat Daerah Temburong

ROMBONGAN – Lawatan Galeri Warisan Kesenian & Kebudayaan Daerah Temburong

4.45 Petang

Sukan Muhibbah Perlawanan Persahabatan

- Bolasepak GEMILANG vs Daerah Temburong

- Badminton GEMILANG vs Daerah Temburong

7.30 Malam

Majlis Malam Kebudayaan dan Penyampaian Hadiah Pemenang Peraduan dan Sijil Peserta Bengkel Asas Fotografi Digital dan Wedding PhotographyKompleks Utama Bumiputera Daerah Temburong

10.00 Malam

GEMILANG BBQ & Aktiviti Mengail di Sungai Temburong (Kawasan Jeti Pejabat Daerah Temburong)

28hb Jun 2009 / 5hb Rejab 1430 – Ahad

JAM

ITINERARI

6.30 Pagi

Berkumpul di perkarangan Rumah Persinggahan Kerajaan

Acara Senamrobik dan Jogathon akan diadakan disekitar Pekan Bangar

9.30 Pagi

Berkumpul untuk ke Jeti bagi pulang ke Bandar Seri Begawan – akan berlepas pada jam 10.00 Pagi

HARGA PAKEJ LAWATAN GEMILANG KE DAERAH TEMBURONG: 27-28 JUN 2009 (HARI SABTU & AHAD)

PAKEJ 1 - SEORANG: B$ 35.00

PAKEJ 2 - SEORANG: B$ 25.00

PAKEJ 3 - SEORANG: B$18.00

Harga Pakej A termasuk:

1. Tiket ferri pergi dan balik ke Pekan Bangar, Daerah Temburong

2. Penginapan 1 malam

3. Penyediaan makanan:

· Makan Tengah Hari

· Makan Malam

· BBQ

4. Lawatan

5. Malam Kebudayaan

Harga Pakej B termasuk:

1. Penginapan 1 malam

2. Penyediaan makanan:

· Makan Tengah Hari

· Makan Malam

· BBQ

3. Lawatan

4. Malam Kebudayaan

Harga Pakej C termasuk:

1. Penginapan 1 malam

2. Penyediaan makanan:

Makan Malam

BBQ

3. Malam Kebudayaan

Kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai rombongan lawatan tersebut, sila isi borang penyertaan yang boleh didapati daripada:

Awg Hussin bin Hj Abd Rahman (V8MUU) Pengerusi GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8730096

Awg Zamain bin Sia - Bendahari Agung GEMILANG - 8757268

Awg Alihan bin Hj Mohd Zain (V89AMZ) - Ketua Sukan, GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8645001

Awg Mardani bin Sapian (V8MMY) – Ketua Seni & Kebudayaan, GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8880129

dan kembalikan borang bersama wang pembayaran tidak lewat daripada 25hb Jun 2009, jam 5.00 Petang kepada:-

Awg Hussin bin Hj Abd Rahman (V8MUU) Pengerusi GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8730096

Awg Zamain bin Sia - Bendahari Agung GEMILANG - 8757268

Sehubungan itu, kerjasama daripada semua pihak yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut supaya dapat menghubungi terus kepada nama-nama yang tersebut diatas.

Sekian untuk makluman dan wassalam.

Tuesday, 9 June 2009

Mesyuarat Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Dengan penuh hormat sukacita menjemput semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG untuk hadir ke Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG:

Pada: 17hb Jamadilakhir 1430H bersamaan 11hb Jun 2009
Hari : Khamis
Jam : 7:30 Malam
Tempat: Rumah Kediaman Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
No. B4
Jalan Raja Isteri
Berakas Garisen

Agenda:
1. Jadual Aktiviti Badan-Badan dari Jun 2009 hingga Disember 2009.
2. Kalender GEMILANG 2009.
3. Permohonan logo badan-badan.
4. Penerimaan ahli-ahli baru
5. Hal-hal lain

Aturcara:
7:30pm - ketibaan AJKT
- Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah
8:00pm - Mesyuarat di mulakan sehingga selesai.
Jamuan akan disediakan oleh tuan rumah.

Di atas kehadiran dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (EXCO) bagi memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan wassalam.


NB. Setiausaha-setiausaha Badan, sila emailkan softcopy jadual aktiviti badan masing-masing sebelum 10hb Jun 2009. Terima kasih,