Monday, 24 August 2009

MESYUARAT PERTAMA BADAN GEMILANG AGAMA

Dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Ahli Jawatankuasa Tadbir GEMILANG dan ahli-ahli GEMILANG hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut di atas pada:

Tarikh 7 Ramadhan 1430H bersamaan 28 Ogos 2009M
Hari Jumaat
Jam:4:15 petang
Tempat: Kediaman Yang Mulia Awang Khalid bin Hj Mohd Noor,
(Setiausaha Badan GEMILANG Ugama)
No. 162, Lot. 8222
Kampong Tanjong Maya,
Tutong,
Negara Brunei Darussalam.

AGENDA:
1.Pencalonan dan Lantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Agama
2.Majlis Bertadarus ke Rumah-Rumah dan Majlis Khatam Al-Quran
3.Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke 5 Persatuan Gemilang Daerah Tutong
4.Hal-hal lain.

Untuk makluman semua, mesyuarat akan dimulakan pada jam 4:30 petang.
Pihak tuan rumah juga menjemput untuk sama-sama berbuka puasa selesai mesyuarat nanti.
Sekian untuk makluman.
Wassalam.

Friday, 21 August 2009

Tahniah rakan GEMILANGFOTO.

Penyampaian hadiah pertandingan wajah2 abadi kelolaan Persatuan Jurufoto Negara Brunei Darussalam telah diadakan petang 20hb ogos 2009. Penyampaian hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat Yang Dimuliakan Pehin Orang kaya Setia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Ali bin Awang Haji Md. Daud bagi kategori A. Dan Kategori B pula disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Mohd. Kassim bin Haji Md.Daud.

Syabas kepada rakan Gemilangfoto yang memenangi didalam beberapa kategori dipertandingan ini. Persatuan Gemilang mengucapkan sekalung tahniah kepada Presiden dan ahli2 Persatuan Jurufoto kerana berjaya dalam menjayakan peraduan tahunan wajah wajah abadi ini.

Kelas Radio Amatur GEMILANG bagi bulan Oktober 2009

Dimaklumkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki Perperiksaan Radio Amatur bulan October 2009 bahawa GEMILANG RADIO seperti biasanya akan mengendalikan kelas-kelas Radio Amatur. Pendaftaran bolihlah dibuat sebelum 4hb Oktober 2009 kepada:-

  • Pengerusi Gemilang Radio YM Awg Abd Ashunah DLR Hj Md Jair (8814988-v8mkj@yahoo.com) dan
  • Setiausaha Gemilang Radio YM Mohd Amali Hamdan (8912758-amali.hamdan@hotmail.com)
Tertakluk kepada keramaian pendaftaran, kelas-kelas akan diadakan di satu tempat yang bersesuaian pada minggu kedua dan tiga bulan Oktober, sebelah malam, sebelum tarikh perperiksaan pada 18 Oktober 2009 (cadangan awal 5,7,12 dan 14hb Oktober-malam)

Untok makluman lanjut mengenai borang pendaftaran bolih dimuat turun (download) melalui laman web www.persatuan-gemilang.com atau sila hubongi Pengerusi atau Setiausaha Gemilang Radio.

Sekian Harap Maklum

Tuesday, 18 August 2009

Tutong association reviews plans to take up Laila rice farming

Project briefing: (Above) Gemilang Association President Hj Mohd Ayub talks about the benefits of taking up rice farming for the association at the Tutong Community Hall. Picture: BT/ Hj Mohd Ali

TUTONG
Monday, August 17, 2009
AN ASSOCIATION is looking towards the cultivation of Brunei's Laila rice as well as other investment projects, to rake in income in order for the association to sustain its activities.

At a briefing at the Tutong Community Hall yesterday, members of the Gemilang Association of Tutong District discussed the idea and reviewed the feasibility of such an undertaking.

The association's president, Hj Mohd Ayub Hj Suhaili shared how delving into rice farming would not only bring regular revenue for Gemilang but also support the nation's vision of achieving self-sufficiency.

"We should not overlook the importance of rice to the country," he said, while noting that Brunei's self-sufficiency currently stood at about three per cent.

"(The production of) Laila rice is a national agenda and everyone is taking advantage of the opportunity, so (in this way), we are also supporting the national agenda," he added.

One of the members of the association, Dr Hj Amzah Hj Abd Rahman, who delivered the briefing, highlighted the advantages of Laila rice over the traditional Pusu variety. He also said that the production of Laila was more profitable than other local varieties.

The association has already secured five 1.5-acre plots of land at the Tanjong Maya Consultative Council padi field. Dr Hj Amzah said that procurement of buildings and equipment would cost an estimated $15,000, while operational costs and initial investment would bring the total expenditure to about $25,000.

However, he said that the annual profit made from the farming of Laila was predicted to be about $10,000.

Other investment options were also showcased, including the proposal for members to follow a plan where they contributed monthly on a selected scheme and receive dividends based on their contributions.

However, the motions could not be adopted as only few of its more than 100 members of the association were present yesterday. However, they did propose to distribute a circular to all members to decide whether to approve of the suggestions or not.

The Gemilang president said that the association was currently an activity-based association. They carried activities such as photography outings, four-wheel drive expeditions and conducted lessons for amateur radio licenses. The association gained revenue from these activities but they were "seasonal", Hj Mohd Ayub said.

"We want to start generating income on a regular basis," he explained.

Yesterday also saw the launching of the organisation's logo, which was created by Adi Putera Abd Hamid.

Gemilang Association of Tutong District was established on September 28, 2004. (ODM1)

Compliment of The Brunei Times.

Monday, 17 August 2009

PELANCARAN LOGO GEMILANG DAN TAKLIMAT PEMBENTANGAN PROJEK PELABURAN GEMILANG

Majlis Pelancaran Logo Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah diadakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awg Hj Mohd Ayub bin Hj Suhaili, Yang Di-Pertua, Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Majlis telah didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

Majlis yang begitu bermakna turut dihadiri oleh pereka logo GEMILANG iaitu Awg Adi Putera bin Abdul Hamid, Mantan Pengerusi Gemilang Foto. Beliau juga berkesudian memberi sedikit penerangan berkenaan rekaan logo tersebut. Sehubungan itu, Logo GEMILANG dengan rasminya mula digunakkan pada 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430.

Ahli-ahli GEMILANG adalah digesa untuk mengetahui akan maksud disebalik lambang logo tersebut.

GAMBAR LOGO – PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG


HURAIAN MAKSUD LOGO
DEFINASI DAN HURAIAN MAKSUD LOGO

1. WARNA MERAH.

Melambangkan Ciri Kegemilangan Dan Kecemerlangan.

2. WARNA BIRU.

Melambangkan Keindahan Dan Keharmonian Dalam Menjana Kemajuan Berpersatuan.

3. BENTUK OVAL.

Bulatan Yang Berbentuk Sfera Melambangkan Satu Lingkungan Kelompok Yang Bersatu-Padu Dan Bermufakat Menuju Kecemerlangan Dalam Berpersatuan. Keseimbangan Penerajuan Kelompok Ini, Mengambil Kira Usaha Berganding Bahu Dan Bermufakat Yang Membawa Berkat.

4. GABUNGAN SEPARA WARNA MERAH DAN BIRU PADA SFERA.

Gabungan Warna Merah Dan Biru Pada Bentuk Sfera Adalah Melambangkan Ciri Kegemilangan Demi Mencapai Visi, Misi Dan Objektif Persatuan. Adapun Adunan Separa Warna Merah Dan Biru Mencerminkan Keujudan Teras Dua Ciri Penting:
Iaitu Menjana Kejayaan Bersama Kelompok Masyarakat Yang Bernaung Dengan Payung Gemilang,
Yang Sanggup Berkorban Dan Berkerja Lebih Keras Demi Masa Depan Yang Gemilang Dan Khasnya Bagi Generasi Akan Datang Untuk Menuju Kegemilangan Berpersatuan Tidak Kira Bangsa Dan Ugama.

5. LAKARAN HURUF "G".

Lakaran Yang Berbentuk Huruf “G" Adalah Kata Awal Gemilang. Di Sebalik Huruf “G” Yang Di
Adunkan ( Diwarnakan ) Berbentuk Warna Merah, Iaitu Melambangkan Kegemilangan Dan
Kecemerlangan Persatuan.

6. NAMA PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG DALAM TULISAN "RUMI".

Nama PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG Dalam Tulisan “Rumi” Merupakan Nama Resmi Yang Digunakkan Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Resmi Negara Brunei Darussalam. Sejak 2004 Menandakan Bermula Tertubuhnya Persatuan Gemilang Daerah Tutong Iaitu Pada Tahun 2004.

7. TITIK WARNA KUNING.

Titik Pada Depan Huruf "G" ( Bulatan Warna Kuning ) Adalah Menandakan Titik Mula Tertubuhnya Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Titik Tersebut Juga Membawa Maksud Melambangkan Sistem Kepimpinan Beraja, Di Mana Persatuan Ini Bernaung Di Sebuah Negara Yang Aman Makmur, Puteh Lagi Bersih Dan Jernih Didalam Kerajaan Yang Berdaulat. Berkonsepkan Sentiasa Mengamalkan Budaya Bangsa Yang Penuh Dengan Kemajuan Bangsa, Yang Mampu Hidup Berdikari Dari Semasa Ke Semasa Untuk Membangun Dan Memajukan Negara.

8. NAMA PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG DALAM TULISAN "JAWI".

Melambangkan Kemelayuan Berpersatuan Dalam Memenuhi Konsep Negara Melayu Islam Beraja.

9.MOTTO : (TUNJUKAN HASIL BUKAN ALASAN).

Motto Bagi Persatuan Gemilang, Ahli-Ahli Di Gesa Untuk Menunjukan Hasil Yang Berkualiti Tinggi Dalam Semua Bidang Kegiatan Anjuran Gemilang, Kerana Hasil-Hasil Berkualiti Ini Nanti Akan Dijadikan Sebagai Sandaran Bagi Mewujudkan Belia-Belia Yang Perkasa Cemerlang Lagi Terbilang, Serta Berakhlak Dan Berhemah Tinggi. Semantara Ini Ahli-Ahli Di Gesa Untuk Cuba Lari Dan Menjauhi Sifat-Sifat~Berdolak-Dalik Dengan Seribu Alasan, Kerana Alasan-Alasan Ini Adalah Cermin Bagi Orang-Orang Yang Bersifat Negatif Dan Gagal.


Ahli2 Gemilang yang hadir pada hari pelancaran logo GEMILANG

Yang dipertua menghuraikan ciri2 dan makna dalam logo Gemilang.









Adi putera adalah pereka bentuk logo Persatuan Gemilang Daerah Tutong sambil menerangkan beberapa ciri khas dilamnya.

Selesai majlis pelancaran tersebut, satu Taklimat dan Pembentangan Projek dan Pelaburan GEMILANG dimulakan yang telah disampaikan oleh Dr Hj Amzah bin Hj Abdul Rahman, Pengerusi Badan Gemilang Ekonomi.

Ahli-ahli yang hadir telah diberi penerangan mengenai pilihan dan konsep Projek dan Pelaburan. Majlis telah memutus dan mempersetujui untuk menggunakan sistem pelaburan bagi menjalankan kegiatan atau projek ekonomi di bawah kelolaan Gemilang. Skim pelaburan ini akan dimulakan seawal bulan Oktober 2009 sementara borang-borang penyertaan dan brosur-brosur perkenalan projek bagi menyertai skim pelaburan ini akan disebar-sebarkan pada bulan Ramadhan ini. Skim ini diharap akan dapat membantu Gemilang dalam menstabilkan pendapatan berterusan bagi menjana aktibiti Gemilang yang lain.

Sebagai Projek pertama pelaburan ini, Majlis telah bersetuju untuk menjalankan Projek Penanaman Padi Laila seluas 2.5 hektar di Kawasan Ladang berkolompok MPK Tanjong Maya pada musim penanaman yang akan datang. Sehubungan itu, badan Gemilang Ekonomi akan mengedarkan brosur dan borang penyertaan kepada ahli-ahli dalam waktu yang terdekat nanti. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-As beramai-ramai.



SEKALUNG PENGHARGAAN

Jabatan Daerah Tutong
Ahli-Ahli GEMILANG yang hadir
Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG
Media Cetak & Elektronik:
Station Radio Pelangi – 91.4Fm
Station Radio Harmoni – 94.1 Fm
Brunei Times
Dan kepada semua yang menyumbang tenaga, masa & buah fikiran
bagi menjayakan majlis tersebut.

Pelancaran rasmi Logo PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG


Logo rasmi Persatuan Gemilang Daerah Tutong dengan jayanya dilancarkan pada pagi 16hb Ogos 2009 oleh tetamu kehormat dipertua Persatuan Gemilang Daerah Tutong, Hj Mohd Ayub.
Tahniah kepada ahli dan jawatan kuasa tertinggi Persatuan Gemilang.
Gambar2 pelancaran diusahakan masa terdekat...

Sunday, 16 August 2009

Fotografi flora dan fauna di Pulau Tanjung Maya

TUTONG, Jumaat - Badan Fotografi Persatuan Gemilang (Gemilang Foto) pagi ini mengadakan sesi penggambaran luar bagi merakam flora dan fauna di kawasan Pulau Tanjung Maya. Pulau Tanjong Maya yang berseberangan dengan Taman Warisan mempunyai keluasan 30 ekar. Sebanyak 1507 pokok sudah dikenal pasti tumbuh di sini. Di antara 114 spesies tumbuh-tumbuhan itu adalah terdiri daripada 154 pokok getah, belunu 90 batang pokok, binjai, durian, kandis, mempelam dan lain-lain.







Tempat ini diura-urakan sebagai muzium pokok buah-buah tempatan. Ia juga akan dijadikan tempat beriadah, tempat penyelidikan dan destinasi eko-pelancongan. Acara dimulakan dengan senamrobik di kawasan Taman Warisan. Peserta kemudian dibawa menyeberang pulau dengan menggunakan perahu. Ada beberapa pelancong dari Korea juga mengikuti penggambaran sambil membuat penyelidikan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan ini, yang dipandu oleh Dr. Hamzah Abdul Rahman. Ikut serta dalam rombongan ini adalah ketua kampung, Suib Md.Yussof. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli, memperlihatkan dan menanam kesedaran di kalangan ahli terhadap kemusnahan alam semula jadi, serta menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.








Aktiviti diakhiri dengan menanam anak pokok buah-buahan.Tempat ini diura-urakan sebagai muzium pokok buah-buah tempatan. Ia juga akan dijadikan tempat beriadah, tempat penyelidikan dan destinasi eko-pelancongan.
Acara dimulakan dengan senamrobik di kawasan Taman Warisan. Peserta kemudian dibawa menyeberang pulau dengan menggunakan perahu. Ada beberapa pelancong dari Korea juga mengikuti penggambaran sambil membuat penyelidikan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan ini, yang dipandu oleh Dr. Hamzah Abdul Rahman.
Ikut serta dalam rombongan ini adalah ketua kampung, Suib Md.Yussof. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli, memperlihatkan dan menanam kesedaran di kalangan ahli terhadap kemusnahan alam semula jadi, serta menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.
Aktiviti diakhiri dengan menanam anak pokok buah-buahan.
By Kasha
Compliment MEDIA PERMATA.

Thursday, 13 August 2009

TERKINI!

MAJLIS
PELANCARAN LOGO
DAN
TAKLIMAT PEMBENTANGAN PROJEK PELABURAN
PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG
25 SYAABAN 1430 / 16 OGOS 2009
HARI AHAD

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung Pengiran berangkat, mempersilakan Awang dan Dayang (ahli-ahli GEMILANG) hadir ke Majlis tersebut diatas:

Pada: 25hb Syabaan 1430 bersamaan 16hb Ogos 2009
Hari: Ahad
Jam: 8.15 pagi.
Tempat:
Dewan Seri Kenangan
Kompleks Dewan Kemasyarakatan
Daerah Tutong

Negara Brunei Darussalam
Aturcara Majlis:

8:00 Pagi
Ketibaan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Kerja

8:15 Pagi
Ketibaan Ahli-Ahli yang dijemput

8:30 Pagi
Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat
Ucapan Tetamu Kehormat
Pelancaran Logo GEMILANG
Taklimat dan Pembentangan Projek dan Pelaburan GEMILANG
Sessi Soal-Jawab

Bersurai

Diatas keberangkatan Pengiran, kehadiran Awang/Dayang peramba/kaola/kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh.

Wassalam
Yang Berharap
PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Monday, 10 August 2009

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DOA ARWAH PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Dengan penuh hormat dan sukacita menjemput semua ahli persatuan gemilang hadir ke majlis tersebut diatas pada:

Tarikh : 11hb Ogos 2009M
Hari : Selasa
Jam : Lepas sembahyang isyak
Tempat: No 3 Simpang 9 Jalan Kecil Bangunggos, Kampong Tanjong Maya Tutong
(Kediaman Rumah Bilal Hj Bahrin)

Diatas keberangkatan Pengiran, kehadiran Awang/Dayang bersama Keluarga peramba/kaola/saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh.

YANG BERHARAP,
PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG