Monday, 17 August 2009

PELANCARAN LOGO GEMILANG DAN TAKLIMAT PEMBENTANGAN PROJEK PELABURAN GEMILANG

Majlis Pelancaran Logo Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah diadakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awg Hj Mohd Ayub bin Hj Suhaili, Yang Di-Pertua, Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Majlis telah didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

Majlis yang begitu bermakna turut dihadiri oleh pereka logo GEMILANG iaitu Awg Adi Putera bin Abdul Hamid, Mantan Pengerusi Gemilang Foto. Beliau juga berkesudian memberi sedikit penerangan berkenaan rekaan logo tersebut. Sehubungan itu, Logo GEMILANG dengan rasminya mula digunakkan pada 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430.

Ahli-ahli GEMILANG adalah digesa untuk mengetahui akan maksud disebalik lambang logo tersebut.

GAMBAR LOGO – PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG


HURAIAN MAKSUD LOGO
DEFINASI DAN HURAIAN MAKSUD LOGO

1. WARNA MERAH.

Melambangkan Ciri Kegemilangan Dan Kecemerlangan.

2. WARNA BIRU.

Melambangkan Keindahan Dan Keharmonian Dalam Menjana Kemajuan Berpersatuan.

3. BENTUK OVAL.

Bulatan Yang Berbentuk Sfera Melambangkan Satu Lingkungan Kelompok Yang Bersatu-Padu Dan Bermufakat Menuju Kecemerlangan Dalam Berpersatuan. Keseimbangan Penerajuan Kelompok Ini, Mengambil Kira Usaha Berganding Bahu Dan Bermufakat Yang Membawa Berkat.

4. GABUNGAN SEPARA WARNA MERAH DAN BIRU PADA SFERA.

Gabungan Warna Merah Dan Biru Pada Bentuk Sfera Adalah Melambangkan Ciri Kegemilangan Demi Mencapai Visi, Misi Dan Objektif Persatuan. Adapun Adunan Separa Warna Merah Dan Biru Mencerminkan Keujudan Teras Dua Ciri Penting:
Iaitu Menjana Kejayaan Bersama Kelompok Masyarakat Yang Bernaung Dengan Payung Gemilang,
Yang Sanggup Berkorban Dan Berkerja Lebih Keras Demi Masa Depan Yang Gemilang Dan Khasnya Bagi Generasi Akan Datang Untuk Menuju Kegemilangan Berpersatuan Tidak Kira Bangsa Dan Ugama.

5. LAKARAN HURUF "G".

Lakaran Yang Berbentuk Huruf “G" Adalah Kata Awal Gemilang. Di Sebalik Huruf “G” Yang Di
Adunkan ( Diwarnakan ) Berbentuk Warna Merah, Iaitu Melambangkan Kegemilangan Dan
Kecemerlangan Persatuan.

6. NAMA PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG DALAM TULISAN "RUMI".

Nama PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG Dalam Tulisan “Rumi” Merupakan Nama Resmi Yang Digunakkan Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Resmi Negara Brunei Darussalam. Sejak 2004 Menandakan Bermula Tertubuhnya Persatuan Gemilang Daerah Tutong Iaitu Pada Tahun 2004.

7. TITIK WARNA KUNING.

Titik Pada Depan Huruf "G" ( Bulatan Warna Kuning ) Adalah Menandakan Titik Mula Tertubuhnya Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Titik Tersebut Juga Membawa Maksud Melambangkan Sistem Kepimpinan Beraja, Di Mana Persatuan Ini Bernaung Di Sebuah Negara Yang Aman Makmur, Puteh Lagi Bersih Dan Jernih Didalam Kerajaan Yang Berdaulat. Berkonsepkan Sentiasa Mengamalkan Budaya Bangsa Yang Penuh Dengan Kemajuan Bangsa, Yang Mampu Hidup Berdikari Dari Semasa Ke Semasa Untuk Membangun Dan Memajukan Negara.

8. NAMA PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG DALAM TULISAN "JAWI".

Melambangkan Kemelayuan Berpersatuan Dalam Memenuhi Konsep Negara Melayu Islam Beraja.

9.MOTTO : (TUNJUKAN HASIL BUKAN ALASAN).

Motto Bagi Persatuan Gemilang, Ahli-Ahli Di Gesa Untuk Menunjukan Hasil Yang Berkualiti Tinggi Dalam Semua Bidang Kegiatan Anjuran Gemilang, Kerana Hasil-Hasil Berkualiti Ini Nanti Akan Dijadikan Sebagai Sandaran Bagi Mewujudkan Belia-Belia Yang Perkasa Cemerlang Lagi Terbilang, Serta Berakhlak Dan Berhemah Tinggi. Semantara Ini Ahli-Ahli Di Gesa Untuk Cuba Lari Dan Menjauhi Sifat-Sifat~Berdolak-Dalik Dengan Seribu Alasan, Kerana Alasan-Alasan Ini Adalah Cermin Bagi Orang-Orang Yang Bersifat Negatif Dan Gagal.


Ahli2 Gemilang yang hadir pada hari pelancaran logo GEMILANG

Yang dipertua menghuraikan ciri2 dan makna dalam logo Gemilang.









Adi putera adalah pereka bentuk logo Persatuan Gemilang Daerah Tutong sambil menerangkan beberapa ciri khas dilamnya.

Selesai majlis pelancaran tersebut, satu Taklimat dan Pembentangan Projek dan Pelaburan GEMILANG dimulakan yang telah disampaikan oleh Dr Hj Amzah bin Hj Abdul Rahman, Pengerusi Badan Gemilang Ekonomi.

Ahli-ahli yang hadir telah diberi penerangan mengenai pilihan dan konsep Projek dan Pelaburan. Majlis telah memutus dan mempersetujui untuk menggunakan sistem pelaburan bagi menjalankan kegiatan atau projek ekonomi di bawah kelolaan Gemilang. Skim pelaburan ini akan dimulakan seawal bulan Oktober 2009 sementara borang-borang penyertaan dan brosur-brosur perkenalan projek bagi menyertai skim pelaburan ini akan disebar-sebarkan pada bulan Ramadhan ini. Skim ini diharap akan dapat membantu Gemilang dalam menstabilkan pendapatan berterusan bagi menjana aktibiti Gemilang yang lain.

Sebagai Projek pertama pelaburan ini, Majlis telah bersetuju untuk menjalankan Projek Penanaman Padi Laila seluas 2.5 hektar di Kawasan Ladang berkolompok MPK Tanjong Maya pada musim penanaman yang akan datang. Sehubungan itu, badan Gemilang Ekonomi akan mengedarkan brosur dan borang penyertaan kepada ahli-ahli dalam waktu yang terdekat nanti. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-As beramai-ramai.



SEKALUNG PENGHARGAAN

Jabatan Daerah Tutong
Ahli-Ahli GEMILANG yang hadir
Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG
Media Cetak & Elektronik:
Station Radio Pelangi – 91.4Fm
Station Radio Harmoni – 94.1 Fm
Brunei Times
Dan kepada semua yang menyumbang tenaga, masa & buah fikiran
bagi menjayakan majlis tersebut.