Tuesday, 9 June 2009

Mesyuarat Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Dengan penuh hormat sukacita menjemput semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG untuk hadir ke Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG:

Pada: 17hb Jamadilakhir 1430H bersamaan 11hb Jun 2009
Hari : Khamis
Jam : 7:30 Malam
Tempat: Rumah Kediaman Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
No. B4
Jalan Raja Isteri
Berakas Garisen

Agenda:
1. Jadual Aktiviti Badan-Badan dari Jun 2009 hingga Disember 2009.
2. Kalender GEMILANG 2009.
3. Permohonan logo badan-badan.
4. Penerimaan ahli-ahli baru
5. Hal-hal lain

Aturcara:
7:30pm - ketibaan AJKT
- Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah
8:00pm - Mesyuarat di mulakan sehingga selesai.
Jamuan akan disediakan oleh tuan rumah.

Di atas kehadiran dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (EXCO) bagi memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan wassalam.


NB. Setiausaha-setiausaha Badan, sila emailkan softcopy jadual aktiviti badan masing-masing sebelum 10hb Jun 2009. Terima kasih,